Ramai ibu bapa yang memberikan anak gajet untuk melekakan mereka. Pada masa yang sama memberi ruang untuk ibu bapa membuat kerja atau pun berehat.
Gajet ini diberikan termasuklah untuk anak yang masih kecil peringkat bayi yang kita tahu tidak elok untuk perkembangan mereka.
Selain gajet, atau mainan ada satu lagi cara yang sebenarnya boleh melekakan anak pada masa yang sama sangat baik untuk merangsang deria anak anak.
Ads
DIY busy board untuk lekakan anak
Ia boleh merangsang deria pendengaran, penglihatan, sentuhan dan pergerakan motorik seperti pengelangan dan sendiri. Caranya adalah dengan membuat busy board.
Busy board ini sesuai untuk anak terutama yang berusia 6 bulan ke atas. Boleh juga untuk bayi yang meniarap, letakkan busy board ini di hadapan mereka.
Apa perlu ada
Busy board ini dibuat atas papan yang diatasnya dilekatkan barang-barang berikut;
Kunci pintu
Suis
Loceng Tombol
Karpet pelbagai tekstur dan warna
Kalkulator
Roda
Span
Sikat
Renda
Stiker warna-warni
Tali
Zip
Botol plastik
Kebaikan busy board untuk anak
Busy board yang mengandungi semua barang ini sebenarnya merangsang anak untuk menyelesaikan masalah, latihan melakukan rutin seharian, kemahiran pengurusan diri seperti membuka butang baju, buka pintu, mengikat tali kasut dan sebagainya.
Ads
Untuk keselamatan buat busy board ini daripada papan kayu ataupun plastik. Pastikan barang-barang digam kuat. Boleh juga dilekatkan pada dinding.
Berikut beberapa lagi contoh busy board yang boleh dibuat oleh ibu bapa:
Beli pulut panggang tapi bila makan frust sebab pulut tak rasa lemak dan inti kelapa pula rasa hampas.
Kalau nak puas hati makan kenalah belajar buat sendiri. Tapi apa kata cuba buat pulut panggang stail pantai timur yang berisi inti ikan.
Siapa yang pernah makan saja tahu kesedapannya. Inti ikan ini ada rasa pedas dan juga sedikit manis, memang terbaik rasanya. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Suhada Ghads.
Buat sendiri pulut panggang, cuba versi pantai timur
Pulut panggang stail Terengganu inti ikan siap! Ini cara membuatnya
Bahan sambal ikan:
Ikan kembung 1kg
Bawang merah 7 biji
halba
halia
Santan 2 cawan
Garam, gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Rebus ikan, asingkan tulang. Bawang merah dan halia dimayang halus. Halba pula direndam terlebih dahulu.
2. Ikan yang diasingkan tulang kalau rajin tumbuk untuk hancurkan. Tapi untuk mudah kisar terus bersama dengan santan tapi jangan hancur sangat.
3. Tuang semua bahan kisar dalam kuali bersama bahan lain. Kacau dan masak sampai jadi sambal. Perasakan dengan garam dan gula (sambal ikan ini lagi sedap jika ada rasa manis sedikit).
4. Kacau sambal ikan tapi jangan sampai kering sangat. Biar lembap-lembap baru sedap. Siap sambal ikan.
1. Pertama sekali kukus beras pulut 30 minit. Tapi jika air dalam pengukus dah panas menggelegak kukus dalam 20 minit saja.
2. Bancuh siap-siap santan dengan garam dan gula (jangan banyak). Arong atau gaul pulut dalam santan yang dah dibancuh.
3. Kukus lagi selama 30 minit. Kemudian tutup air dan boleh bungkus pulut panggang.
4. Cara bungkus, ada petua guna kapur supaya pulut tak melekat pada tangan. Tapi saya cuma guna minyak masak dan sapu sikit pada daun pisang yang dah dilayur.
5. Dah letak pulut atas daun pisang, letak inti dan tutup hujungnya guna lidi. Kemudian bolehlah dibakar.
Bagi yang bercucuk tanam di rumah, melihat kehadiran serangga memang boleh merisaukan. Ini kerana kebiasaannya serangga ini akan menjadi perosak tanaman. Bukan sekadar merosakkan malah ada yang menyebabkan pokok mati terus tanpa sempat merasa hasil.
Namun begitu tak semua kehadiran serangga ini merosakkan, ada beberapa jenis serangga yang kedatangannya memberi manfaat atau kebaikan kepada tanaman kita. Kalau jumpa 8 jenis serangga ini di kebun jangan musnahkan pulak ya. Serangga ini sebenarnya sahabat tanaman.
