Perkongsan dari Yanie Shafiin ini memang jadi inspirasi untuk mereka yang memiliki rumah kayu atau papan untuk membuat renovasi. Sebab hasilnya macam deko rumah kondo.
Dari rumah papan ibu mentua yang rosak teruk angkara penyewa, Yanie mengambil masa hampir dua tahun untuk memperbaiki dan juga mendeko kediaman yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur ini.
Katanya ubah suai kediaman ini tercetus bila ibu mentua menyuarakan keinginan untuk melihat rumah lamanya. Dari situ mereka terkejut bila mendapati kediaman tersebut dalam keadaan yang cukup teruk.
Ads
Habis rumah!
Rasa sayang jika dibiarkan maka bermula hujung tahun 2017 dia bersama suami memperbaiki kediaman tersebut sedikit demi sedikit. Barang dibeli sendiri, cuma upah tukang rumah untuk menyelesaikannya.
Ads
Sehingga sekarang masih ada lagi bahagian yang perlu dibaiki. Namun begitu usaha sedikit demi sedikit ini nyata membuahkan hasil. Malah dia sendiri seperti tidak mempercayainya.
Hasilnya…
Ads
Ketika ini kata Yani dia dalam usaha menyiapkan bahagian luar rumah pula. Kita nantikan hasilnya.
Kita orang perempuan mestilah nak rumah tak kira rumah mak ayah di kampung atau sendiri dalam keadaan kemas. Kalau boleh semua ruang termasuklah bahagian dapur.
Bila rumah kemas barulah hati tenang. Tapi nak mengemas bahagian dapur paling mencabar adalah bahagian bawah sinki untuk rumah yang tiada kabinet, hanya ada table top saja.
Semua barang tersimpan di bahagian ini akan terdedah dan nampak serabut kalau tak pandai menyusun atur.
Namun terima kasih pada perkongsian Ayzar Nur yang lalu di timeline Facebook admin. Menarik sangat untuk dikongsi.
Bagi menyelesaikan masalah yang sama di dapurnya Ayza Nur mengubah suai shower curtain untuk menutup bahagian ini.
Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.
Paling best modalnya sangat jimat tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.
Caranya ikut langkah ini.
SEBELUM
SELEPAS
Barang yang diperlukan
2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)
Cara membuat
1. Potong shower curtain ikut ketinggian table top.
2. Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.
3. Selaraskan panjang curtain bar.
4. Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.
5. kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.
Kat rumah tv lama elok lagi, cuma bukan jenis smart tv yang boleh tengok YouTube, Netflix, connect dengan wifi macam kita tengok phone. Tapi hati teringin nak ada akses macam smart tv.
Kalau tak nak beli baru sebenarnya ada alternatif untuk jadikan tv lama kita macam smart tv. Caranya cuma guna Mi Stick ini saja, cucuk saja alat ini akan dapatlah tonton siaran macam di smart tv. Tak payah nak repair apa-apa pun. Nak tahu caranya? Boleh ikut perkongsian Khairul Abdullah ini.
Cara jadikan tv lama macam smart tv
Korang, kalau tv di rumah tu masih elok, tapi tak berapa nak smart, tak boleh akses Youtube atau Netflix atau Disney+Hotstar, atau HBO, maka keluarlah modal RM152 sahaja untuk “smart” kan dia.
Ya dengan guna Mi Stick ni, tv ‘bodo-bodo’ yang kat rumah terus jadi bijak dan smart weh.
Boleh terus sebut “Hey Google, open Netflix.”
Haa terus dia buka Netflix bagi kau tengok. Power dak?
Korang boleh pilih 3 jenis tau.
-Mi Stick yang HD – RM152
-Mi Stick yang Ultra 4K – RM205
-Mi Box yang Ultra 4K – RM225
Harga tak jauh beza pun semuanya. Cuma kalau nak beli yang 4K, make sure tv kau pun support 4K lah. Gambar dia padu wehh.
Yang 4K Tengok sini: https://shope.ee/99omSWFkY4
Kalau tv kau dah memang old skool sangat, beli yang HD jer, cukup padu dah. Terang dan jelas, gambar tak pecah. Yelah kualiti 1080HD. Dah cukup baik dah.
Yang Full HD tengok sini: https://shope.ee/3KqzbHESQ5
Tapi kalau tv kau memang gila oldskool, port HDMI pun takde, kau jangan bimbang, beli jer port converter ni dulu. Nanti lubang video yang kaler putih merah dan kuning tu bertukar jadi HDMI.
Kunyit hidup dan daun kunyit antara bahan yang kerap kita guna dalam masakan. Selain itu ia juga tanaman yang selalu kita tanam di halaman rumah.
Sebabnya, pokok kunyit antara yang cukup mudah untuk ditanam. Lihat saja cara yang dikongsi oleh Maisarah Mahyuddin. Cuma ada tiga langkah saja.
1. Beli kunyit hidup di pasar pagi/supermarket.
2. Biarkan saja kunyit di tempat letak bawang sehingga nampak tunas( biasa saya beli banyak, saya biarkan yang tak digunakan tumbuh tunas).
3. Bila nampak tunas, potong sebahagian yang bertunas kemudian tanam sedikit dalam bekas berisi tanah kompos. Dalam beberapa minggu akan nampaklah pucuknya.
4. Jangan lupa konsep ABC : air-baja-cahaya
TIP
Bagi daun yang dah besar, mungkin ada masalah ulat menyebabkan daun bertukar berwarna kuning. Sebaiknya daun ini dipotong.
Jangan lupa letak baja untuk elakkan serangan ulat. Boleh guna baja Ezygrow (klik untuk beli) ini untuk tanaman.
Lidi tajam itu untuk elakkan kucing buang najis dalam pasu.
Gam gajah melekat pada jari selepas menggunakan gam gajah atau superglue biasa terjadi. Ia menimbulkan ketidakselesaan pada jari.Kesan gam ini pula susah nak tanggal...