Seronok tengok hasil tanaman wanita ini. Bukan main gemuk dan lebar lagi sayuran baik sawi, kailan, pak choy, sawi giant, kesum dan macam-macam lagi sayur yang ditanam sekitar rumahnya.

Menariknya tanaman yang diusahakan Yna White ini naik subur tanpa langsung menggunakan bahan kimia atau baja. Memang 100 peratus organik. Beliau juga turut berkongsi tip hasil sayurnya yang gemuk dan lebar.

Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja

Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja
Tak guna baja
  • Tanaman saya 100% organik tanpa baja & racun kimia. Hanya gunakan tanah hitam sawit asli tanpa campuran.
  • Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat jadi saya tambahkan pasir supaya tanah tak padat dan peroi. Cara ini akar pun boleh bekerja dengan baik.
  • Tanah hitam ini dah berbaja, sekali sekala saya siram pokok-pokok dengn air basuhan beras / air nasi basi / air basuhan ikan atau ayam.

Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja

Ads
2. Tip daun sayur elok tanpa serangan perosak

Racun serangga saya DIY sendiri. Alhamdulillah berkesan pada tananam. Saya kongsikan ramuan di sini.

Cara buat racun serangga

Bahan-bahannya nasi basi, air, satu labu bawang putih (tak perlu kupas) dan 1 paket kecil Ajinomoto.

Ads

Cara membuatnya

  • Ambil 1 botol mineral besar air dan masukkan nasi basi tadi ke dalamnya. Ramas-ramas nasi basi dengan air, lagi pekat lagi bagus.
  • Kemudian masukkan dalam blender bersama dengan bawang putih dan Ajinomoto. Kisar.
  • Kemudian tapis dan simpan dalam botol, jika nak tahan lama simpan dalam peti sejuk.

Cara penggunaan

  • Masukkan sedikit pati dalam botol spray, tambah air paip kemudian goncang. Sembur selalu pada pokok-pokok.
  • InsyaAllah selain boleh menghalau serangga, ia juga boleh suburkan & gemukkan pokok.
  • Waktu yang sesuai untuk sembur adalah selepas siraman waktu pagi. Pastikan siram dulu baru spray.
  • Siram pokok 2 kali sehari dan selalu buang daun-daun pokok yang tak sihat dan sakit.

Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja

Ads

Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja

Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja

Tip Pokok Sayur Subur, Gemuk & Lebar Daunnya. Tak Perlu Baja & Racun Kimia Cuma Guna 2 Tip Ini Saja

Semoga bermanfaat.

Sumber: Yna White

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI