Wanita yang mengalami masalah bibir hitam kebiasaannya wajah mereka nampak kusam dan tak berseri jika tak mengenakan gincu.
Paling tak best ada yang melabelkan mereka wanita perokok sedangkan tidak pernah pun merokok. Sudahnya ada yang sentiasa mengenakan gincu untuk melindungi masalah ini, tapi sampai bila?
Perlu juga diketahui masalah bibir hitam ini salah satu penyebabnya adalah pemakaian gincu tapi tak dibersihkan dengan sempurna. Jadi tolak tepi penyelesaian menggunakan alat kosmetik, apa kata kita praktikkan pula petua-petua ini.
Semuanya dari bahan semula jadi yang takkan mendatang mudarat atau kesan sampingan.
1. Madu
Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air suam. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.
Ads
2. Limau nipis
Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perahan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.
3. Minyak zaitun
Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Sapukan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.
4. Air mawar
Sapu air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Cara menggunakan air mawar ini dapat dilakukan setiap hari.
5.Tomato
Ambil tomato kemudian sapurkan ia ke bibir secara rutin. Penggunaan secara rutin akan memberikan kesan yang lebih maksima.
Ads
6. Lidah buaya
Ambil gel lidah buaya dan sapu ke bibir. Ingat ye perlu dilakukan secara rutin untuk kesan yang cepat.
7. Kunyit hidup
Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campur sampai rata dan sapu ke bibir selama kurang lebih 5 minit, dan bersihkan dengan air.
Ads
8. Elak dari menjilat bibir
Kebiasaan seperti ini dapat menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur akan menghakis permukaan bibir. Maka warna bibir yang merah akan memudar.
9. Jauhi kafein dan merokok
Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan tabiat suka merokok kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam.
10. Air masak
Banyakkan minum air masak supaya badan tidak dihidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan memerahkan bibir secara semulajadi.
Bagi yang berhijab koleksi tudung selalunya memang banyak. Sampai tak tahu mana nak simpan. Sudahnya ada yang sumbat dalam bakul atau box tanpa lipat.
Cara ini memang mudah tapi mata kita pulak sakit nampak serabut dan susah nak cari tudung bila nak digunakan.
Kalau ini masalah korang boleh ikut dua idea dari Miza Mita dan Muhammad Syamim ini untuk pastikan tudung kita yang banyak tu sentiasa tersusun cantik. Dan paling penting senang nak cari!
1. Idea sangkut tudung
Idea ini dari Muhammad Syamim yang dibuat khas untuk isteri dan anak-anaknya. Boleh gosok siap-siap dan sangkut.
Bagi yang suka hidangan pedas, stok cili kena sentiasa ada di rumah. Lagi baik kita tanam sendiri satu atau dua pokok. Selain cili kampung, cili bara ini juga antara yang boleh kita tanam.
Jika mahu hasil buah cili yang lebat selain elok tanpa serangan perosak boleh ikut panduan penanaman Harun Arun ini.
Ini pokok cili bara yang usianya 4 bulan.
1. Semai biji benih cili bara, bila dah naik empat daun bolehlah alih. Untuk info; kalau nak tanam cili bara tanam guna biji benih asal yang ada jual di pasaran. Tak digalakkan guna biji benih dari buah yang dah ditanam.
2. Dua minggu sebelum tanam, tanah digaul dulu dengan tinja ayam proses. Pilih anak pokok yang sihat untuk ditanam, mana yang bantut atau daun nampak ada tak sihat buang terus.
3. Selepas tanam, seminggu sekali letak baja kopi, minggu ketiga selang dengan baja organik, EM, fish protein + seaweed, trichoderma, cuka kayu & oligo chitosan buat siram dan spray pada daun seminggu sekali, boleh gabung semua sekali.
4. Apabila pokok mula berbunga/berbuah tambah lagi satu barang iaitu calcium boron (untuk pembentukan buah yang cantik & kulit yang tebal). Kalau rajin 2 minggu sekali foliar dengan epsom salt & diluted seawater(kalau tiada air laut boleh guna garam dapur untuk sumber mineral).
Selalunya kedutan dikaitkan dengan tanda penuaan tapi lain pula dengan kedutan yang dipanggil Crow’s Feet.
Apa dia Crow’s Feet? Perasan tak bila korang senyum ada kedutan di hujung mata. Ha itulah dia.
Penemuaan sains mengaitkan kedutan pada mata sebenarnya merupakan satu tanda ideal atau kelebihan bagi mereka yang memilikinya!
Menurut saintis dan pakar psikologi dalam laporan yang pernah diterbitkan portal berita dailymail.co.uk, kedutan pada penjuru mata itu sebenarnya membuatkan penampilan seseorang bertambah unik, menarik dan kelihatan bijak.
Dilihat lebih ikhlas & pemanis
Manakala hasil kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nonverbal Behavior, “Crow’s Feet” secara amnya bukanlah kedutan yang memburukkan wajah tetapi ia merupakan kedutan ekspresi yang sebenarnya menambah ‘pemanis’ wajah seseorang.
Senyuman akan kelihatan lebih ikhlas dan ketawa nampak lebih ceria berbanding dengan mereka yang senyum atau ketawa tetapi tidak memiliki garis-garis kedutan pada penjuru mata sebegini.
“Anggaplah kedutan di penjuru mata itu seperti bonus yang tidak dimiliki ramai orang dan jika kamu memilikinya, kamu adalah antara manusia paling beruntung”.
Tak perlu hilangkan
Ada pakar bedah plastik mengesyorkan pelanggannya untuk menghilangkan kedutan pada penjuru mata. Ini kerana ia adalah elemen kecantikan yang harus dibanggakan kerana, apabila usia sudah meningkat tua nanti, tanda kedutan itu akan membuatkan wajah terlihat lebih ceria dan manis.
Mereka yang memiliki kedutan di penjuru mata juga lebih senang didekati kerana personaliti mereka yang seolah lebih mesra dan positif berbanding mereka yang tidak memiliki kedutan di penjuru mata, terutamanya ketika senyum.
Ok lepas ni kita tak perlu pakai lagi krim mata! Biarkan kedutan itu!
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...