Ada anak darjah satu tahun ini? Dah tentu jadi rutin setiap malam ibu bapa untuk menukar jadual pembelajaran mereka.

Situasi ini akan berlanjutan berbulan-bulan lamanya selagi ibu bapa yang mengajar anak. Ada yang sampai hujung tahu masih melakukannya untuk anak baik untuk sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama.

Dalam masa yang sama kita tahu, anak perlu diajar atau dilatih untuk melakukannya sendiri. Paling penting ibu bapa kena cari cara untuk memudahkan anak ini menukar sendiri jadual mereka. Dua cara berikut antara yang boleh digunakan oleh ibu bapa. Pilih mana satu yang sesuai.

1. Tulis semula jadual ikut susunan mudah faham dan frame

2 Cara Mudahkan Anak Darjah Satu Tukar Jadual Sendiri, Tak Perlulah Ibu Bapa Buat Tiap Malam

Cara pertama  dikongsi oleh Ummu Noor Atikah Hashim, jadual ditulis semula dalam susunan yang mudah difahami anak kemudian ‘diframekan’.

Ads

“Masa anak saya Tahun 1 lagi saya dah buatkan jadual kelas begini untuk anak. Tahun ni anak dah Tahun 2, minggu pertama saja saya tolong salinkan jadual, selepas itu anak dah boleh buat sendiri,” katanya

Tulis jadual kemudian letak dalam frame macam ni sangat memudahkan anak saya untuk salin jadual sendiri. Boleh follow kalau rasa practical untuk anak ya ibu sekalian.

Tambahnya lagi jika jadual kelas anak bertukar pun tiada masalah cuma tulis yang baru dan frame.

Ads
2. Masuk semua buku dalam satu fail dan tulis hari

2 Cara Mudahkan Anak Darjah Satu Tukar Jadual Sendiri, Tak Perlulah Ibu Bapa Buat Tiap Malam

Tip kedua dikongsi oleh Fariha Norbaya. Beliau menggunakan sistem fail untuk anak.

Caranya sediakan 1 fail untuk 1 subjek. Beli fail yang boleh memuatkan buku teks sekali dengan buku latihan. Senang untuk dimasukkan semua buku & saiznya muat untuk masuk beg sekolah. Pada fail itu letak label :
-Nama anak
-Nama kelas
-Subjek
-Hari

Ads

Anak cuma perlu lihat hari yang tertera pada fail dan terus masukkan dalam beg. Setiap fail ini sudah berisi semua buku yang berkaitan satu-satu subjek dan masuk dalam beg.

Risiko untuk tertinggal buku juga kurang dengan cara ini. Malah buku juga lebih terjaga katanya.

Ibu bapa boleh ikut mana satu cara yang lebih mudah, tapi yang pasti kena ajar anak untuk melakukannya.

Sumber: Fariha Norbaya, Ummu Noor Atikah Hashim

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI