Semua wanita idamkan dapur yang sentiasa kemas dan teratur. Tapi untuk mereliasasikan impian ini bajetlah yang jadi kekangan. Iyalah nak dapur kemas kenalah keluar modal beli barang untuk penstoran yang selalunya bukan murah juga.

Tapi kalau kurang bajet boleh ikut cara Dr Hani Mynis ini yang selalu saja berkongsi tip mudah uruskan kediaman. Menggunakan 10 barang dari kedai Eco RM2 saja pun dah boleh kemas.

1. Bakul

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dlm satu2 ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang.  Tips hani utk beli bakul.

  • Hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
  • Untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
    pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul

Bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam-ngan muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat dalam satu ruang tu sebelum ni.

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

2. Bekas ‘tipuware’

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

Barang penstoran kedua yg bagi hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware. Kalau masuk Eco, memang rambang mata hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna.  Sama macam bakul, ni tips hani masa nak beli bekas tipuware.

IKLAN
  • Hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
  • Untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
  • Pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.
Selain itu:  4 Tanda Anai-Anai Telah Menjajah Rumah, Lakukan Langkah Ini Segera Untuk Hapuskannya

3. Botol rempah kaca

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

Botol rempah kaca ni bagi hani nampak mahal walaupun harganya RM2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya. Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat.

  • Bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering.
  • Jgn biarkan dia kering sendiri Jangan letak kat tempat lembap.

4.  Bekas kedap udara

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

Hani guna bekas ni utk simpan pes yang Hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna utk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.

5. Rak pengetus pinggan

Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni

IKLAN

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

6. Rak kecil

Rak kecil ni hani rasa sempurna utk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam hani letak kat atas sinki ni utk hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah hani letak bekas bekal makanan yg hani letak sabun dan span basuh pinggan.

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

7. Jaring besi, shook dan command hook

Hani gunakan utk sangkut penapis-penapis.

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

IKLAN

8. Magazine holder

Hani gunakan utk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur hani. Magazine holder ni hani beli kat ikea tp baru-baru ni Hani nampak kat Eco pun dah jual.

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

9. Pants hanger 

Untuk hani susun botol-botol kegunaan pembersihan dan pencucian.

Selain itu:  Dari 92Kg Kini 68Kg, Anis Kongsi Menu Turunkan 10 Kg Pertama. Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Diet!

10. Bakul magazine holder

Hani gunakan pants hanger utk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga utk jemur kain lap yang lembap.

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

Selamat mengemas ya!

Sumber: Dr. Hani Mynis

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI