Bagi mereka yang sering melakukan kerja pertukangan, pastinya akan membuang lebihan kayu yang tidak digunakan lagi.
Namun sebenarnya jika anda kreatif, lebihan kayu ini boleh dijadikan idea menarik dalam menghias ruang kediaman.
Seperti perkongsian Asri Hj S yang juga merupakan ahli grup Tukang Apa Hari Ini telah menggunakan sisa kayu pallet untuk dijadikan dinding baru di luar rumahnya.
Sentuhan gaya rumah Inggeris.
Menurut Asri dia mempunyai seorang kawan yang bekerja meleraikan kayu-kayu pallet.
Ads
Dan setiap kali mendapat bekalan kayu pallet dari US, kawan berkenaan akan simpankan untuknya.
Selalunya dia akan membeli sedikit demi sedikit hinggalah berjaya mengumpul dalam kuantiti yang banyak.
Ads
Akhirnya siapa sangka timbunan kayu pallet ini berjaya dijadikan ‘shiplap’ untuk hiasan dinding tumpu yang sangat menarik.
Ads
Hiasan dinding guna kayu pallet
Sebenarnya tidak ada plan untuk buat apa-apa tetapi oleh sebab papan berkenaan nampak cantik & kuat, tebal 1 inci, saya kumpul saja.
Lama jugaklah tersadai papan-papan ini tepi rumah. Selalu juga isteri bertanya, mahu buat apa papan-papan itu kerana terasa ‘semak’.
Masa duduk rumah sepanjang PKP tempohari, kita keluarkan papan-papan itu dari tempat persembunyian.
Perlahan-lahan kita lekatkan pada dinding luar. Orang putih cakap apa… Shiplap?
Bahagian pendek dilekatkan guna gam. dan yang panjang guna wallplug + skru. Kononnya untuk dijadikan seperti rumah log.
Anai-anai suka kayu ini, tetapi disebabkan kayu berkenaan sudah ‘dirawat’, jadi insyaAllah selamat untuk tempoh 8 tahun akan datang.
Maaflah saya tiada kelulusan atau kemahiran menukang kayu, jadi hasilnya biasa-biasa saja.
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, mungkin boleh ikut perkongsian daripada Darina Sekeri. Bukan untuk dirinya tapi suami.
Setiap hari dia menyediakan menu diet ringkas namun berjaya membantu suaminya menurunkan berat 20 kg. Daripada saiz XL ke S. Dari saiz seluar 36 ke saiz 28. Dari 85 KG ke 65kg dan berat tersebut kekal dari tahun 2019 hingga sekarang.
Menariknya, menu yang disediakan adalah menu kampung yang mampu diterima oleh tekak kebanyakan kita. Berikut adalah perkongsian beliau.
Nak mendidik anak tentang agama seharusnya dari kecil ketika hatinya masih bersih, lembut dan mudah dilentur dan dibentuk.
Apatah lagi jika anak itu lelaki, yang bakal menjadi ketua keluarga satu hari nanti. Pegangan agama yang utuh cukup perlu.
Atas dasar inilah seorang ibu mengentalkan hatinya untuk menghantar anak ke sekolah agama. Biarpun sedih terpisah namun dia tahu itu adalah tugas yang perlu dilakukan oleh seorang ibu.
Perkongsian Herda Johan ini juga mungkin dialami oleh ibu-ibu lain juga, justeru ia mendapat banyak reaksi daripada netizen bila di muat naik.
“Jangan nangis! Belajar agama takleh nangis!” Sengaja akak mengeraskan suara. Bukan niat akak. Tapi itu saja yang mampu akak luahkan ketika itu.
Dia anak sulong. Dia abang kepada 4 orang adik dan bakal menjaga 5 adik selepas ini. Dia lelaki! (Dia bakal suami!) (Dia bakal ayah!) (Dia bakal imam dan ketua keluarga!)
Akak hanya peluk sekejap. Cium sekejap. Akak terus lepaskan. Malah ketika dia menangis teresak-esak, akak biarkan saja dia melayan perasaannya sambil mulut akak masih mengomel.
