Antara tanaman yang biasa kita tanam di rumah selain serai, daun pandan dan cili adalah daun kunyit dan halia.
Ads
Tapi masalahnya selalu tak menjadi. Jika berdepan masalah sama boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Robiah Abdrahman ini.
Cara mudah benihkan pokok kunyit & halia
Setelah menelaah beberapa artikel dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya. Tapi ini cara yang saya gunakan.
Ads
1. Beli kunyit hidup di kedai.
2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
5. Apabila razom sudah ada tunas (biasanya 1-2 minggu), boleh ditanam di atas tanah / pasu.
6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.
Dah berjaya semai biji benih serta dah naik pun daunnya tapi bila alih ke pasu atau batas mati pulak anak pokok. Ini kejadian biasa bagi yang baru belajar bercucuk tanam.
Supaya anak pokok yang dialih atau dipindahkan hidup subur membesar dengan baik, boleh ikut panduan dari Liyana Mohd Poad yang banyak bercucuk tanam sekitar kediamannya. Ini tip yang dikongsi berdasarkan pengalamannya.
Bila anak pokok sedia pindah
Anak pokok yang berukuran sejengkal seperti bendi dan anak pokok cili boleh dipindahkan.
Untuk sawi atau pakchoy, biarlah mmpunyai sekurang kurangnya 5-6 helai daun kerana akar dan batang sudah cukup kuat.
Kalau ada 2-3 helai daun, jangan pindahkan dulu. Risiko untuk busuk akar, layu batang, tumbang dan mati sangat tinggi. Jadi,biarkn akar kuat sikit baru pindahkan.
Media tanaman
Media tanaman yg paling biasa digunapakai oleh pekebun adlh topsoil+pasir+bahan organik. Ini memang pro. Nisbah 3:2:1.Apa itu topsoil? Topsoil ialah tanah merah. Tiada tanah merah, boleh guna tanah hitam biasa, pasir manakala bahan organik ialah cocopeat/sekam bakar@mentah lumut terurai.
Bagi beginner, jangan susahkan diri untuk mencampur kesemua bahan ini. Memadai dgn meggunakan tanah campuran 6 in 1 atau tanah organik dan dicampur sedikit sahaja dgn tinja haiwan spt tinja kambing/arnab /ayam.
Guna satu sudu utk satu pasu. Gaul rata dengan tanah tadi dan boleh terus tanam anak pokok.
Cara tanam anak pokok
Semasa nak menanam, masukkan 2/4 tanah yg dah dicampur tinja tadi ke dalam pasu. Kemudian letakkan anak pokok.
Masukkan baki 2/4 tanah ke dalam pasu hingga anak pokok tenggelam 2/4 daripada pangkal.
Daun daun bawah anak pokok seperti cili perlu dibuang terlebih dahulu kecuali sawi atau pakchoy atau bendi.
Kemudian siram dan letak di tempat teduh dulu. Kenapa kena perlu letak di tempat teduh supaya anak pokok berkembang baik dan stabil.
Selepas seminggu, barulah ‘cuba cuba’ letak di tempat panas sepenuhnya. Kenapa perlu letak tempat panas? Nanti layu dan mati? Takkan mati, layu itu normal kerana perubahan tempat dan cahaya. Bila nampak layu sikit, jangan panik, terus siram.
Siraman
Seminggu selepas dibiasakan dengan cuaca panas, pokok sudah dapat berdiri dgn kaki sendiri. Siramlah sekali pagi dan sekali petang. Jika cuaca terlalu panas, boleh siram 3 kali sehari.
Lepas seminggu boleh dibaja
Peringkat awal selepas seminggu ditanam, guna tinja kambing atau tinja ayam dulu. Guna sesudu cukup. Nanti pokok pokok akan gemuk.
Selepas dua minggu guna baja kopi. Saya banyak guna air baja buatan sendiri.
Jika guna baja kimia, saya cadangkan guna baja yg ada unsur NPK 15:15:15 dan NPK 16:16:16 yg biasanya 95% pekebun guna iaitu baja Yara Mila dan baja urea juga.
Penggunaan baja yg konsisten akan memberikan tumbesaran yg baik kpd pokok pokok tanaman anda.
Jika ikut cara di atas insya-Allah elok subur tanamannya.
Tengok buah mulberi yang merah bila ranum dan rasa yang manis membuatkan ramai yang cuba menanam sepokok dua tanaman ini di rumah. Tanam dalam pasu boleh boleh.
Tapi yang selalu jadi masalah, walau pokok mulberi dah besar ia tak juga berbuah. Jika pokok yang ditanam berdepan masalah ini boleh praktikkan teknik yang dikongsi Siti Saja bagi memastikan pokok mulberi berbuah lebat dan besar. Hasilnya macam ni.
1. Cara buat teknik lenturan
Lenturkan dahan dan ikat di pangkal pokok. Kalau nak cantik ikat satu-satu di keliling batang utama.
Dahan yang lebih halus selitkan sesama sendiri. Ikat sekiranya tak mahu terlucut.
2. Petua untuk lebat dan besarkan buah
Mula-mula luruhkan semua daun sampai pokok betul-betul ‘togel’ dan cantas semua pucuk. Ini untuk memaksa pokok berbuah.
Dalam masa lebih kurang seminggu dua akan muncul banyak tunas baru beserta putik-putik buah.
Setelah buah hampir masak luruhkan semua daun sekali lagi. Ini untuk memberi peluang buah membesar tanpa perlu bersaing dengan daun.
3. Untuk pembajaan, bubuh baja kopi
Rajinkan diri ‘top up’ tanah hitam di pangkal pokok. Saya gunakan tanah hitam dari tempat bakaran sampah je.
Dalam situasi banjir di banyak kawasan ketika ini, ramai yang berkongsi video tindakan berani sesetengah pemilik kenderaan yang mengharungi jalan-jalan yang dinaiki air. Kita pula yang takut melihatnya.
Semua maklum akan risiko mengharungi jalan yang dinaiki air ini. Malah sudah ada beberapa kejadian lemas berlaku akibat dihanyutkan air kerana mengharungi jalan sebegini.
3 fakta penting tentang jalan yang dinaiki air
Perlu kita tahu, walaupun jalan yang dinaiki air nampak cetek namun jangan sesekali memandang rendah kuasa air terutama yang sedang mengalir.
Ini fakta yang perlu kita tahu tentang air banjir yang berarus di atas jalan menurut laporan weather.gov
1. Walaupun air setinggi 6 inci di atas jalan sudah mampu menghanyutkan orang dewasa.
2. Air banjir hanya setinggi 12 inci cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta.
3. Sebuah SUV atau trak boleh dihanyutkan walau air banjir hanya setinggi 2 kaki.
Sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air, disarankan berpatah balik jangan redah untuk elak kejadian dihanyutkan air dan lemas hingga meragut nyawa.