Untuk elak penyakit berbahaya bukan pemakanan saja kena jaga tapi juga tahap stres. Tapi masalahnya ramai daripada kita kurang ambil kisah hinggalah tahap stres sama naik dengan tekanan darah.
Sebelum terkena penyakit strok, serangan jantung dan banyak lagi penyakit berbahaya eloklah baca perkongsian Dr Hamid Arshat tentang caranya menangani stres.
Memang sempoi, boleh sangat kalau nak ikut. Siapa stres meh baca!
Pengalaman selama jadi doktor
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stres,(tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin ahmar (strok).
Saya ingin berkongsi cara saya tangani stress
1. TAWAKAL
Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakal kpd Allah sambil berusaha menanginya stres. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA
Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya.
Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR
Ads
Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH
Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan hon dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.
Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggal dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAFKAN
Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit.
6. TIDAK DENDAM
Ads
Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
7. BILA SAKIT ATAU PENING MAKAN PANADOL
Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stres lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang.
Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ2 lain akibat stress.
Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. BERKEBUN
Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
Ads
9. ZIKIR
Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
10. DEEP BREATHING
Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA
Amalkan gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut, inshaAllah kita boleh mengawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleih terus berkhidmat kpda agama dan bangsa. Aamin.
Ketika penularan virus coronar melanda di serata negara termasuk Malaysia kita perlu sememangnya perlu lebih menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
Bimbang penyakit yang sudah menyebabkan banyak kematian ini menjangkiti diri dan ahli keluarga. Salah satu caranya menurut Dr Taufiq Razif adalah dengan mengelak dari menyentuh tiga tempat ini.
Ini gambar lif utama di Hospital yang saya baru discaj semalam. Bayangkan berapa ribu jari yang sentuh butang lif ni setiap hari?
Dah la hospital ni memang tempat orang sakit. Lebih lebih lagi yang paling ditakuti sekarang yang ada Coronavirus. Kat Hospital saya bermalam semalam, siap ada tukang check suhu lagi di pintu utama sebab nak saring orang yang demam. Takutnya demam sebab Coronavirus ni lah.
Mereka yang ada Coronavirus ni akan batuk dan bersin. Mereka akan tutup mulut guna tangan. Tangan ni lah juga nanti mereka akan guna untuk sentuh barang barang di sekeliling mereka.
Isteri saya Medical Doctor tapi dia ni ada tabiat pelik sikit tau. Tiap kali dia sentuh butang lif, dia akan guna siku dia. Takpun dia guna tisu. Mula mula saya ingat dia OCD ke apa. Rupanya sekarang saya baru tahu, apa yang dia buat selama ni adalah benda yang betul.
Elak sentuh guna tangan 3 tempat ini
Dia pesan, kurangkan guna tangan kalau nak sentuh tiga tempat ni;
1. Tombol pintu ( terutamanya pintu toilet)
2. Butang lif ( terutamanya di hospital)
3. Barang barang yang dikongsi bersama.
Tangan kita ada kalenjar peluh dan kalenjar minyak/sebum yang mengekalkan kelembapan pada tangan supaya tak merekah tapi benda ni juga yang akan perangkap kuman pada tangan kita bila kita guna tangan kita untuk tutup mulut masa batuk dan juga bersin.
Dan tangan tu lah nanti yang akan sentuh dan sebar kuman ke mana mana. Anak saya Aisha Soolihah pun sekarang tengah berhingus hijau sebab dia pergi jilat kerusi. Jilat pulak bahagian kerusi yang orang letak tangan tu. Allahu. Menjerit isteri saya semalam nak halang dia jilat tapi budak budak ni memang laju daripada kita.
Apa pun, inilah ikhtibar untuk kita semua. Virus and bacteria are real tuan puan semua. Amal dan ajarkan tips yang isteri saya ajar ni pada semua ya.