“Abang belajar agama tak boleh menangis. Abang kena kuat! Dah jangan nangis!”
Air mata akak mengalir. Akak cuba tahan. Tapi masih juga mengalir. Suami akak juga kalah. Air mata seorang ayah untuk anak lelaki sulongnya akhirnya jatuh juga.
Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, akak tahu Aiman terasa. Sudah banyak kali dia berkecil hati dengan cara akak. (Maafkan mama. Itu tugas mama.)
Kalau boleh, Akak tak mahu lepaskan dia seorang diri. Mahu sentiasa berada di sisi dia. Mahu lihat setiap pergerakannya. Tapi akak terpaksa lepaskan dia buat sendiri di usianya masih muda.
Sebagai ibu, akak kena bersedia. Saat dia lahir (begitu juga dengan adik-adiknya), tiba masa pengorbanan ini yang perlu akak buat.
Sejak dia berumur 9 tahun, Akak sudah memaksa dia ke sekolah agama. Dari 7 pagi hingga ke 5 petang dia di sekolah.
Memikul beg yang penuh dengan buku akademik dan agama. Mana nak menjawab soalan matematik. Nak memahami subjek bahasa arab pula.
Terbongkok-bongkok dia berjalan. Pada mulanya dia mengeluh. Penat! Akak buat tak peduli. Akak kata, murid lain macam tu juga. (Tapi hakikatnya akak tak sampai hati melihat dia kepenatan begitu).
“Ustazah, kalau dia nakal tak mahu dengar kata. Rotan dia”. Itulah pesanan akak pada ustazah yang mengajarnya dulu.
Sampai di rumah, dia keletihan. Sehinggalah umurnya 12 tahun dan habis sekolah. Khatam Al-Quran. Beberapa surah utama telah di hafal. Tajwidnya juga lulus. Solatnya juga terjaga. Akak lega.
(Terima kasih atas budi dan ajaran ustazah dan ustaz Seri Ad-Dinniah, Sg. Bakap)
Kini, akak perlu teruskan. Melepaskan dia berjauhan dari akak demi menuntut ilmu agama. Dia amanah dan pinjaman dari Allah buat akak dan suami. Tanggungjawab ini berat. Satu masa, dia pasti jauh juga. Tapi biarlah dia berjauhan dengan membawa agamanya bersama.
Kalau silap langkahnya, apa jawapan yang perlu akak berikan pada Allah di akhirat kelak.
Akak buta agama. Membaca Al-Quran pun tergagap-gagap. Solat pun terkial-kial. Entah betul atau tidak tajwidnya pun akak tak tahu. Apatah lagi dosa akak lebih seluas lautan, lebih setinggi gunung. Astaghfirullahalazim.
Pilihan akak cuma ini. Jauhkan dia dari akak yang ‘tidak tahu’ hendak mengajar dan dekatkan dia dengan ‘guru’ yang layak mengajar. Cukuplah akak saja yang sudah lama lalai. Akak tidak mahu dia juga begitu.
Kalau dari mula akak tak paksa diri akak untuk memaksa dia mencintai Allah, Rasul dan agamanya, nanti bukan akak sahaja yang hanyut. Malah lebih malang, akak membawa dia hanyut bersama adik-adiknya. Biarlah air mata ini sebagai permulaan dia memimpin dengan nama Allah untuk keluarganya kelak.
Hari ini baru hari ke-3 dia meniti hidupnya di asrama. Jadual penuh memenuhi harinya. Bangun sebelum subuh.
Di arahkan berjemaah setiap waktu. Mana lagi mahu belajar dan menghafal. Tidur tengah malam. Mengurus hidup sendiri. Berhadapan dengan persekitaran yang baru dan sangat asing baginya.
Selama 3 hari ini akak menanti panggilan telefonnya. Naik saja nombor ‘public phone’ asramanya, akak terus angkat.
“Mama dengan adik-adik sihat ke?” Akak menahan sebak. Lega akak mendengarnya.
“Sihat. Abang camana?”
“Ok je. Tadi solat pastu baca al-quran”.
Jatuh air mata akak mendengarnya.
“Kawan-kawan ok?”
