25 Kegunaan Luar Biasa Petroleum Jelly Selain Sapu Pada Kulit Kering. Rugi Kalau Biar Expired

Share

 

Kebiasaannya kita guna petroleum jelly atau jenama yang popular Vaseline untuk rawatan kulit yang kering.

Disebabkan hanya tahu itu saja fungsinya maka produk ini punyalah lama tersimpan, sampai expired.

Yang sebenarnya petroleum jelly ini ada banyak sangat kegunaan lain dalam kehidupan seharian kita. Bukan untuk kecantikan saja tapi untuk kegunaan rumah juga.

Ini adalah sebahagian dari 25 kegunaannya yang ramai tak tahu.

1. Tambah kilat pada gincu jenis matte. Campurkan gincu dan Vaseline pada belakang tangan dan oles pada bibir.

2. Elak gincu melekat pada gigi. Hanya sapu nipis Vaseline pada gigi depan sebelum mengenakan gincu.

3. Buang kulit mati pada bibir.  Sapu tebal pada bibir, biarkan beberapa minit. Kemudian skrub bibir dengan berus gigi yang lembut dan bersih. Bilas.

4. Kemaskan kening yang berterabur.  Sapukan sikit Vaseline pada bulu kening dan ia akan kemas dan berkilat.

5. Panjangkan dan lentikkan bulu mata. menggunakan berus maskara yang dibersihkan, sapu pada bulu mata sebelum tidur.

6. Serlahkan pipi.  Sapukan sedikit jelly ini pada pipi sebelum menyapu pemerah pipi. Boleh juga sapu pada kelopak mata sebelum menyapu eye shadow untuk kesan lebih berkilat.

7. Keluarkan cincin yang tersekat. Sapukan vaseline menggunakan cotton bud, kemudian tolak ke depan dan kebelakang sehingga cincin dapat dikeluarkan dari jari.

8. Rawat jaket kulit. Jika ada bahagian pada jaket yang kelihatan kering sapu Vaseline pada bahagian tersebut. Kemudian lap kembali.

9. Hapus kaki berbau. Jika terasa kaki ada bau yang kurang menyenangkan, sapu Vaseline dan biarkan selama 15 minit. Kemudian lap dengan tisu atau kain kering.

10. Elak ruam lampin. Sapu pada bahagian punggung atau celah peha bayi sebelum mengenakan lampin.

11. Hindari rasa panas selepas bercukur. Terlebih dahulu, masukkan Vaseline dalam peti sejuk. Selepas bercukur sapu Vaseline yang sejuk ini pada bahagian terbabir.

12. Rambut bersinar. Sapukan Vaseline pada rambut paling atas untuk nampak lebih bersinar dan mengelakkan rambut bercabang.

13. Hindari syampu masuk mata bayi waktu mandi. Letakkan Vaseline pada bahagian kening dan syampu akan terhindar memasuki bahagian mata.

14. Buang gula-gula getah pada rambut. Sapukan pada rambut yang terkena gula-gula getah dan usap sehingga ia tertanggal.

15. Kulit kepala gatal. Urut Vaseline pada kulit kepala untuk mengurangkan kegatalan akibat kelemumur.

16. Elak kesan pewarna rambut pada kening.  Ketika warnakan rambut di rumah, sapukan Vaseline pada sekeliling kepala untuk mengelakkan pewarna rambut melekat pada kening.

17. Kurangkan kesan calar pada perabot kayu. Sapukan Vaseline pada perabot yang ada kesan calar akibat terkena cincin atau gelang. Biarkan selama 24 jam, kemudian sapu dan kilatkan.

18. Buang gula-gula getah pada kayu. Sapu Vaseline pada gula-gula getah yang melekat ini sehingga ia terpisah dari kayu.

19. Buang kesan lilin. Sapu Vaseline pada sekeliling kesan lilin dan biar seketika. Selepas itu lap menggunakan tisu atau kain.

20. Elak pintu berbunyi.  Letak sedikit vaseline pada ensel untuk mengelakkan ia berbunyi.

21. Buka mangga pintu yang ketat. Sapu pada anak kunci dan cuba buka, insya-Allah ia akan dibuka dengan mudah.

22. Hilangkan siku atau lutut yang hitam. Sapu Vaseline pada bahagian yang hitam ini setiap hari.

23. Minyak wangi tahan lama. Sebelum pakai minyak wangi, sapukan Vaseline pada tangan dan leher kemudian barulah sembur.

24. Kecutkan jerawat. Kalau tiada ubat jerawat sapu sedikit Vaseline pada untuk meredakan kemerahannya.

25. Rawat luka ringan. Sapu pada luka kecil untuk cepat sembuh. Ia melembapkan bahagian luka selain mengelakkannya terkena kotoran supaya tidak terkena jangkitan.

 

Sumber

 

Published by
VK