17 Tahun Tak Beranak Tapi Che Ta Akui Tak Rasa Macam Ada Anak Kecik Sebab Aaisyah Punyalah Senang Dijaga

Share

 

 

Sejak dari kelahirannya, anak perempuan tunggal Rozita Che Wan atau Che Ta bersama Zain Saidin ini memang jadi tumpuan. Siapa yang tak suka tengok Aaisyah ni kan!

Dan Che Ta sendiri senang untuk berkongsi kehidupan sehari-hari Aaisyah Dhia Rana kepada umum sehinggalah hari ini dia berumur empat tahun.

Melihat pada gelagat Aaisyah yang sentiasa comel dan ceria, rupanya dari cerita Che Ta sememangnya sejak kelahiran Aaisyah dia memang anak yang cukup senang dijaga.

Malah Che Ta sendiri mengakui walaupun sudah 17 tahun tidak bersalin namun dia tiada masalah selepas kelahiran Aaisyah kerana anaknya itu tidak banyak meragam.

Itu juga sebahagian ucapan Che Ta sempena hari lahir ke-empat Aaisyah semalam.

“Happy Birthday sayang mummy, syukur Alhamdulillah Allah kurniakan mummy anak bertuah ni. Sejak dari lahir tak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tengah malam.

“Walaupun waktu tu dah 17 tahun tak beranak kecik tapi mummy tetap tak rasa macam ada anak kecik sebab Aaisyah akan nenen kul 12 malam dan terjaga pulak kul 7 pagi. Betui-betui bagi mummy tidoq puaih dlm pantang…

Sempena Birthday Aaisyah yg ke 4 ni , doa mummy supaya mummy mampu besarkan Aaisyah sesempurna mungkin dan Aaisyah membesar sebagai anak yang baik, cerdik, sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Amin.”

Mermaid party sempena hari lahir ke-4

Sempena sambutan hari lahir Aaisyah juga, Che Ta meraikannya dengan parti tertema Mermaid. Meriah sungguh nampaknya tu!

 

 

 

 

 

Sumber:rozitachewan1

 

 

 

Published by
VK