“Ada yang ok ada yang tak.”
Nada suaranya rendah. Akak diam seketika.
“Kenapa? Kawan-kawan tak best ke?”
“Tak lah. Yang tak ok tu macam Abang la. Rindu dengan family. Tak biasa……”
Kedengaran sebak di hujung suaranya. Allah….
Bertabahlah duhai anakku. Akak cuba mengawal suara sebak akak.
“Aiman kena kuat. Aiman kan abang. Kena jadi contoh pada adik-adik. Aiman belajar agama. Sabarlah ye. Nanti minggu depan dah start belajar dah macam biasa je. Lagipun mama papa akan jumpa Aiman selalu. Tak jauh pun kan”.
“……..ok…..”
Setelah perbualan habis, akak tak dapat menahan lagi. Dalam hati akan terus berdoa semoga hatinya kuat dan cekal untuk meneruskan pengajiannya ini. Akak terus menekup muka. Menangis teresak-esak hingga tak sedar terus tertidur.
Ini baru permulaan.
Ujian akak ini sekecil zarah berbanding ibu-ibu yang lain. Allah hanya jauhkan pandangan mata dia dari akak untuk beberapa hari. Tak jauh pun. Itupun berat hati akak untuk menerimanya.
Entah bagaimana perjalanan kehidupan dia selepas ini, akak tidak tahu. Tapi Akak percaya inilah pilihan dan jalan yang betul. ‘Memaksa’ dia menuntut ilmu agama dan mencintai tuhannya yang Esa lebih dari dirinya sendiri.
Akak bersyukur di izinkan Allah menjadi ibu . Diberikan kelebihan darjat yang tinggi di sisi Allah. Doa ibu kepadanya anaknya tiada tandingan.
Apabila kali pertama akak bergelar ibu, ia sudah sempurna. Cukup sempurna! Bukan harta dan kesenangan dunia yang akak harapkan. Cukuplah anak-anak ini menjadi kekuatan akak.
Doa akak berterusan untuk anak-anak akak tiada penghujungnya.
Ibu mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Semua ibu punya doa dan harapan yang sama.
‘Post’ ini tiada tujuan untuk merasa bangga dan menunjuk-nunjuk. Tiada yang sempurna melainkan Allah. Ia hanya perkongsian hati seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya.
Ia tidak boleh di pendam. Mahu disuarakan kerana ini nikmat dan rahmat Allah yang tiada nilainya. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Sebagai ibu dan bapa, akak berdoa semoga Allah menguatkan kesabaran kita mendidik dan membesarkan anak-anak kita. Ujian kita berat.
Kita tidak lengkap, tapi Allah dah jadikan kita ibu bapa yang sempurna dan cukup. Tugas kita ialah meneruskan amanah dari Allah ini untuk memimpin mereka ke jalan yang di redhai-Nya.
Di zaman sekarang yang penuh cabaran dunia. Dengan kehidupan kita siang malam ‘mengumpul harta’. Mana lagi nak mengurus kebajikan anak-anak. Hingga lupa mana yang lebih utama.
Dalam Al-Quran pun dah dinyatakan dengan jelas, anak dan harta ujian terbesar buat kita hamba-Nya. Dan setiap ujian ada rahmat dan nikmat Allah tersembunyi. Keputusan di tangan kita untuk memilih jalan mana yang baik dan buruk.
Jika kita pilih jalan yang baik, hasilnya insyaAllah baik. Jika jalan yang buruk kita pilih, maka makin leka dan terpesonglah hidup kita. Semoga Allah memimpin hati kita sebagai ibu bapa dengan hidayahNya.
Sejak dilahirkan ke dunia rezeki kita termasuklah soal jodoh sudah ditentukan Yang Maha Esa. Takkan pernah tahu bila sampai jodohnya tapi kita disaran supaya berusaha.
Ada yang berkawan bertahun-tahun lamanya namun berpisah jua. Tapi ada juga yang cukup mudah rezeki jodohnya berkawan seketika terus saja mendirikan rumah tangga seperti yang berlaku pada Hilmi Syukran.
