10 ‘Free Gift’ Dari Bilik Hotel Yang Boleh Kita Ambil Sebelum Check Out

652

 

Minggu ini cuti hujung minggu agak panjang, 3 hari jadi mungkin ramai yang rancang untuk bercuti menginap di hotel.

Tapi check out dari hotel, jangan lupa bawa balik 10 barangan ini sebagai cenderahati. Ramai yang teragak-agak nak ambil 10 barang ini tapi jangan risau ia memang percuma untuk anda dan kalau tak ambil nanti akan dibuang juga.

1) Toiletries

Saiz botol sabun, syampu ni kecil saja dan memang untuk kegunaan sekali saja. Setiap hari akan ditambah ikut bilangan hari yang kita menginap. Jadi kalau tak habis, boleh bawa balik.

2) Selipar bilik

Biasanya hotel bertaraf empat bintang ke atas ada selipar atau alas kaki lembut ini. Jadi, bawa saja pulang ya.

3) Laundry bag

Terlupa bawa plastic untuk baju basah? Ambil sahaja plastik yang tersedia.

4) Tisu

Tisu tandas, tisu meja memang dah diperuntukkan untuk bilik tersebut. Jadi, tiada masalah anda nak ambilnya. Kita selalu ingat tak boleh ambil kan!

5) Buku panduan perjalanan & peta

Peta dan risalah pelancongan memang disediakan di lobi hotel. Jadi, ambil saja untuk kemudahan perjalanan kita.

6) Botol air minuman

Biasanya ada 2 botol yang disediakan bagi setiap bilik. Boleh ambil secara percuma, cuma minuman lain tu jangan ya. Nanti anda dicaj dengan bil mahal pula.

7) Berus gigi, ‘shower cap’ dan sikat

Nampak ringkas tapi ia berguna ketika saat kecemasan. Anda boleh gunakannya atau bawa pulang sahaja.

8) Surat khabar

Ada hotel yang menghantar ke bilik dan ada juga yang boleh diambil di lobi. Jangan bimbang, semuanya percuma ya, kecuali yang telah dipasang rak kayu itu hotel yang punya.

9) Buku nota, poskad dan pensil

Selalunya anak-anak yang baru sekolah teruja dapat hadiah ini, jadi bawa balik. Berguna untik kita jugapeluang terbaik untuk mengumpul buku nota dan pensil berjenama hotel. Biasanya benda ringkas begini lah yang kita perlukan di saat tidak terduga.

10) Minuman 3 dalam 1

Di hotel memang akan disediakan minuman segera ini termasuklah gula. Memang untuk anda minum dan habiskan, jadi kalau ada ambil sajalah.

Tapi kan selain daripada 10 barang di atas jangan pula anda bawa balik lepas guna. Tuala dan juga bathrobe no no no ya. Nanti kena bayar pulak!