Tak semua pokok sayur yang kita tanam boleh didedahkan terus pada cahaya matahari. Ada yang hanya perlu sedikit saja kerana pendedahan kepada cahaya yang banyak boleh menyebabkan tanaman bermasalah. Pokok sayur boleh menguning dan daunnya bergulung.
Untuk itu panduan keperluan cahaya untuk tanaman ini perlu diketahui buat mereka yang banyak bercucuk tanam di rumah.
Keperluan tanaman pada cahaya untuk kesuburan
Jumlah cahaya matahari yang diperlukan tidak sama untuk semua tanaman atau sayuran.
Ada yang memerlukan;
-Cahaya penuh (bright sunlight),
-Cahaya separuh (medium sunlight), ataupun cahaya kurang/redup (low sunlight).
-Cahaya Penuh- Cahaya matahari lebih daripada 6 jam.
-Cahaya Separuh- Cahaya terus untuk 4-5 jam.
-Cahaya Kurang/Separa Redup- Cahaya untuk 2-4 jam.
-Redup- Cahaya kurang daripada 1 jam.
Pastikan tempat letak pokok sayur sesuai
Untuk tanaman yang hanya perlu cahaya separuh atau kurang, ia paling sesuai dijemur cahaya pada waktu pagi kerana matahari waktu petang terlalu terik. Kalau daun mula berkuningan atau bergulung, maksudnya tanaman itu:
1) kurang air,
2) terlalu banyak cahaya matahari, atau
3) terlebih baja.
Jadi, sebelum bermula menanam, pastikan tempat yang anda hendak meletak tanaman tersebut sesuai untuk tanaman.
Panduan ringkas sayuran mengikut keperluan cahaya matahari
Cahaya Matahari Penuh & Terus (Lebih daripada 6 jam):-
Jagung, tomato, kekacang, kacang polong, labu, tembikai, basil, selasih Thai, kentang, timun, kangkung, daun bawang, saderi, halia, bawang putih, serai.
Cahaya Matahari Penuh & Tidak Terus (4-5 jam):-
Brokoli, kubis, kubis Brussel, Kale
Cahaya Matahari Separuh (2-4 jam):-
Salad, bayam, bok choy, sawi, bit, lobak, pudina
Ada yang geli tapi ramai juga yang suka dengan hidangan kaki ayam. Punya isi yang lembut kalau dibuat sup, kerabu atau masak kicap memang sedap.
Bagi yang gemar makan kaki ayam, untunglah sebab makanan ini dikatakan punya banyak kolagen yang diketahui memang membantu menumbuhkan sel atau dalam erti kata lain awet muda.
Tapi betul ke? Kalau tak puas hati, ini penjelasan Dr Fatimah Salim tentang khasiat kaki ayam.
Apa itu kolagen?
Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘bersifat lekat atau menghasilkan pelekat’. Kolagen merupakan sejenis protein semulajadi yang banyak terdapat pada haiwan bertulang belakang (vertebrate) termasuk manusia.
Kolagen banyak ditemui pada kulit (memberikan keanjalan), tisu penghubung seperti tendon dan ligamen (memberikan kekuatan tegangan) serta tulang rawan (memberikan fleksibiliti dan kekuatan).
Betul ke kaki ayam mengandungi kolagen?
Ya, betul. Kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih dari 20% kolagen. Kebanyakkan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius. Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.
Elok. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.
Khasiat lain kolagen
Sembuhkan luka
Menurut penelitian, proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih banyak sup kaki ayam. Ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yang lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Buang toksin
Kaki ayam yang dijadikan sup juga boleh mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam badan anda. Tanda-tanda toksin banyak anda mungkin alami masalah sembelit. Jadi salah satu cara untuk mengeluarkannya adalah makan sup kaki ayam.
Baik untuk jantung
Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menguruskan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan optimum.
Ia juga dikatakan dapat mengekalkan emosi seimbang dan mengurangkan tahap stres.
Walaupun ada banyak khasiat tapi kena makan berpada-pada, makan berlebihan pun ada mudaratnya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...