Bagi yang ada almari pintu sliding biasa hadapi pintu rosak, susah nak dibuka. Kadang-kadang buat kita rasa macam nak beli almari baru saja.
Kalau berdepan masalah ini, jangan beli baru lagi sebelum cuba setelkan dengan cara ini. Rupanya nak atasi masalah pntu almari tu senang saja. Modal RM2.00 saja. Caranya dikongsi oleh Nazmi Sakip
DIY baiki pintu almari sliding yang rosak
Semestinya pintu almari macam ini akan kerap rosak yang buat korang terus rasa nak buang. Betul tak?
Kalau nak tahu cara nak betulkan kerosakan pintu ini sebenarnya mudah giler!!
Caranya:
Ads
1) Pergi kedai hardware atau kedai elektrik untuk beli casing cable 1/2″.
Ingat beli casing cable 1/2″. Panjang dalam 6 kaki.
2) Rujuk pada gambar di bawah untuk letak dekat almari. Lagi mudah skrew casing tu.
Bila anak yang masih bayi terkena selesema selalunya mak-mak takkan dapat tidur. Bayi selalunya akan meragam kerana dia pun rasa tak selesa dek hidung yang tersumbat.
Sebab itulah mak-mak ni akan usaha macam macam cara dan petua untuk hilangkan masalah selesema pada bayi.
Selain petua letak bawang atau guna minyak bawang putih yang pernah viral satu ketika dulu sebenarnya ada teknik urutan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah hidung bayi tersumbat ketika selesema.
Ibu-ibu yang ada anak kecil kena tahu cara urutan ini. Paling best ia hanya memerlukan masa satu minit saja untuk dilakukan.
Apa yang diperlukan cuma minyak bayi atau minyak telon untuk menghangatkan tubuh bayi.
Langkah 1
Baringkan bayi dan ratakan minyak pada tangan ibu. Letakkan tangan pada dada bayi lalu gosok dengan gerakan bentuk hati.
Langkah 2
Selepas itu gosok bahagian dada bayi dengan gerakan tangan menyilang secara berganti-ganti.
Langkah 3
Akhir sekali letakkan kedua jari telunjuk ibu pada bahagian atas hidung bayi, gosok perlahan-lahan ke arah atas kemudian melintasi bawah mata, belakang telinga dan leher. Ulang gerakan ini sebagai tiga kali.
Senang saja kan! Sila hafal cara urutan ini untuk dipraktikkan bila anak terkena selesema ya!
Untuk lebih jelas boleh lihat video tutorial di bawah.
Bagi yang suka bercucuk tanam sayur di halaman rumah boleh amalkan cara yang dikongsi oleh Pyan Sempoy ini untuk memastikan tanaman subur dan sihat.
Caranya cuma guna sisa dapur yang dah busuk, expired, kulit buah, nasi, nasi,roti basi, hampas kelapa dan macam macam lagi. Semuanya boleh. Seronok tengok hasil siraman dari air ini, lebar daun sayur, buah pun banyak.
Booster organik dari sisa dapur
Rutin setiap pagi sabtu saya akan siram ‘booster’ organik utk semua pokok agar lebih subur & sihat.
Guna sisa dapur saja, yg kita tak masak, tak makan, busuk atau expired seperti kulit bawang, batang kangkung/bayam, kulit pisang, kulit nanas, kulit betik, kulit limau, kulit ubi kentang/keledek, kulit telur, air basuh beras, air kelapa tua, nasi basi, susu basi, roti expired, hampas kopi/teh dan lain-lain.
Apa-apa pun oleh campur sekali yg penting organik.
Caranya:
Untuk proses fermentasi yg lebih cepat boleh guna EM/yakult/ragi tapai dan gula merah/pasir sebagai makanan mikrob/bakteria utk membiak.
Selepas dah penuh tong, campur semua kemudian tutup dengan kain ketat.
Buka seminggu sekali pada 1 bulan pertama & dikacau.
Minimum kena peram 1 bulan baru boleh guna. Saya punya tu dah 4 bulan lebih. Lagi lama lagi bagus.
Untuk permulaan boleh campur apa yg ada dulu. Contoh, air basuhan beras + kulit bawang + gula. Yang lain boleh tambah sikit-sikit ikut apa yg ada nanti sampai lah penuh tong.
Ingat ya 1 bulan selepas campuran terakhir (penuh) baru boleh guna. Tanda-tanda boleh guna bila dah tak bau busuk.
Jika bau macam tapai kira dah menjadi. Boleh guna utk siram atau sembur pada tanaman.
Kalau ke fast food jenama ini untuk sarapan, set pancake ini memang jadi kesukaan anak-anak.
Lembut, makan pula dengan sirap maple dan mentega, memang tak cukup dua keping. Kalau beli satu set pun dah RM10. Memang lebih jimat buat sendiri.
Kalau nak hasilkan pancake sama macam ini gebu gebas, boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Khairul Abdullah.
Buat Sendiri Pancake Gebu Gebas Ala McD
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu butter dicairkan
Cara membuat
1. Mula-mula campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu dengan tangan pun boleh sudah. Kalau kau rajin masukkan semua tu dalam blender dan blend. Siap.
2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan, Sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sampai penkek tu nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan lalu biar sampai kuning keemasan.
Siap dan hidangkan dengan butter dan maple syrup ke, madu ke, aiskrim ke, susu ke atau apa saja yang disukai.