Bagi yang baru memulakan kehidupan berumah tangga dan tinggal menyewa, kadang kala kita berkira-kira juga untuk keluarkan bajet membeli perabot termasuklah almari.
Pertama, kemungkinan besar akan berpindah rumah sendiri dan kedua faktor bajet. Tapi masalahnya almari ini kena ada untuk pastikan pakaian kita kemas.
Bagi korang yang dalam dilema ini boleh buat rak baju bajet menggunakan bakul dan paip PVC seperti yang dikongsi oleh Ekinzaid
. Memang banyak boleh isi, siap ada penyangkut baju lagi.Sejak kami sewa rumah kami tiada almari. Ada almari 2 pintu waktu bujang dulu saja, sekarang dah bertiga, mana muat. Jadi baju yang dah lipat susun atas lantai.
Nak beli almari mahal, maklumlah suami sorang saja kerja. Jadi terhasillah idea ini. Modal lebih kurang RM40 saja. Buat dalam 2-3 biji.
DIY bahagian penyangkut elok untuk baju baby atau kanak-kanak. Sebab baju dewasa berat.
2. Elbow paip 10 pcs (RM0. 41/pcs)
T-Socket paip 6 pcs (RM0. 66/pcs)
Cable tie (1 paket RM2.56/ sepeket)
Fitting D/E socket 2pcs (RM0. 47/1pcs)
(Socket fitting ini untuk sambungkan supaya penyangkut tinggi.
Bakul 6pcs ( RM2.10)
Cara membuat:
Sambung paip PVC menggunakan elbow paip & T socket kemudian susun bakul dan ikat menggunakan cable tie.
Selamat mencuba!
Sumber: Ekinzaid Zaid