10 Beradik Semua Graduan UIAM, 10 Kali Juga Mak Ayah Masuk Dewan Konvo & Tak Pernah Lupa Hadiah Jambangan Bunga

Share

 

 

Ibu bapa mana yang tak bangga dalam situasi begini kan. 10 anak semuanya berjaya tamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Menariknya semua anak pasangan Hajah Wan Jamaliah bt Megas Hashim dan ayahnya Ir Hanya Fauzi bin Abdullah ini memilih Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IUAM)  untuk melanjutkan pengajian.

Lebih manis menurut perkongsian anak ketujuh pasangan ini Aishah Fauzi, semalam pada hari konvokesyen adik bongsu mereka, Dr Abdullah bin Fauzi Al-Hafiz semua 10 adik beradiknya berkumpul dengan memakai jubah untuk memberi kenangan terindah buat ibu bapa yang telah banyak berkorban buat mereka.

Total 14 kali masuk dewan, tambah lagi 4 kali anak buat ijazah kedua dan master

11.11.2018
Alhamdulillah, hari bahagia buat mak dan ayah!

Kami berjaya mengumpulkan 10 orang adik beradik kami yg kesemuanya graduan UIAM dari Kota Bharu, Selangor, N9, Kuantan dan Kuala Lumpur untuk sama2 turun dan memberi kenangan terindah buat mak & ayah sempena majlis konvo adik bongsu kami yg ke 10.

Terima kasih buat mak (Hjh Wan Jamaliah bt Megat Hashim) & ayah (Ir Haji Fauzi bin Abdullah) diatas tarbiyyah yg hebat buat kami. 10 kali mak ayah masuk Dewan Konvo UIA ditambah 4 kali lagi bila ada antara kami yg menyambung ijazah kedua dan master.

Dan 14 kali itulah dari tahun 2002 hingga 2018 mak & ayah tetap hadir dgn jambangan bunga dan hadiah untuk kami. Terima kasih mak, terima kasih ayah, SYURGA BUATMU!

#special thanks utk ipar duai (yg mana 6 drpd 10 nya juga graduan UIAM) atas sokongan, dan super special thanks utk kwn2 bee yg telah meminjamkan robe kalian utk kami. Sungguh ia sgt2 bermakna! Terima kasih yg tidak terhingga dari kami!

Sejuk perut ibu mengandung lihat senarai nih

Terima kasih dari kami anak2 mak & ayah :

1) Anas bin Fauzi
Bachelor of Laws, 2002

2) Maryam bt Fauzi
Bachelor of Laws, 2003
Master in Comparative Laws, 2004

3) Asiah bt Fauzi
Bachelor of Human Science, 2004
Master in Human Science (Psychology), 2012

4) Sumayyah bt Fauzi
Bachelor of Laws, 2005
Master in Comparative Laws, 2009

5) Fatimah bt Fauzi


Bachelor Bio Chemical – Bio Technology Engineering, 2009

6) Muadz bin Fauzi
Bachelor of Information Technology, 2009

7) Aishah bt Fauzi
Bachelor of Laws, 2012
Bachelor of Laws (Shari’ah), 2013

8)Asma’ bt Fauzi Al-Hafizah
Bachelor of Mathematical Science, 2011

9) Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
Bachelor of Dentistry, 2015

10) Dr Abdullah bin Fauzi Al-Hafiz
Bachelor of Medicine & Surgery, 2018

VK pun tumpang bahagia baca kisah mereka ini, alhamdulillah 10 anak yang membahagiakan orang tua.

 

Sumber: Aishah Fauzi

 

 

 

Published by
VK