Teknik Urus Kain Baju Tak Berlipat Yang Menimbun. 10 Minit Boleh Setel!

Share

 

Situasi biasa bagi golongan mak-mak, setiap hujung minggu mesti akan mengadap kain baju yang menggunung tinggi.

Mulanya timbunan baju yang nak dicuci, seterusnya timbunan baju yang nak dilipat pula. Kalau takde cara betul menguruskan kain baju ni memang stress dibuatnya dengan kerja yang tiada kesudahan ini.

Bagi membantu mak-mak menguruskan kain baju yang menggunung ini, Syikin Zahir ibu empat anak ini berkongsi cara yang dilakukan untuk menyelesaikan semua timbunan ini.

Percaya atau tidak dalam masa 10 minit akan settle satu persatu baju yang bertimbun ini.

Tip urus kain baju menimbun untuk mak-mak

Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12 pasang sehari.

Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.

Ni semua akan mengganggu menta l& emosi mak kan? Nanti mulala stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini)

Jom tengok nak kasi setel macam mana.

Sediakan bakul dulu

Langkah pertama:

✔Sediakan bakul untuk setiap anak
✔Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
✔Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung jua.

Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.

Nampak tak beza dia.
Gambar atas dan bawah sama ja. Kain baju yang belum dilipat.
Bezanya yg atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju.
Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa.
Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan.

Setiap bakul tak sampai 10 minit

Percaya tak, bagi setiap bakul tu, masa yg diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pon. Kenapa?

✔Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejuk hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.

✔Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.

✔Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2.sekali lagi.. PSIKOLOGI.. kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.

✔ MOTIVASI

YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyakkkkk nau nak lipat!!!Mak2 ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan.

 

Last, cara kita susun baju dalam almari anak. Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB.. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih.

Sekarang dah pandai susun gini, anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri

Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat.. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah.

Susun baju macam ni

Ok, dah tau caranya hujung minggu ni kita praktik cara ni ya.

Sumber: Syikin Zahir

Published by
VK