Simpan RM5, cukup hujung tahun dapat beli emas. Jangan tak percaya memang boleh! Perkara ini sudah dipraktikkan Chienta Mul’aien II .
Menurutnya dia menyimpan duit RM5 setiap hari dan hasil terkumpul hujung tahun cukup untuk membolehkannya menambah koleksi emas yang juga pelaburan terbaik untuk masa depan.
Caranya boleh ikut perkongsian beliau.
Saya nak share terutama untuk suri rumah. Dari awal kahwin saya didik diri untuk simpan duit RM5. Termasuklah duit belanja atau duit nafkah yang diberi suami.
Setiap kali balik kedai ada saja note RM5 saya akan terus masuk dalam tabung.
Jika mampu boleh juga kumpul duit RM20. Tidak kira berapa baki RM5 pasti akan masuk dalam tabung. Begitu juga jika ada duit hasil berniaga tetap akan masuk dalam tabung juga.
Hasilnya
Cukup setahun hasilnya sangat memuaskan hati. Dan setiap hujung tahun pasti saya akan membeli emas hasil duit simpanan RM5 ini.
Cabarannya
Tidak kisah walau pernah diperli pasangan lain (ketika di kedai emas) yang mengatakan saya korek tabung untuk membeli barangan emas berkenaan.
Saya tidak marah kerana hasil menabung ada juga faedahnya.
Saya tidak malu beli emas menggunakan duit RM5 berkenaan kerana ia hasil dari duit menyimpan saya selama setahun.
Kebaikan lain
Boleh digunakan ketika kecemasan. Pernah berlaku apabila suami kemalangan dan tiada duit dan pilihan terakhir tukar beli emas dengan duit untuk baiki kendereaan yang rosak.
Nilai emas makin lama makin naik dan memang tidak rugi membelinya kerana ia simpanan jangka panjang yang menguntungkan.
Jangan Lupa
Tapi janganlah sesekali lupa bayar zakat emas jika sudah cukup kiraannya. Ada kiraan tertentu yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.
Artikel berkait:
Simpan Atau Pakai, Zakat Emas Kena Bayar. Ini Cara Kiraannya