Musim cuti sekolah ni ramailah anak-anak lelaki yang berkhatan. Ibu bapa pun ramai yang mengambil cuti untuk menjaga anak.

Bagi ibu bapa yang kali pertama menjaga anak yang berkhatan mungkin sedikit keliru dengan bermacam-macam tip yang dikongsi, tambah saspen bila ada yang bercerita tentang anak bentan lepas khatan jika tidak dijaga dengan betul.

Walau ada macam-macam tip yang didengar paling elok ambil dari pakar. Ibu bapa boleh ikut tip yang diberikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini tentang cara penjagaan yang betul agar luka khatan tak bernanah dan anak cepat sembuh.

Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tips penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.

Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.

1.Jangan biar lebih 72 jam

Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
– Jangkitan/nanah
– Bengkak/bentan
– Jahitan terbuka
– Keruping melekat pada balutan

IKLAN

2. Cuci 2-3 hari sekali

Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
– Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
– Cuci luka dengan normal saline
– Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
– Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda.

3. Ubat doktor

Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
– Tahan sakit: diambil bila perlu
– Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
– Ubat cucian: lazimnya normal saline
– Elak sapu minyak/herba pada luka

4. Jika anak mengadu ngilu

Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

Selain itu:  Dah Kahwin, Ada Anak Tak Semestinya Tak Boleh Bercuti Dengan Geng! Girls Trip Hanis Zalikha Buat Para Ibu Teruja

5. Pakaian longgar

Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

6. Boleh berjalan

Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.

IKLAN

7. Pastikan minum air secukupnya

Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

8. Jaga pengambilan makanan

Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

9. Luka akan sembuh 10-14 hari

Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
– Sakit/bengkak melampau
– Nanah yang banyak
– Demam tinggi
– Tak boleh kencing

10. Bawa untuk rawatan susulan

Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
– Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
– Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
– Gam: tak perlu jumpa doktor semula
– Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.

IKLAN

OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti FB Anda

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI