Bekas penuh dengan gula tapi semut dah masuk ‘berkampung’ di dalamnya. Memang stres  melihatnya.

Takkan nak buang, tapi takkanlah nak kutip satu-satu. Jika berdepan masalah semua yang banyak dalam bekas gula, boleh gunakan cara ini.

2 Tip Mudah Keluarkan Semut Yang Banyak Dalam Bekas Gula. Tak Perlu Kutip Satu-Satu!

Guna kulit kayu manis
  1. Cara pertama dikongsi oleh Ameera. Untuk keluarkan semut dari balang ini caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.

 

Ads
  • Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
  • Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
  • Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
  •  Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
  • Ini hasilnya selepas sejam.

2 Tip Mudah Keluarkan Semut Yang Banyak Dalam Bekas Gula. Tak Perlu Kutip Satu-Satu!

 

2. Pacak pisau
  • Tip yang ini dikongsi oleh netizen dari Facebook, bunyi macam kelakar tapi kata mereka menjadi. Caranya cuma pacak pisau dalam balang/ bekas gula.
  • Cuma pastikan bahagian pemegang menyentuh balang supaya senang keluar. Cara ini agak lambat tapi semut akan keluar. Kalau nak cepat, jemur balang tengah panas.

2 Tip Mudah Keluarkan Semut Yang Banyak Dalam Bekas Gula. Tak Perlu Kutip Satu-Satu!

Ads
Hukum makan semut

Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.

Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

Ads

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَالنَّحْلَةِ، وَالْهُدْهُدِ، وَالصُّرَدِ

Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang daripada membunuh empat binatang yang melata: semut, lebah, hud-hud dan al-surad (sejenis burung lang).”

Riwayat Ahmad (3066), hadis sahih.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI