Isi Kandungan
TogglePandu kereta automatik memang senang, tak perlu tukar gear, tekan klac ketika memandu.
Tapi masalahnya walaupun senang tetap ramai yang melakukan kesalahan dengan gear sewaktu menggunakan kereta jenis ini terutamanya ketika hendak memarkir atau meletakkan kereta.
Menurut Adrian Chiaa pengulas kereta yang selalu berkongsi tip tentang kenderaan, ramai yang menggunakan kereta automatik memasukkan gear secara salah ketika hendak meletakkan kereta.
Cara salah yang jadi kebiasaan
– Dari gear D terus tolak ke P
Cara ini akan menyebabkan tekanan diletakkan ke gearbox dan boleh merosakkannya.
Cara betul masukkan gear untuk parking kereta auto
-Tolak dari D ke N dulu,
-Tarik handbrake,
-Lepaskan brake,
-Masuk ke gear P.
Kita biasakan cara ini ya.
Semoga bermanfaat
Sumber: Adrian Chiaa
Kalau Teringin Nak Ada Haiwan Peliharaan Boleh Ambil Di Sini. Siap Dapat ‘Starter Pack’ Royal Canin Percuma Lagi
Isi Kandungan
TogglePenularan virus Covid-19 bukan saja memberi kesan kepada manusia tapi juga haiwan. Salah faham dan kebimbangan haiwan boleh mengakibatkan jangkitan virus bahaya ini kepada manusia menyebabkan kadar haiwan terbiar meningkat kebelakangan ini.
Bagi pencinta haiwan, melihat haiwan yang banyak terbiar di jalanan memang menyedihkan. Apatah lagi apabila mengenangkan haiwan ini tanpa makanan, sakit atau lebih buruk disakiti oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Disebabkan inilah Royal Canin Malaysia bekerjasama dengan Petfinder.my menggalakkan orang ramai mengambil haiwan terbiar ini bagi dijadikan binatang peliharaan di rumah supaya kebajikan mereka terjaga.
Boleh cari dan ambil binatang peliharaan di Petfinder.my
Selain mengambil terus di jalanan, mereka yang bersimpati dengan nasib haiwan-haiwan terbiar ini atau berhasrat memelihara haiwan di rumah boleh terus mencarinya di laman web www.petfinder.my.
Menerusi laman web ini, kita boleh memilih pelbagai haiwan comel, daripada kucing, burung, arnab, hamster, anjing dan sebagainya untuk jadi peneman di rumah.
Malah boleh juga mendaftarkan haiwan yang dimiliki untuk diberikan kepada orang lain.
Jika anak berminat memiliki haiwan peliharaan, aktiviti mencari haiwan peliharaan di laman web ini boleh dilakukan bersama mereka.
Adanya haiwan peliharaan ini sebenarnya mampu melatih anak supaya bertanggungjawab, dan juga mengajar mereka erti kasih sayang.
Ambil haiwan peliharaan, dapat kit permulaan Royal Canin percuma
Menariknya bagi memastikan haiwan yang diambil di sini mendapat khasiat pemakanan yang mencukupi, Royal Canin Malaysia akan memberikan kit permulaan penjagaan haiwan secara percuma kepada pemilik.
Kit ini mengandungi satu pek makanan haiwan Royal Canin (terhad kepada 100 beg penebusan setiap bulan). Selain itu turut disediakan dalam kit adalah mangkuk dan cawan untuk penyediaan makanan haiwan dan juga panduan penjagaan haiwan.
Pemilik haiwan juga akan menerima baucar diskaun 30 peratus sehingga RM50 untuk pembelian atas talian di kedai Shopee Royal Canin. Kit peralatan makanan dan baucar diskaun ini terhad kepada 150 penebusan setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Royal Canin boleh layari laman web www.royalcanin.com/my.
Ikuti juga Royal Canin di saluran media sosial Facebook RoyalCaninMY dan Instagram @royalcaninmalaysia untuk maklumat terkini.
Info
Kelebihan miliki haiwan peliharaan
- Jadi peneman bila sunyi
- Bantu redakan stres
- Kurangkan tekanan darah tinggi
Tip Buat Apam Nasi Supaya Hasilnya Gebu. Nak Apam Merekah, Kukus Guna Api Begini
Isi Kandungan
ToggleBila ada lebihan nasi ramai cuba buat apam nasi ini. Cara membuatnya pun ringkas, sebab itu kita pun teruja nak mencuba.
Walaupun begitu selalu kita dengar bila dah buat hasilnya tak menjadi. Apam kecut, bantat antara masalahnya. Tak gebu macam yang kita selalu beli. Sudahnya ramai yang putus asa.
Bagi memastikan apam nasi yang dibuat gebu gebas, cara dan tip yang dikongsi oleh Janna Hanie boleh dijadikan panduan.
