Gunting bila dah lama simpan dan tak digunakan mungkin jadi tumpul. Potongan jadi tak cantik dan kerja pun jadi lambat.

Selalunya kita akan ambil tindakan beli saja gunting baru walau sebenarnya cara untuk tajamkan kembali gunting ini mudah sangat.

1. Guna kertas pasir

Ambil kertas pasir kemudian gunting menggunakan gunting yang tumpul. Buat potongan dari dalam ke hujung mata pisau. Lakukan dalam 10-20 kali. kemudian bersihkan gunting dari kerikil kertas pasir.

Ads

2. Botol kaca

Cari botol kaca yang ada di rumah, sama ada botol kicap, cuka, balang dan sebagainya. Kemudian buka gunting seluas-luasnya dan letakkan mata pisau gunting pada bahagian kaca.

Lakukan gerakan seperti menggunting pada botol kaca tujuannya supaya mata pisau diasah pada botol kaca. Ulang sehingga mata pisau tajam. Boleh uji dengan menggunting kain atau kertas.

Ads

3. Guna aluminium foil

Cara ini sama macam kaedah kertas pasir. Ambil aluminium foil, lipat dua lalu buat potongan menggunakan gunting yang tumpul.

Ads

Gunting aluminium foil dari dalam hingga ke hujung mata pisau. Lakukan sehingga rasa gunting sudah kembali tajam.

Cara penjagaan gunting

Pastikan gunting sentiasa kering, rajin-rajinlah meletakkan minyak pada sendinya.

Asingkan gunting untuk kegunaan memotong fabrik, kertas dan sebagainya untuk mengekalkan ketajamannya

Sumber: Wikihow

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI