Tempoh 20 tahun bukanlah tempoh yang sekejap. Ianya adalah satu tempoh yang cukup lama. Bayangkan macam mana keadaan organ dalaman yang terjejas akibat aktiviti merokok sepanjang tempoh itu. Maka tidak hairanlah apabila lelaki bernama Mohd Firdaus ini mengakui dia mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang bergelar perokok tegar.

Ads

“Semasa bergelar perokok, saya selalu batuk sampai sesak nafas. Kalau demam, selalunya saya demam disebabkan masalah tonsil dan banyak kali doktor sarankan buat pembedahan tonsil. Semuanya kerana tonsil saya bengkak apabila saya demam. Sampaikan tahap bernanah dah tonsil saya tu. Bila dah setahun berhenti merokok ni, saya rasa semakin sihat dan rasa lapang dada ni apabila bernafas. Sudah tak kerap demam tonsil dan banyak lagi perubahan dalam kesihatan”

Hati kena cekal, ubat nikotin hanya ganti

VK kagum dengan semangat Firdaus dalam usaha untuk dia berhenti merokok. Tanpa menggunakan ubat nikotin pun. Ini kerana menurut Firdaus, ubat nikotin tu seperti gantian nikotin yang diambil apabila merokok, jadi tetap tak bebas nikotin.

“Saya ada buat survey pada kawan-kawan yang cuba berhenti merokok menggunakan bantuan ubat nikotin tapi kebanyakannya tak berjaya sebab ubat tu hanya gantian. Bila ubat itu habis, cari balik rokok. Sebab itu saya ambil keputusan untuk terus berhenti dengan usaha kuatkan semangat dan cekalkan hati.”

Demi menguatkan semangat, Firdaus perbanyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan Allah. Ya, hanya Tuhan yang boleh membantu hamba-NYA yang berusaha untuk ke arah kehidupan yang lebih baik.

Ads

Ikuti perkongsian Firdaus di facebook.

Apa saya dapat selepas setahun berhenti merokok?

Alhamdulillah genap setahun dah stop smoking dgn izinNYA. Bersyukur sangat kerana menjadi insan terpilih mendapat hidayah dan diberikan kekuatan.

Saya bekas perokok tegar 20thn dari usia 15thn sehingga 35thn, bekas perokok tegar Dunhill Red, Winston Red & Marlboro menthol.

Setahun dah saya berhenti merokok apa yang saya dapat setahun ini?

Kesihatan

 Saya dah x batok sehingga sesak nafas lagi.
 Saya dah x demam tonsil lagi dan x perlu dah operation tonsil.
 Saya rasa kehidupan seharian semakin rasa sihat dan rasa dada lapang jek bila bernafaz.

Kehidupan

✔ Saya rasa semakin dekat dengan Maha Pencipta kerana rasa senang untuk beramal ibadah.
✔ Saya rasa doa senang diterima dan apa yg dihajati senang termabrur.
✔ Saya rasa lapang fikiran tanpa fikirkan nak merokok lepas makan atau nak kena mencari tempat nak merokok bila di shopping complex atau bila drive jln jauh nak kena berhenti untuk merokok, bayak lebih masa untuk family.

Ekonomi

20 Tahun Merokok Sampai Tonsil Bernanah, Lelaki Ini Gembira Untung RM6,120 Lepas Tekad Berhenti Rokok

Antara kebaikan berhenti merokok, Firdaus menegaskan yang dia mempunyai lebih banyak masa dan kewangan untuk menggembirakan hati keluarga. Dapat selalu bercuti dengan keluarga sama ada ke luar negara mahupun dalam negara. Malah dia tidak perlu lagi selalu berhenti apabila dalam perjalanan untuk merokok. bagus, kan?

✔ First time saya dapat bawa 1 family travel overseas, biasa berdua dan selalu dapat pergi bercuti dgn family.
✔ First time dapat merasa tidur hotel bilik berharga 1 malam Rm1000++ di Lexis Hibiscus PD.
✔ First time rasa nak beli apa² pon x kesah dan berkira sgt sebab fikir dulu beli rokok lagi rugi bayak.

Untung RM6,120 setahun!

Sehingga hari ini kos perjimatan x beli rokok yg saya untung :
-Sehari untung Rm17
-Sebulan untung Rm510
-Setahun untung Rm6,120

Tak ada 1 kebaikan pun pada rokok

Bukan niat share nie untuk bangga diri tapi sekadar perkongsian untuk memberi semangat pada yg ingin berhenti merokok tu, berusahalah untuk berhenti.

Pada yang belum nak berhenti tu fikir²kan untuk berhenti merokok, sebab senaraikanlah sepuluh kebaikan merokok tak ada 1 pon kebaikannya yang boleh disenaraikan.

2 minggu bebas rokok, insya-Allah akan terus berhenti

Good luck pada yang nak berhenti merokok. Kita kena berusaha mencari hidayah Allah. Hidayah itu milik Allah sesiapa sahaja yg dikehendakiNYA pasti akan dapat HidayahNYA.

In Syaa Allah semoga dipermudahkan usaha kearah kebaikan. Niat berazam, berusaha dan kentalkan jiwa 2 minggu jek kena kuatkan semangat tu. In Syaa Allah lepas tu akan kembali pulih bebas dari rokok.

Terima kasih pada yang sudi membaca kisah saya ini.

#Ikhlasdariseorangbekasperokoktegar

Selain itu, Firdaus akui semangat yang diberikan oleh isteri, ahli keluarga dan orang terdekat adalah amat diperlukan. Semangat orang sekeliling termasuk semangat daripada diri sendiri amat membantu sepanjang usaha dia cuba berhenti merokok.

Ads

VK tabik spring la pada lelaki ni. Boleh bebas rokok dengan kecekalan hati. Betul kan pepatah Melayu kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalil. Kalau dalam diri memang dah pasak niat nak berhenti merokok, mesti boleh punyalah. Syabas!

Sumber: Mohd Firdaus

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI