
Isi Kandungan
Toggle
Dari pelakon Hollywood ke istana di England, dengan berlangsungnya perkahwinan diraja tempoh hari Meghan Markle kini bergelar puteri kerajaan England.
Dinamakan Duchess of Sussex, selepas mengahwini Putera Harry ada banyak perkara yang harus dipatuhi oleh Meghan.
Ternyata kehidupannya akan berubah selepas ini kerana ada banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dengan gelaran yang dipegang.
1. Tidak boleh berlakon
Meghan perlu melupakan kerjaya lakonan dan juga dunia glamoir selepas menjadi sebahagian daripada kerabat diraja.
2. Tiada swafoto
Selepas ini kita tidak akan melihat lagi sebarang selfie daripada Meghan selepas ini, sama ada bersendirian, berdua atau ber-wefie.
3. Tidak boleh melancong bersendirian
Dia akan dikawal 24 jam oleh pegawai perlindungan diraja. Huh tiada privacy juga nih.
4. Tidak boleh tandatangan autograf
Autograph pun tak boleh ya! Atas dasar keselamatan bagi mengelak peniruan tanda tangan keluarga diraja, Meghan sudah tidak boleh memberikan sebarang autograf kepada peminatnya.
5. Tidak boleh mengundi
Menjadi neutral dan menghormati semua parti politik antara syarat yang perlu dipatuhi Meghan.
6. Tidak boleh tayang kaki
Pakar diraja, Victoria Arbiter menjelaskan orang ramai tidak akan melihat keluarga diraja tanpa memakai sarung kaki berona nude.
7. Tidak boleh tidur ikut suka
Pernah berlaku kejadian di mana Puteri Diana meminta izin untuk beradu lebih awal daripada Permaisuri Elizabeth dan perbuatan itu adalah tidak wajar.
8. Tidak boleh duduk bersilang kaki
Menjadi protokol istana untuk tidak duduk dalam keadaan bersilangkan kaki melainkan hanya hujung kaki sahaja.
9. Tiada manicure warna-warni, beg besar
Menurut StyleCaster, kerabat diraja dilarang untuk menyalitkan warna kuku selain warna neutral. Tiada lagi warna merah menyala atau ungu gelap bagi Meghan. Selain itu, etika pemakaian diraja hanya membenarkan clutch atau beg kecil dibawa setiap kali keluar dari istana.
Sumber: The List, Pens & Patron
Sebak & Menitis Air Mata Lihat Rakaman Datin Shahida ‘Meneran’ Untuk Melahirkan. Datuk Aliff Akui Besarnya Pengorbanan Isteri Demi Zuriat

Semalam jutawan produk kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi kegembiraan menimang cahaya mata keempatnya.
Enam tahun menunggu, sememangnya Datuk Seri Aliff Syukri teruja dengan kelahiran bayi ini malah terus memuat naik foto anak yang diberi nama Yusuf Al Qdrawi.
Terbaru di instagram aliffsyukriterlajaklaris, pengasas produk De Herbs ini berkongsi pula rakaman video saat isterinya Datin Seri Nur Shahida bertarung nyawa untuk melahirkan.
Diiringi dengan lagu yang mendayu, video yang memaparkan Datin Shahida sedang meneran untuk melahirkan bayinya cukup menyentuh hati.
Ia sekali gus mengingat kita betapa besar pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa untuk memberikan zuriat dan perkara itu turut diakui oleh Datuk Seroi Aliff Syukri sendiri.
Pengorbanan wanita sungguh hebat…setuju tak? Ketika ini saya berada bersama dia dan saya rasa pengorbanan melahirkan amat bemakna dan sukar utk diungkapkan ketika moment ini berlaku.
Semoga anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antra satu sama lain..walapun berbagai dugaan hampir 12 tahun kita hidup bersama.. and ill always with u.. i love u syg @shahidadherbs forever.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Dalam video yang dimuat naik beberapa jam lalu, Datuk Seri Alif dilihat memberikan kata-kata semangat buat isterinya yang kelihatan menggunakan sepenuh tenaga melahirkan bayinya. Datin Shahida kemudiannya terbaring lemah sebaik bayi yang dilahirkan diletakkan di dadanya.
Status usahawan berjaya ini juga turut menyebabkan netizen yang menontonnya berasa sebak dan terharu melihat proses kelahiran malah tak kurang juga yang mengalirkan air mata.
Sumber: aliffsyukriterlajaklaris
Sila Hormat Pesakit Kanser, Ardell Aryana Respon Tindakan Netizen Komen Pedas di Instagram Elyana

Isi Kandungan
Toggle
Baru-baru ini, penyanyi Elyana memuat naik status mengenai penyakit kanser yang dihidapinya semakin teruk. Malah mungkin terkena lumpuh. Niatnya ingin berkongsi dengan pengikut instagramnya bertukar jadi keruh apabila ada netizen yang mempertikai mengenai Elyana yang masih tidak menutup aurat dengan betul.
Terkesan dengan komen netizen yang mencalar perasaan, Elyana telah menutup akaun instagramnya. Hal tersebut mendapat perhatian daripada pelakon yang turut dikatakan menghidap kanser, Ardell Aryana.
Human senses
Assalamualaikum ..1st of all saya nak mintak maaf jika ada apa yang saya katakan ini menyinggung hati semua followers sy mahu pun yang lihat post ini bukan dari followers sy . Ok, lets talk about “ Human senses “ dalam diri kita . Saya nak bercakap tentang isu netizen rata-rata yang tidak menjaga hati orang lain waktu post komen dekat feed orang ?. Saya tak pernah jumpa personally dengan insan bernama puan “ elyana “ tapi saya kenal dia & semua mengenali nya .
Kagum dengan Elyana
Saya sangat kagum dengan beliau, seorang insan yang cekal sama juga dengan semua insan yang sedang berlawan dengan penyakit masing2 di luar sana .
Tegur sila guna otak
Saya cakap straight to the point je ,kita boleh nak menegur sesama kita , tapi jangan sampai menguris hati orang . Islam itu indah, rata2 yang komen dengan kata2 yang tidak menyenang kan , maaf kata “ lebih kepada ikut hati, bukan otak “. Kita menegur jaga la sensitivity orang lain, tegur la dengan niat tidak menjatuh kan/ mengaib kan orang lain dekat komen secara open . Kita tak tahu keadaan orang yang sebenar, apa yang kita nampak dengan mata kasar di laman sosial tidak melambangkan keperibadian seseorang . Jangan dengan cara kita tu buat orang makin jauh untuk berubah, ada cara kita ni nak sebar rasa kasih sayang dari nasihat kita untuk orang dekat dan mudah terima nasihat kita .
Kita nampak Elyana senyum, kita tak nampak dia menangis
Kita nampak kak “elyana senyum “ tapi kita tak nampak dia menangis .Susah payah dia selalu senyum dihadapan semua untuk sebarkan positive dia pada semua kita support la , bukan cari point yang silap je. ?
Sila hormati pesakit kanser
For those netizen who is heartless. please respect cancer patients. Cancer is not something that you can play around. Dont talk about it as you guys dont know how does it feels to be a cancer patient. We must always give positive vibes and support ?? and also give positive energy , not giving criticism. who are we to judge???♀️ i just cant take it and i don’t understand why certain peoples issues such words to cancer patients. An ordinary person must have self-awareness and must have something good inside ?. We have mercy. please change yourself and please dont keep doing this. please i beg you ??. May Allah bless all of us?. Call out her name ERNEELYA ELYANA in ur doa.
VK setuju dengan apa yang disarankan oleh Ardell.
Sumber: Ardell Aryana
Perkahwinan Tunku Tun Aminah & Dennis, 5 Istiadat & Majlis Bakal Dilalui

This Content Is Only For Subscribers
Beberapa hari lalu kita dikhabarkan dengan berita gembira apabila Tunku Tun Aminah anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, bakal melangsungkan perkahwinannya pada 14 Ogos ini.
Puteri cantik berusia 31 tahun ini akan diijabkabulkan dengan Dennis Muhammad Abdullah setelah Sultan Johor dan Permaisuri berkenan dan merestui perkahwinan pasangan ini.
Justeru baru-baru ini diadakan satu sidang akhbar tentang majlis yang bakal berlangsung. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.
Beliau menyenaraikan istiadat dan majlis yang akan dilaksanakan dan dilalui oleh pasangan pengantin diraja ini.
1. Istiadat meletak kerja
8 Ogos 2017- Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan dijalankan bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.
2. Majlis tahlil & doa kesyukuran
10 Ogos, jam 6.30 petang – majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Pasir Pelangi, bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.
3. Istiadat pertunangan diikuti istiadat pernikahan
14 Ogos, jam 10 pagi – istiadat pertunangan akan berlangsung di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.
4. Istiadat persandingan
14 Ogos jam 8 malam hari yang sama – istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar. Ujar Abdul Rahim istiadat tersebut berlangsung secara tertutup.
5. Majlis bersiram & ziarah Makam Diraja Mahmoodiah
15 Ogos,majlis bersiram pula akan dilakukan oleh pasangan ini di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.
Biodata Tunku Tun Aminah
- Merupakan puteri tunggal daripada enam adik-beradik diputerikan pada 8 April 1986 di Hospital Sultanah Aminah di sini dan diperkenan oleh Almarhum Sultan Iskandar dengan nama Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.
- Mendapat pendidikan asas dan rendah di Hilltop Kindergarten, Sekolah Convent serta Sekolah Seri Utama di sini, sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Australia International School di Singapura seterusnya di La Salle School of Fashion and Design, juga di Singapura.
- Tunku Tun Aminah yang dikurniakan gelaran tradisi ‘Tun’ oleh Sultan Ibrahim pada 2012, melibatkan diri dalam sukan lasak seperti menunggang kuda, joging dan mendaki selain dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun lepas.
- Tunku Tun Aminah juga terlibat dengan kerja amal termasuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir dan merupakan Timbalan Yang Dipertua I Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor serta penaung Johor Bahru International Festival City dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Johor Bahru.
- Siapa bakal suami Tunku Tun Aminah
- Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak ke-2 daripada 3 beradik.
- Beliau berkata anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.
- Katanya, gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.
- Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.
- Bermula tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.
Sumber: Bernama
Foto: Facebook Official Sultan Ibrahim