Cara buat apam nasi gebu
Sebelum ini buat apam jadi bantat atau bila buka penutup apam kecut. Tapi bila ikut resipi dan tip ini alhamdulillah menjadi.
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
1 cawan air
1 sudu makan yis (separuh peket yis kering)
Cara membuat:
1. Kisar nasi, gula, air sampai halus.
2. Kemudian campur dengan tepung gandum,tepung beras dan yis. Gaul sebati.
3. Perap adunan sampai naik sekali ganda baru masukkan dalam acuan dan kukus (saya perap 1 jam saja)
4. Jika nak hasil apam yang gebu dan pecah kukus guna api besar.
Tip dapat apam yang cantik
- Acuan jangan sapu minyak
- Isi adunan penuh acuan
- Kukus 10 minit(acuan kecil), kalau acuan besar (kukus lebih sikit masa dalam 15-20 minit).
Selamat mencuba.
Sumber: Janna Hanie
Ustazah Asma’ Kongsi Tip Redakan Sakit Gigi Yang Amat Sangat, Memang Berkesan Macam Bius Sementara
Isi Kandungan
ToggleSakit gigi dek masalah gigi berlubang, jangkitan pada gigi, gusi antara yang menyebabkan kesakitan. Sakitnya pula memang tak boleh bincang, berdenyut-denyut dan hanya yang pernah melaluinya saja tahu.
Lagi memeritkan jika sakit gigi ini dialami waktu malam, tatkala klinik gigi tak dibuka tak boleh dapatkan rawatan. Memang boleh makan ubat penahan sakit tapi kalau ambil banyak kali tak elok juga.
Dalam keadaan menahan kesakitan dek sakit gigi bagi yang sedang mengalaminya boleh amalkan tip yang dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun.
Beliau yang baru-baru ini berdepan dengan sakit gigi yang amat sangat telah menurunkan satu tip untuk meredakan kesakitan sakit gigi yang dialami. Malah cara ini katanya memang disarankan oleh doktor sendiri.
Lagi sakit daripada beranak
Saya pernah sakit yang teramat begini tapi lebih lagi ketika kami tinggal di Brisbane Australia. Sakitnya pada waktu malam, entahlah, saya rasa ia lebih sakit daripada beranak. Maaflah saya cakap begini, sebab saya dah beranak 7 kali yang ada tahap maksimum dan sakit tempoh lama.
Masa itu kami memang tak mampu, tak ada duit langsung untuk ke klinik gigi, kosnya untuk rawatan jika waktu malam dalam 1k dolar aus, bersamaan dalam RM 3k lebih, jika siang servis rawatan lebih murah dalam 300 dolar.
Sementara itu usahakan hampir semua kaedah tradisonal dalam carian google, namun semua tak menjadi. Bertempiklah juga dengan air mata mencurah-curah bak air terjun, rasa nak hempuk-hempuk kepala kat dinding, ketika tu sedang mengandung anak ke 5 iaitu Sofwan.
Kemam air ais
Akhirnya Allah izinkan saya baca satu tip iaitu kemam air ais yang betul-betul seju. Saya pun cuba, memang mulanya akan rasa sengal amat, tapi kesannya kesakitan teramat itu boleh hilang sekelip mata. Allahu Akbar, rasa ajaib sangat time tu.
Tapi, ada tapi tuan puan sekalian, bukan sekali buat hilang terus, kena buat selang satu minit. Maksudnya selepas hilang kebas kesan ais, sakit tu terasa balik. Bermaksud saya perlu ais yang agak banyak, untuk bertahan daripada awal malam hingga ke pagi esok.
Sampai masa ais kat rumah habis, ketika itu suami ada urusan urgent di Uni, saya selaku isteri solehah, cuba tak nak ganggu dia, saya pun berjalan kaki meredah malam ke rumah kawan yang agak jauh juga, ketuk pintu minta ais tengah malam.
Macam bius sementara
Syukur dia simpan stok ais yang banyak. Daripada malam sampai pagi memang tak dapat tidur langsung, selang satu minit perlu kemam air ais sampai rasa kebas.
Esoknya awal pagi ke klinik gigi, dokor nampak botol air penuh ais di tangan saya, dia cakap, tindakan awak bijak, sebab itu antara cara terbaik, ia macam bius sementara.
Fuh, memang rasa bijak time tu, tapi yang lebih adalah rasa syukur, Allah izinkan saya jumpa ilmu dan kaedah tersebut.
Kembali ke cerita sakit gigi ni, saya nak beritahu, jika anda sedang sakit gigi teramat, cuba ya tip kemam dengan air ais, dan sengaja kumurkan fokus kepada gigi yang sakit tu. InsyaAllah ia sangat membantu, sementara nak tunggu jumpa doktor.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun