Ramai wanita hari ini yang memilih mengamalkan jamu. Tapi bagi yang baru memulakan amalan penjagaan kesihatan dalaman cara tradisional ini soalan biasa ditanya adalah ‘kalau period boleh makan jamu tak?
Bagi yang belum menemui jawapannya, Nurul Diyana Kamaludin yang juga pengasas produk jamu Suzy Honey Herbs memberi penjelasannya.
Jamu ada jenis
Soalan lazim dari customer, kalau period boleh makan jamu tak?
Okay macam ni. Jamu ni terdiri dari 2 jenis iaitu herba dan rempah.
Ads
Jika jamu dihasilkan daripada rempah, jadi anda boleh makan ketika period. Rempah yang saya maksudkan adalah macam dalam gambar di atas iaitu ketumbar, halba, lada hitam dan lain-lain.
Pendek katanya, rempah ni jenis yg banyak digunakan dalam masakan. So boleh makan ketika period.
Tapi kalau jamu itu dihasilkan daripada herba, dilarang untuk makan ketika period ya. Herba yang saya maksudkan adalah seperti manjakani, kacip fatimah, serapat dan lain-lain.
Ads
Kenapa tak boleh
Kenapa jamu berasaskan herba tak boleh dimakan ketika period?
Ini adalah kerana herba-herba ini berfungsi mengecutkan rahim. Jadi, bila kita makan jamu berasaskan herba, dikhuatiri akan mengganggu proses pengeluaran darah haid.
Jika darah haid tidak keluar sepenuhnya akan mengakibatkan masalah lain seperti keputihan, bau busuk, senggugut.
Seeloknya ketika period, amalkan sahaja rebusan halia+serai supaya darah keluar dengan lancar.
Ads
Lepas dah habis period, baru mula berjamu balik ya.
Nampak macam senang nak tanam serai, tapi ada juga yang tak menjadi. Sebenarnya nak tanam serai ni pun kena tahu caranya, bukan pakai cucuk dalam tanah saja.
Kalau silap cara lambat bertunas. Jika nak cepat ikut langkah yang dikongsi Azyan Syazwani ini.
Cara tanam serai supaya cepat bertunas
Sebelum ini cara yang dilakukan dengan mencucuk terus ke tanah. Hidup memang hidup cuma ambil masa nak bertunas. Tapi lepas ikut cara ini nampak bezanya, serai lagi cepat bertunas dan subur.
1. Potong serai tinggalkan balance seinci. Ubi/isinya boleh guna utk masak. Tak ada lah membazir.
2. Kemudian rendam serai tu dengan air. Air tak payah banyak sangat. Cukup sekadar paras untuk akar keluar.
3. Pastikan keadaan serai susun berdiri/tegak.
4. Lepas tu biarkan serai terendam. Kalau air kurang dari sehari ke sehari tambah lah airnya.
5. Insyaallah dalam beberapa hari muncul la akar. Lepas itu muncul tunas pokok-pokok baru.
6. Dah keluar 2 3 tunas anak pokok, boleh lah pindahkan ke tanah.
Salah satu cara supaya pokok buah yang kita tanam cepat berbuah dan lebat hasilnya adalah dengan menanam pokok yang ditut. Ramai yang beli saja pokok buah yang siap tut kerana menyangka kaedah ini susah dilakukan.
Sebenarnya ada cara yang mudah dan ringkas untuk melakukannya. Tak perlu modal dan kita sendiri boleh buat pada pokok buah yang ada di rumah. Teknik tut mudah ini dikongsi Ari Ayie.
Teknik tut pokok mudah, beberapa minit saja dah siap!
Teknik tut pokok yang dikongsikan oleh seorang sahabat saya ini memang mudah dah ringkas. Hanya beberapa minit dah selesai.
Bahan yang diperlukan cuma botol plastik, penggalak akar dan air hujan. Caranya boleh rujuk pada gambar rajah di bawah;
1. Sediakan botol plastik yang dilubangkan bahagian atas.
2. Cari dahan pokok yang sesuai, potong dan belah hingga separuh dahan.
3. Kepak sedikit belahan dahan tadi dan masukkan dahan terbelah tadi ke dalam lubang botol. Ikat kemas botol pada dahan menggunakan cable tie supaya tak beralih.
4. Isikan botol dengan air hujan (saya guna air paip saja) dan juga penggalak akar atau CIRP
5. Insya-Allah sebulan akan keluar akar dan boleh dialihkan ke polibeg.
Ini hasilnya selepas sebulan, dah sedia untuk dialihkan.
Boleh cuba tut sendiri pokok buah yang ada di rumah ya.
Nak buat ikan atau ayam goreng mesti kena gaul dengan kunyit guna tangan. Bila dah gaul ini tahu sajalah tangan mesti akan jadi kuning. Biasanya walau dibilas dengan air dan guna sabun kesan kuning ini susah hilang.
Kalau duduk di rumah saja tak mengapalah, tapi jika selepas memasak nak keluar atau bekerja dengan tangan kuning segan pula. Supaya kesan kunyit cepat tanggal boleh guna cara yang dikongsi oleh Wawadels.
1. Lemon/limau
Ini cara paling berkesan untuk hilangkan kesan kunyit dengan cepat. Boleh gosok sepotong lemon atau limau pada tangan. Kemudian, cuci dengan sabun tangan dan bilas seperti biasa.
2. Cuka
Boleh juga cuci mengunakan sedikit cuka yang dicampur dengan sabun. Ini kerana cuka bersifat asidic sama seperti limau.
3. Minyak zaitun / minyak kelapa
Gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa pada tangan dan biarkan sebentar sebelum mencuci dengan sabun dan air.
4. Garam dan minyak
Campurkan garam dengan minyak dan gunakan campuran ini sebagai pembersih. Gosokkan campuran tersebut pada tangan dan bilas dengan air.
5. Baking soda
Gunakan baking soda dan lumurkan pada tangan yang ada kesan kunyit. Tip ini mampu kurangkan kesan kuning tetapi masih belum hilang sepenuhnya.