Ramai daripada kita memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan di rumah. Namun begitu tak ramai yang tahu simptom-simptom bila kucing tak sihat dan sakit.
Tanpa sedar kucing kesayangan sebenarnya dah tenat dan tiada peluang untuk hidup. Sebelum situasi ini berlaku ada baiknya kita ketahui tanda-tanda tersebut supaya dibawa untuk rawatan.
1. Kucing mula menjadi pasif
Kucing yang tenat akan mula menunjukkan sikap pasif, hanya berbaring, tidur seharian dan tidak bergerak. Akhirnya, tubuh kucing akan mulai mengeras dan kaku.
2. Tidak lagi mengeluarkan suara
Disebabkan keadaannya yang semakin lemah, kucing tidak lagi berupaya mengeluarkan suara. Namun, ada juga kucing yang akan mengeluarkan suara nyaring sebelum kematiannya disebabkan rasa sakit yang dialami.
3. Badan sejuk
Sama seperti manusia, apabila menghampiri detik kematian, denyut jantung kucing akan mulai menjadi perlahan dan semakin melemah. Malah, badannya juga akan menjadi semakin sejuk dan suhu makin menurun.
4. Bersembunyi
Biasanya kucing akan mulai mencari tempat yang dianggapnya tenang dan gelap. Bahkan, tempat ini mungkin juga jauh daripada kawasan rumah, seolah tidak mahu anda melihat saat kematiannya nanti.
5. Tidak lalu untuk makan
Langkah awal jika kucing anda sudah tidak lalu untuk makan, sila bawa kucing ke klinik untuk diperiksa. Boleh jadi ada sebab lain kenapa ia tidak mahu makan.
6. Perubahan karakter
Tentu sahaja kita akan merasa pelik apabila kucing kita itu sudah tidak mahu dipegang dan bermanja dengan kita seperti biasa. Boleh jadi juga, kucing yang biasanya tidak mahu bermanja, akan sentiasa berada dirumah dan mahukan perhatian saat hujung nyawanya.
7. Perubahan penampilan
Saat menghampiri kematiannya, dapat kita lihat keadaanya akan menjadi kusut dan tidak lagi terurus. Ini kerana ia sudah tidak mempunyai tenaga untuk menjilat membersihkan diri.
8. Kejang
Tanda-tanda kucing akan mati ialah kekejangan. Kejang ini akan terjadi beberapa jam sebelum kematiannya.
9. Nafas tak teratur
Dapat didengari bunyi nafas kucing yang tidak teratur dengan lidahnya terkeluar, seolah-olah sukar bernafas.
10. Menghilangkan jejak
Ada kalanya kucing yang sakit akan keluar dari rumah dan ditemui mati di tempat lain. Boleh jadi ia tidak mahu tuannya berasa sedih untuk menguruskan kematiannya kelak.
Sumber: Verst