Anak masuk darjah satu tahun ini pastinya membuatkan ramai ibu bapa teruja dan sibuk membuat persiapan.

Selalunya yang diberi tumpuan adalah pakaian, peralatan sekolah dan juga bayaran yuran.

Tapi sebenarnya ada lagi persiapan penting yang perlu dilakukan ibu bapa apabila anak masuk darjah satu. Namun malangnya ramai ibu bapa kurang peka dengan persediaan ini.

Contohnya seperti mengajar anak membuka dan memakai kembali tali pinggang, nampak remeh tapi kesannya besar juga. Menurut perkongsian bekas guru tahun satu  Mohd Fadli Salleh gara-gara tak pandai buka tali pinggang ramai murid yang terbuang air besar dalam seluar.

Lucu tapi inilah kenyataannya. Selain itu ada lagi sembilan persediaan lain yang  menurutnya ibu bapa dengan anak masuk darjah satu tahun perlu dilakukan.

Persiapan bila anak masuk darjah satu 

1) Pastikan anak kenal huruf

Boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai. Silibus sekarang sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid sudah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun. Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data.

Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

2) Bimbing anak di rumah

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik. Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah. Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

Ads

3) Ajar anak kenali wang

Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.

Fakta: Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah

Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.

Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air di lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5) Jangan takutkan murid beritahu cikgu garang. JANGAN!

Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat, ” Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.” Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.

Ads

Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

Anak Masuk Darjah Satu, Persiapan Penting Perlu Dilakukan Ibu Bapa

6) Ajar anak masuk darjah satu berkongsi dan menjaga barang sendiri

Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia. Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.

Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.

7) Jangan beri anak masuk darjah satu pakai kasut bertali jika tak pandai ikat

Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang. Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.

Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

Ads

8) Ajar anak susun jadual ikut hari

Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat. Ajar ayah sekali susun jadual anak. Ini pun penting!

Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku. Semua buku ayah dia sumbat. Kesian kat anak.

9) Jika ada group What’sApp kelas, jangan mesej tengah malam buta dan mengharap balasan segera

Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda. Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.

Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu. Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10) Usah merungut  tentang sukarnya silibus baru 

Berhenti merungut! Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.

Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.

Semoga bermanfaat untuk ibu bapa dengan anak darjah satu tahun ini

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Artikel berkait: 2 Cara Mudahkan Anak Darjah Satu Tukar Jadual Sendiri, Tak Perlulah Ibu Bapa Buat Tiap Malam

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI