Bila dah masuk tahun baru ramai yang berkira-kira dengan dividen dalam simpanan yang bakal diperolehi. Seronok mengira jika simpanan dah banyak, ditambah pula dengan dividen yang akan diterima.
Tapi dalam Islam dalam hak kita ada hak orang lain. Ramai yang tak sedar bahawa wang simpanan dalam bank kita pun diwajibkan membayar zakat sekiranya cukup haul atau syaratnya.
Macam mana nak kira zakat simpanan? Kita rujuk perkongsian daripada Lembaga Zakat Selangor ini.
Kiraan zakat untuk satu akaun simpanan
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Ads
Berikut adalah contoh kiraan mudah untuk wang simpanan dalam satu akaun.
Baki terakhir hujung tahun x 2.5%
Ads
Cara kiraan zakat untuk simpanan dalam beberapa akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Contoh:
Jika akaun A baki terakhir 3,000 tidak dikenakan zakat sebab bawah paras nisab RM 13,950 tapi bila dicampur akaun B ada RM 5000 akaun C Ada RM 8,000 total ada RM 16,000 maka zakat yg wajib ditunaikan adalah RM 16,000 x 2.5%=RM 400
Kaedah kiraan untuk ASB
Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2019.
Ads
INFO: Ini adalah kaedah kiraan zakat untuk negeri Selangor
Untuk bayar zakat ini boleh datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran atau tunaikan sahaja secara online di www.zakatselangor.com.my.
Daun kesum ini selalu kita guna dalam masakan sebab itu ramai yang suka menanamnya. Bagi yang baru nak cuba menanam pokok kesum ini rasanya elok ikut cara yang dikongsi oleh Mikka Medina ini.
Mudah dan hasilnya pokok kesum hidup subur. Menariknya tak guna tanah dan tak perlu siram pun.
Bahan yang diperlukan
Mangkuk penapis
Pasu
Keratan batang pokok kesum
Langkah menanam
1. Kerat pokok kesum beberapa batang.
2. Cucuk batang ke dalam lubang penapis.
3 Biarkan batangnya menjulur keluar.
4. Letak penapis yang berisi keratan pokok kesum tadi atas pasu yang diisi dengan air.
Air separas dengan belakang penapis. Tebuk lubang pada di tempat yang bertanda untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
5. Tak perlu baja, cuma siram dengan air basuhan beras insyaAllah elok suburnya.
Ramai yang tanam pokok kunyit di rumah. Jika tanam dalam pasu dan pokok dah besar, elok juga jika dikeluarkan untuk biakkan supanya dapat lebih dari satu pokok.
Cara untuk biakkan pokok kunyit boleh ikut perkongsian Mohd Amri.
Cara biakkan pokok kunyit
1. Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
2. Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
3. Lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
4. Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
4. Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
5. Untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu.
Dalam bilik orang perempuan mesti akan ada ruang untuk cermin mekap. Kalau dapat vanity mirror macam lagilah suka. Puas hati tengok muka sendiri.
Jangan ingat ini untuk selebriti atau mekap artis saja, kita pun boleh buat sendiri kat rumah. Modal sikit pun takde masalah, boleh ikut perkongsian Siti Teha ini.
Dengan modal tak sampai RM60 siap vanity mirror idaman wanita. Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian beliau ini.
DIY vanity mirror versi bajet
Cantik tak vanity mirror kita? Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, so kita buat vanity mirror. Jumlah kerugian :
Mentol 8pcs RM16
Tempat letak mentol warna putih 4 plastik ada 8pcs RM8
Cermin 4pcs RM8
Plug 1pcs RM2
Wallpaper 3pcs RM6
Gam 1pcs RM2
Frame kayu letak vanity mirror 4pcs RM8
Bekas letak barang makeup 2pcs RM4
Total keseluruhan : RM54 sahaja
Idea dari group Deco Eco. Lepas tengok idea dari situ maka terjadinya vanity mirror diy bajet ni. Jimat tak payah nak beli vanity mirror yang harga beratus tu.
Langkah DIY
Ini bahan yang digunakan. Semua beli di Eco RM2.
2. Tebuk lubang banyak mana yang nak untuk letak lampu tu. Guna kotak aircond, besar sikit.
3. Ini gam dan double tape yang digunakan untuk lekatkan kotak. Kalau ada gam pistol lagi bagus.
3. Pasang wayar macam ini, suami hubby tolong pasangkan sebab tak pandai. Wayar pun boleh beli kat kedai RM2.
4. Dah siap tampal wallpaper sekali.
5. Ini contoh tempat letak barang makeup dan vanity mirror tu. Contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan dah siap tampal wallpaper. Untuk buat, guna sesiku L. Drill kat dinding.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.