Media sosial memberi gambaran rumah besar, kereta mahal, barangan mewah tentang maknanya menjadi orang yang kaya, berada atau jutawan.
Tapi sebenarnya kebanyakan mereka yang berada atau kaya memilih hidup seperti orang biasa. Apa yang membezakan adalah cara mereka menguruskan kewangan. Berikut adalah 12 tip jimat wang yang kebanyakan jutawan praktikkan.
Golongan berada atau jutawan biasanya mengambil masa sehari atau 24 jam untuk memikirkan tentang pembelian barang bukan keperluan. Keesokannya hari bila fikiran sudah tenang barulah mereka buat keputusan.
Tak suka berhutang, pembelian mereka adalah melalui tunai banding menggunakan kad kredit.
Biasanya mereka yang bergelar jutawan mengikut peraturan 50/30/20 iaitu 50 peratus bajet untuk keperluan, 30 % untuk pembelian peribadi dan 20% simpanan.
Contohnya pada golongan ini membeli baju cantik untuk berjumpa klien adalah lebih baik dari membeli baju mahal untuk berlibur. Begitu jua dengan pembelian komputer riba yang bagus.
Golongan ini tidak kisah untuk berbelanja pada perkhidmatan yang membantu mereka menjimatkan masa dan mengurangkan stres.
Mereka yang bergelar jutawan akan sentiasa mencari cara untuk menambah pengalaman. Namun ia tidak pula ditunjukkan kepada dunia melalui media sosial. Mereka biasanya memilih untuk percutian yang lebih mencabar.
Mereka mahu menyelesaikan hutang secepat mungkin supaya jelas dengan keadaan kewangan sebenar agar tidak terdorong untuk berbelanja sesuka hati.
Walaupun memiliki banyak wang dan boleh berbelanja sesuka hati tapi golongan ini tetap mempunyai senarai apa yang mahu dibeli dan membelinya pada waktu jualan murah.
Jutawan tidak kisah berbelanja besar untuk hobi mereka asalkan ia menggembirakan mereka dan tidak menjejaskan kewangan.
Mereka mengehadkan perbelanjaan pada hari-hari tertentu kecuali jika ada kecemasan.
Tak kira sedikit mana pun baki, waima syiling simpanlah. Ibarat kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Walaupun ada banyak duit tapi mereka bukanlah orang yang suka membazir. Apa yang rosak cuba dibaiki dulu, sebelum dibuang apabila tak boleh digunakan lagi.