Cuma kenal tiga hari terus saja ‘set’ tarikh untuk berkahwin. Paling menarik pertemuan dengan jodohnya itu cuma di Facebook saja.
Betul ke kenal 3 hari terus kahwin ?
Teman-teman sekalian, aku inspirasikan kisah sendiri ini lillahitaala, ikhlas utk motivate kalian yg masih tercari-cari psgn hidup dlm masa yg sama berperang dgn diri sendiri termenung entah kat mana psgn hidup korang skrg.
Betul weh.
Hari pertama tegur hari kedua dtg jumpa mak ayah hari ketiga dtg bawak umi merisik. Gila tak gila mmg keje gila. Hari pertama, kenal kt fb. Dh mmg niat nk cari psgn krn Allah sokmo2, jadi hari tu juga aku minta izin utk dtg jumpa mak ayah dan keluarga dia esoknya.
Hari ke 2, dtg sensorang jumpa direct mak ayah dia sesambil cucuk angin nak bg hint kita nak ambil anak dia bt jadi isteri ni.? Balik jumpa keluarga dia, aku whatapps dia
‘ Huda jom kahwin ? ? ‘
‘ Jommmmm ?? ‘.
Gile tak gile terkejut berok aku,terus bgthu umi. Kalau dh Allah nk kata silakan, go on tu mmg sumpah mudah gila. Terus umi ckp okay esok boleh jer kita gi merisik. Hari ketiga bwk umi gi merisik. Pheww..
3 hari woi, terus set tarikh kahwin 18.8.2018. Kau bayangkan aku niat nk kawin start drpd aku ambil kursus kahwin which is 4 tahun lepas. 4 tahun aku struggle cari psgn hidup mcm2 naik turun kecewa jatuh semua ada.
Memember fb pun dah slalu sgt tgk aku memane post psl jodoh je mesti aku tag diri sendiri je kan biy kan Hilmi Syukran, nak cerita betapa sendu jugak aku menyingle wakaka.
Bila secepat mcm ni lps akad nikah aku nak pgg tgn dia pun tgn jd parkinson. Jurugambar suruh tgk mata dia pun aku suruh kira satu dua tiga snap baru aku tgk.
Malu woii !
Nikah dgn org yg kita baru je nak berkenalan dengan dia. Nak sentuh tgn dia ? Tobak laun la teketar ketar entah sejuk ke entah pnas tgn tu. ?
Mcm tak percaya, hebatnya Allah buat keja. Tetiba 3 hari je, Allah has changed everything. Boleh jadi kalian lah orang seterusnya yg akan Allah hadiahkan jodoh jatuh bedebbok dari langit mcm ni.
Memang.
Menjadi lelaki bermakna mmg sudah kebiasaannya akan pernah ditolak, dihempas kecewa, digantung pengharapan, putus asa dan sebagainya begitu juga dgn perempuan. Tetapi itulah yg Allah susun di awal jalan nak boleh bertemunya dgn org yg finally Allah takdirkan. Jumpa salah rumah salah alamat salah pintu dulu baru finally jumpa rumah yg terima kita baik-baik. Rumah yg Allah dah simpan siap-siap utk kita, which is jodoh kita.
1. Jangan putus asa berdoa ( rabbi la tazarni fardan wa anta kheirul waarisin ) dan jangan berhenti berikhtiar. Lantak lah apa org nk ckp yg penting cari sampai jumpa org yg Allah dah matched up kan untuk kita.
2. Perempuan, baiki diri sungguh-sungguh krn Allah supaya semakin mudah dikesan oleh laki-laki yg baik. Tinggalkan perkara yg lelaki tak suka apa lagi Allah yg tak suka.
3. Lelaki, jgn bercinta. Berkenan dia terus ambil dia dgn cara yg baik which is directly kpd org tua dia. Jangan bercinta in terms of rugi masa rugi belanja. Ingat, datangi dia dgn cara yg paling baik.
Percayalah, Allah ada something yg Dia sorok dulu drpd kita. Ingat, Something good will come after. Dia akan bagi nanti as long as percaya sungguh2 kat Dia. Tau tau tau !
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...