1. Mentadak mentadu
Serangga ini datang atas tujuan mencari makanan. Makanan kegemaran mentadak mentadu adalah seperti pepijat, aphid, belalang, cengkerik, lalat dan lain-lain. Mentadak juga dikategorikan sebagai serangga yang pelahap kerana tabiat makanan nya yang laju dan cepat. Jadi, ia boleh memusnahkan serangga perosak yang terdapat di laman dengan cepat.
2. Lebah
Lebah membantu pendebungaan. Jika ada tanam pokok seperti tomato, tembikai, timun, pokok kelapa atau tanaman yang memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah, lebah adalah pembantu yang terbaik.
Lebah juga, dikategorikan sebagai pollinators terbaik di dalam kitaran hidup tanaman. Oleh itu, kalau ada lebah di rumah, selagi tak mengancam keselamatan biarkan saja.
3. Ladybugs (ladybird)
Foto: Biedrona via Wikipedia
Sama seperti mentadak, ladybugs suka makan serangga yang kerap mendatangkan masalah kepada tanaman anda seperti Aphids, Whiteflies, Scale insects dan pelbagai lagi. Jadi biarkan saja jika nampak ia hinggap pada pokok sayur.
4. Rama-rama
Selain menceriakan dengan warna yang unik dan menarik, rama-rama sebenarnya adalah antara agen yang diperlukan untuk melakukan pendebungaan.
Foto: Wikipedia
5. Lacewings
Lacewings adalah serangga yang membantu untuk menyingkirkan aphids atau bena dan whiteflies pada tumbuhan. Bagusnya, ia memvsnahkan serangga perosak ini dari peringkat lava lagi.
Lacewig akan bertelur di atas lava whiteflies dan aphids. Apabila ia menetas, lava lacewing akan menjadikan whiteflies dan aphids tadi sebagai sumber makanan. Kalau nak lacewings datang ke kebun pastikan tiada ancaman semut kerana semut akan memakan telur lacewings dan melindungi aphids.
6. Pepatung
Selain sebagai indicator kepada kualiti persekitaran, serangga purba ini menjadikan nyamuk, lalat, kupu-kupu, lalat buah dan pelbagai lagi sebagai makanan.
7. Cacing tanah
Fungsi cacing tanah ini memang tak dapat dipertikaikan terutama untuk tanah itu sendiri. Selain banyak membantu memulihkan struktur tanaman, tinja yang dihasilkan oleh cacing mempunyai nutrient yang tinggi untuk tanaman. Oleh itu, kehadiran cacing tanah di kebun perlu dipupuk dan dirangsang lebih banyak.
8. Lebah bumble
Lebah bumble adalah antara lebah yang digunakan untuk tujuan pendebungaan. Namun saiznya lebih besar berbanding yang lain. Walaupun ia bersaiz besar dan kehadiran nya lebih jelas membuatkan kita panik, sebenarnya serangga ini tidak akan menyerang jika tidak diancam.
9. Labah-labah
Yang ini ramai yang tak tahu. Memang ada sebahagian kecilnya akan memberi masalah, tapi secara asasnya tidak. Labah-labah membantu mengelakkan tanaman kita dari serangan nyamuk, lalat, belalang, semut, bena dan apa sahaja serangga jenis terbang.
Solat terawih adalah antara keistimewaan bulan Ramadan yang dikurniakan banyak ganjaran pada mereka yang melakukannya.
Lebih afdal dilakukan secara berjemaah di masjid namun bagi kaum wanita tak semua berpeluang untuk berjemaah.
Para ibu yang punya anak kecil atau yang sibuk menguruskan keperluan anak-anak sudah tentu tidak dapat menunaikannya di masjid.
Buat kaum ibu yang sebegini, anda boleh saja melakukan solat tarawih sendirian di rumah.
Panduan tunai solat tarawih sendirian di rumah
Cara menunaikannya boleh mengikut panduan berikut.
Jumlah rakaat terpulang namun paling ringkas adalah 8 rakaat ( 2 rakaat 1 salam diikuti dengan 3 rakaat witir (2 rakaat, 1 salam, 1 rakaat 1 salam)
1. Baca niat, dan solat seperti biasa mengikut bacaan di atas.
2. Selesai dua rakaat dan memberi salam boleh ulang bacaan ini pada rakaat seterusnya sama ada 8,16 atau 20. Bacaan surah selepas al-Fatihah adalah bergantung kepada anda. Boleh baca apa surah yang anda mahu atau hafal.
3. Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:
5. Selepas membaca doa, sambung rakaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20.
6. Selesai solat tarawih, baca doa selepas tarawih berikut;
7. Selepas menunaikan solat tarawih, lakukan solat witir 3 rakaat (2 rakaat salam, 1 rakaat salam). Cara solat witir selepas solat tarawih adalah seperti berikut;
Selesai solat witir 2 rakaat, bangun untuk solat witir 1 rakaat seperti berikut.
8. Selesai 3 rakaat witir, baca doa berikut:
Selamat menunaikan solat terawih, semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...