Selain kediaman dan kenderaan, banjir yang berlaku turut menyebabkan kerosakan pada tanaman bila ditenggelami air.

Bagi yang bercucuk tanam sudah tentu ini situasi yang menyedihkan jua apatah lagi jika yang tenggelam adalah pokok durian.

Pokok yang tenggelam ini akan kekuningan dan akhirnya mati jika tidak dirawat setelah bah surut.

Ads

Pernah berdepan dengan situasi banjir yang menenggelamkan kebun duriannya, Tok Alang Channel telah berkongsi cara paling berkesan untuk merawat pokok durian selepas banjir.

2 cara selamatkan pokok yang ditenggelami air banjir

Usaha saya menyelamatkan pokok-pokok durian yang digenangi air. Ada dua kaedah yang boleh dipraktikkan dan keduanya menggunakan;

Ads
  • Chitosan berfungsi untuk memulihkan, menguatkan dan menyuburkan kembali sel-sel pokok yang reput dan rosak (klik SINI untuk beli di Shopee)
  • Racun kulat Aliette fungsinya untuk merawat & mencegah serangan kulat yang mereputkan akar & batang pokok durian yang rata-rata masih muda.

2 Cara Berkesan Untuk Rawat & Selamatkan Anak Pokok Durian Yang Ditenggelami Air

1. Kaedah siraman
  • Kaedah ini menggunakan Chitosan sebagai bahan utama untuk memulihkan sel pokok yang sudah mati dan lemah akibat ditenggelami air.
  • Caranya, campur Chitosan ikut sukatan yang ditetapkan dalam air berisi baldi.
  • Kemudian campur dengan racun kulat – untuk merawat serangan kulat yang mereputkan akar dan batang pokok durian yang masih muda.

2 Cara Berkesan Untuk Rawat & Selamatkan Anak Pokok Durian Yang Ditenggelami Air

Ads
  • Kacau rata dan siram keliling pangkal pokok untuk merawat akarnya. Chitosan dan racun  kulat akan dapat bantu pemulihan pokok yang sudah kekuningan ini.
2 Cara Berkesan Untuk Rawat & Selamatkan Anak Pokok Durian Yang Ditenggelami Air
Anak pokok durian yang kekuningan akibat ditenggelami air
2. Kaedah semburan
  • Masukkan Chitosan mengikut sukatan ke dalam air bersama dengan racun kulat.
  • Kemudian letakkan baja foliar berasas amino asid bersama dengan racun serangga 505 dan juga gam pertanian.
  • Masukkan dalam alat penyembur dan sembur pada seluruh pokok termasuk pangkalnya. Sembur sehingga semuanya basah dan air menitik.
  • Insya-Allah jika dipraktikkan cara ini pokok akan pulih.

Untuk lebih jelas boleh juga tonton VIDEO yang dikongsi Tok Alang Channel.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI