Teringin nak makan ayam bakar tapi nak yang mudah saja. Tak berapa rajin nak buat bahan perap. Ha… memang ada caranya.
Tak perlu nak cari, hiris atau blend macam-macam bahan perapan, guna saja cara yang dikongsi oleh Liyaw Ah Seng.
Rupanya nak senang buat ayam bakar guna saja perencah nasi goreng segera. Bukan saja mudah katanya, tapi juga sedap. Ini caranya.
Cara mudah buat ayam bakar, guna perencah nasi goreng
Bahan-bahan
1 ekor ayam
Perencah nasi goreng Adabi
Madu
Kentang
Cara membuat
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Gaul terus dengan perencah nasi goreng, lagi banyak lagi sedap. Masukkan sekali madu dalam 3-4 sudu.
3. Perap semalaman kemudian bakar. Saya bakar hingga kulitnya garing suhu antara 200-250 darjah Celsius dalam 25-30 minit. Boleh juga nak bakar dalam air fryer.
Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Nak makan boleh tapi kena kawal
Namun begitu biar pun ia enak dan menjadi kegemaran Rasululullah tapi pengambilannya haruslah dikawal. Walaupun kurma itu banyak khasiat tapi apabila ia ditambah dengan bahan seperti mentega dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.
Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori.
Menurut pempengaruh dalam bidang perubatan Prof Dr Imelda Balchin dalam satu hantara di akaun Facebook beliau, 2 biji kurma dengan satu sudu butter, kalorinya seperti satu cawan nasi. Jadi bayangkan jika kita mengambilnya sebanyak 6 biji.
Selain itu juga, dengan jumlah kalori yang banyak ini pengambilan kurma butter ini elok untuk mereka yang melakukan kerja berat.
Bagaimanapun untuk mereka yang hanya bekerja duduk, secara online dan tidak melakukan senaman selepas memakan kurma mentega ia tidak disarankan. Apatah lagi jika tidak menjaga pemakanan.
Beliau bagaimana pun memberitahu boleh saja jika kita ingin berbuka puasa dengan kurma dan mentega tapi sebaiknya pada masa yang sama kurangkan makanan tinggi kalori.
Baru beli tapi tiba tiba bedak kompak atau pun blusher jatuh hingga pecah berderai.
Begitu juga hati kita berderai kalau bedak yang dibeli tu mahal harganya. Ada yang geram terus dibuang.
Jangan buat begitu ya. Rugi! Bedak kompak atau pemerah pipi yang jatuh dan pecah ini masih boleh digunakan.
Boleh dibaiki sendiri dengan cara yang mudah.
Apa yang diperlukan adalah :
Seterika
Pencungkil gigi atau garpu
Sudu
Langkah-langkah
1. Setkan seterika pada suhu tertinggi. Boleh saja melakukannya tanpa seterika sekadar menekan tapi bedak tidak akan keras seperti sebelum itu.
2. Pecahkan kesemua bedak kompak, cungkil menggunakan garpu atau pencungkil gigi.
3. Masukkan bedak kompak yang dipecahkan tapi dalam plastik zip lock.
4. Tekan dan hancur bedak tadi menjadi seperti bedak debu. Boleh tekan menggunakan belakang sudu. Pastikan semuanya hancur halus, jika tidak bedak kompak yang terhasil mungkin kasar dan tidak rata.
5. Keluarkan bekas besi tempat letak bedak kompak.
6. Masukkan bedak yang dihancur halus tadi dalam bekas besi tadi.
7. Tekan bedak dalam bekas menggunakan belakang sudu supaya ia rata. Mulakan pada bahagian tepi membawa ke tengah. Lakukan sehingga bedak tadi terletak kemas dalam bekas.
8. Padamkan suis seterika dan keluarkan plug. Ia penting supaya tiada wap air memasuki bedak kerana ia boleh merosakkan. Pastikan juga pilihan stim ditutup kerana kita mahu kepanasan yang kering.
9. Tekan seterika atas bedak kompak tadi selama 15 saat. Tekan sekuat yang mungkin tanpa mengalihkannya seperti kita menggosok baju. Kepanasan seterika akan ‘mengeraskan’ bedak.
10. Angkat seterika selama beberapa saat kemudian tekan kembali ke atas bedak kompak selama 15 saat. Ketika ini anda akan perasan permukaan bedak akan kelihatan keras. Lakukan sekali lagi menekan seterika pada bedak kompak.
11. Selepas itu biarkan bedak sejuk dan gam bekas bedak tadi pada casing bedak. Biarkan gam kering.
Kena scam tukang rumah atau kena tipu kontraktor antara kes yang selalu berlaku bila pemilik kediaman mahu membina atau melakukan ubah suai rumah.Antaranya rumah...