Sebelum menanak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Tapi kebanyakan kita akan terus membuang air cucian beras tersebut.
Namun ramai yang tak sedar air cucian beras tersebut mengandungi perlbagai khasiat menakjubkan terutama bagi kecantikan wajah wanita.
Ia kaya dengan mineral, antioksidan, vitamin B1, C dan E yang mampu mengecilkan pori-pori, menegang, mencerah serta melembutkan kulit wajah.
Ya, air cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah wajah, paling elok adalah air basuhan beras yang pertama kerana di situlah paling banyak khasiat.
Ads
1. Kulit lembut dan halus
Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus kotoran dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Jika diamalkan rutin ini wajah jadi halus dan lembut.
2. Segarkan wajah
Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker untuk menyegarkan wajah. Ambil kapas muka dan rendam ke dalam air beras selama lebih kurang 10 minit.
Kemudian tekap kapas muka mengandungi air beras itu pada wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum menanggalkannya dan anda akan dapat rasa wajah makin segar.
3. Wajah lebih cerah
Sentiasa simpan air basuhan beras dan gunakan setiap kali mahu mencuci muka. Jadikan amalan setiap kali selepas mencuci wajah. Khasiatnya adalah untuk mencerahkan kulit. Jadi anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras saja.
Ads
4. Mengecilkan pori-pori
Celupkan kapas muka ke dalam air beras dan oles terus pada wajah. Usap dan tekan secara perlahan pada bahagian wajah yang pori-porinya terbuka. Cara ini akan mengecilkan liang pori-pori sekali gus membuat wajah tampak licin.
5. Penyembuh jerawat
Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.
Ads
6. Atasi kulit wajah minyak
Setiap kali membasuh beras, simpan sedikit airnya untuk kegunaan selepas mencuci wajah dengan buih pembersih. Setiap kali selesai mencuci wajah, bilas dengan air beras pula. Bukan saja dapat mengurangkan minyak malah mencerahkan kulit wajah juga. Inilah dia bahan pemutih kulit semula jadi yang paling selamat.
Mudah bukan! Tak rugi untuk mencuba kerana rawatan ini adalah percuma.
Setiap orang memiliki ukuran dan bentuk tubuh yang berbeza, tetapi dalam aspek pipi yang tembam dan dagu berlapis, ia mungkin kerana faktor kita sendiri.
Untuk menghilangkan lemak di bahagian tubuh lain mungkin ada senamannya tapi di bahagian wajah walau pun ada namun keberkesanannya masih dipersoalkan.
Bagaimana pun jika langkah ini anda lakukan setiap hari, ia bukan saja berupaya mengurangkan lemak pada wajah tapi juga di seluruh bahagian tubuh.
1. Kurangkan gula dan garam
Ini antara kaedah cepat untuk mengurangkan berat badan. Sekiranya kita mengambil terlalu banyak gula dan garam, tubuh akan menyimpan banyak lebihan air. Oleh itu jika mengehadkan pengambilan kedua bahan ini berat badan akan turut secara semula jadi.
2. Senaman kardio
Jika anda serius ingin mengurangkan lemak di seluruh bahagian tubuh, senaman yang sesuai adalah senaman kardio. Apa itu senaman kardio? Ia adalah set senaman yang berulang-ulang dalam tempoh masa tertentu. Paling tidak, anda perlu melakukan 60 minit sesi senaman lima kali dalam seminggu agar perubahannya lebih ketara.
3. Jaga pemakanan
Jika anda melakukan senaman berjam-jam tapi pemakanan tidak dijaga maka maka perbezaan nyata tidak akan dapat dilihat pada bahagian wajah. Hadkan makanan yang diproses, makan makanan segar dan berhenti sebelum kenyang.
4. Minum air secukupnya
Minum air putih secukupnya akan membuat perut lebih terasa kenyang, meredakan sakit kepala dan juga mengelakkan rasa lapar. Selain itu, ia juga akan membuat kulit lebih lembap, selain meningkatkan metabolisme.
5. Tidur perlu cukup
Tidur yang cukup akan meningkatkan daya tahan tubuh dan menjaga keseimbangan hormon. Tidur paling tidak 7 jam setiap malam juga akan memberikan anda tenaga dan juga membantu pembakaran lemak.
Biskut atau cookies ini memang kegemaran ramai, terutama anak-anak. Tapi biasanya kita akan beli atau tempah saja.
Walhal cara nak buatnya tak susah sangat pun. TApa kata kita cuba buat sendiri ikut resipi perkongsian Norliza Ali. Ujarnya sudah 30 tahun dia menggunakan resipi ini dan ramai yang menggemarinya. Nak buat berniaga pun boleh katanya.
Chocolate Chip Almond Cookies, 30 tahun punya resipi
Resipi ini saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka My own version of Chocolate Chip Almond Cookies.
Bahan-bahan:
250gm butter
140gm gula kastor
120gm brown sugar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla.
200gm nibbed almonds/ badan cincang
400gm chocolate chips
370gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul 250gm butter dengan 140gm gula kastor dan 120gm brown sugar sehingga kembang.
2. Tambahkan 2 biji telur, sebiji dahulu pukul sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.
3. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla.
4. Ayak 370gm tepung gandum biasa, 1 sudu teh bicarbonate soda dan 1 sudu teh garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.
5. Masukkan 200gm nibbed almonds dan 400gm chocolate chips.
6. Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.
7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.
8. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.
Adakah anda menggunakan nama anak sebagai password? Atau adakah anda gemar memilih nama mudah seperti bon007, trustno1 atau abc123?
Jika ya sila tukar sekarang! Apatah lagi di negara ini aktiviti scammer cukup berleluasa.
Jika kita menggunakan password seperti ini maka kita adalah sasaran mudah penggodam.
Penggodam tahu orang ramai menggunakan kata laluan bermula huruf besar dan sering menggunakan kata laluan sama di semua laman web.
Ini juga salah satu dari password terburuk!
Amaran itu dikeluarkan kerana pihak berkuasa sering menerima kes penipuan menerusi talian yang dilihat semakin membimbangkan.
Bukan saja Malaysia, Australia juga contohnya menanggung kerugian lebih AS$8.5 juta (RM36 juta) setahun.
Ekoran itu syarikat aplikasi keselamatan dan penyedia perkhidmatan, SplashData telah menyenaraikan password mudah yang sering jadi sasaran scammer.
SplashData menganggarkan hampir 10 peratus pengguna menggunakan sekurang-kurangnya kata laluan dalam senarai 25 teratas kata laluan terburuk dengan tiga peratus menggunakan kata laluan terburuk iaitu ‘123456’. Berikut senarai 10 kata laluan terburuk iaitu:
123456
password
123456789
12345678
12345
111111
1234567
sunshine
qwerty
iloveyou.
Senarai 100 kata laluan paling buruk termasuklah perkataan atau nombor mudah seperti ‘111111’, ‘sunshine’, ‘princess’, ‘666666’dan ‘654321’.
Syarikat itu mencadangkan kata laluan perlu menggunakan tidak kurang 12 huruf berbeza dan setiap akaun perlu menggunakan kata laluan berlainan.
Selain itu, sekiranya buntu untuk mencipta kata laluan boleh mencuba sekurangnya 12 aksara termasuk simbol seperti $,?%, secara rawak supaya penggodam sukar menembusi sistem.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...