Perogol dalam rumah! Ayah rogol anak, abang rogol adik, malah ada datuk yang sudahpun berumur 80 tahun merogol cucu.
Membaca berita sebegini di media massa buat hati kaum wanita cukup beremosi. Jijik!
Namun masalahnya inilah jenayah yang semakin banyak terjadi hari ini dan akan mengancam institusi kekeluargaan jika tidak ditangani.
Ibu dan ahli keluarga sebenarnya cukup berperanan dalam mencegah jenayah paling keji ini. Salah satunya adalah dengan cepat mengenal pasti ciri-ciri perogol dalam rumah ini.
Menurut penganalis jenayah Kamal Affendi Hashim, ciri-ciri ini boleh dikesan melalui tahap sebelum seseorang penjenayah seksual melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kenal pasti percubaan-percubaan
Beliau berkata tiga tahap tersebut adalah:
Ads
1. Tahap persediaan mental 2. Tahap persiapan dan ketiga 3. Tahap percubaan oleh penjenayah seksual.
Jelasnya ibu atau ahli keluarga boleh mengesan perbuatan keji ini terutama pada tahap ketiga.
“Sebelum melakukan perbuatan keji merogol, penjenayah seksual ini akan melalui tiga tahap ini.
“Pertama persediaan dalam mental, kedua persiapan iaitu apa perlu mereka lakukan contoh memberi hadiah kepada mangsa dan sebagainya.
Ads
“Peringkat ketiga adalah percubaan atau attempt sebelum lakukan jenayah. Ada yang dilakukan secara perlahan-lahan.
“Misalnya masa anak tengah mandi, macam tak sengaja bukak pintu bilik air, mandi dengan anak, peluk anak waktu tidur dan sebagainya.
“Ahli keluarga boleh nampak perkara ini sebenarnya tapi bagi si anak atau mangsa ia mungkin dianggap sebagai perbuatan kerana sayang,”jelas Kamal.
Ads
Kena percaya anak!
Tegasnya sekiranya ibu atau ahli keluarga melihat perkara ini berlaku berterusan atau nampak berlaku kejanggalan dalam perbuatan bermakna ada asas untuk mempercayai jenayah itu sedang dalam proses berlaku.
“Ketika ini ibu atau ahli keluarga kena main peranan. Penting sangat untuk mempercayai anak. Ibu harus percaya kebolehan anak untuk mentafsir sesuatu perkara.
“Ada sesetengah ahli keluarga tak percaya contohnya bila anak kata datuk pegang bahagian tertentu tubuh mereka.
“Walau pun percubaan itu sedikit tapi ibu kena percaya. Kena halang kejadian buruk dari berlaku.
“Sekiranya ibu sendiri tidak percaya pada siapa lagi anak nak mengadu. Boleh jadi anak akan lari dari rumah dan mencetus masalah lain lagi,”terang Kamal lagi
Apa perlu anak buat
Dalam pada itu pesannya, sekiranya anak atau mangsa perogol dalam rumah tidak tahu ke mana hendak dituju, mereka boleh menghubungi Talian Kasih 15999 kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memohon bantuan. Ataupun mangsa boleh terus saja ke hospital atau pun membuat laporan di balai polis.
Masalah lebihan kulit ataupun skin tag biasa kita alami. Selalunya ia dilihat sekitar bahagian leher, ketiak, atau bahagian kulit yang bergesel. Punca skin tag atau kutil ini berkait dengan kegemukan, masalah gula dalam dalam, diabetes dan kehamilan.
Walaupun tidak berbahaya tapi ada kala saiznya yang agak besar menyebabkan ia jelas kelihatan terutamanya di bahagian leher. Bagaimana untuk mengatasi masalah skin tag ini yang mungkin menjejaskan penampilan?
Selain daripada rawatan oleh ahli dermatologi, bagi anda yang mahu menghilangkan skin tag secara semula jadi mungkin boleh cuba menggunakan cuka epal.
Cara-caranya
Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di bahagian yang terlibat kemudian urut perlahan-lahan.
Ia mungkin perlu dilakukan berulang kali. Dari semasa ke semasa sebelum skin tags ini tanggal sendiri. Cara untuk melakukannya adalah seperti berikut:
1. Ambil kapas muka dan tuang cuka epal 2. Gosokkan pada skin tag 3. Anda mungkin perlu melakukannya dua atau tiga kali sehari selama beberapa hari hari atau minggu sehingga anda melihat perubahan pada skin tag. 4. Ia akan berubah warna menjadi semakin gelap dan kemudiannya jatuh sendiri.
Seronok pulak bila tengok video Maream Esabel yang dimuat naik ibunya Farah Lee dalam instagram.
Baru usia empat tahun tapi Maream boleh memahami bertutur dalam bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan juga bahasa Korea yang juga fasih dikuasai oleh Farah.
Disebabkan itu setiap kali memuat naik video anaknya Maream pasti ramai yang akan bertanya bagaimana dia boleh mengajar tiga bahasa serentak pada anak yang masih kecil.
Baru-baru ini Farah berkongsi apa yang dipraktikkan kepada anaknya.
Ajar Maream sejak belum pandai cakap
O: 이거는 머야.? (what’s this?) M: 치즈 (cheese in Korean) O: 영어로.? (in English.?) M: Cheese. O: 말레이어로.? (in Malay.?) M: Ceek. ???
[4years0month] #mareamesabel Anyway pada yang selalu tanya;
1. Farah start ajar (not like proper ajar but more to converse in Korean) since Maream baby – even dia belum pandai cakap, Farah memang selalu banyak cakap dan cerita dengan dia pepoyo dalam bahasa Korea ?
2. Bila dia dah 9 bulan camtu, Farah start ajar few words yang senang2 dan basic in all 3 languages sekaligus (bila rajin la) – Malay, English, Korean. Contoh macam dalam video ni (object), or macam Farah akan bagitau dia “tak boleh, cannot, 안돼요”..
Anak tak keliru
3. Alhamdulillah nampak Maream takde pun confuse bahasa ke, speech delay ke — dia start cakap pun before umur setahun.
4. Masa umur 2 tahun dia faham banyak bahasa Korea (even masa pergi Korea, dia faham orang Korea tu tanya umur dia berapa dan dia boleh jawab), 3 tahun dia tak berminat sangat bila Farah cakap Korea dia suruh jangan cakap ?, now 4 tahun nampak dia berminat balik, sometimes dia akan tanya “Omma, ni dalam bahasa Korea apa.?”
Nampak juga dia minat bahasa2 lain. Contoh bila dia dengar mandarin, tamil, dia akan stare kat orang tu ? dan teka dia tengah cakap bahasa apa ?
Itu jelah kot.? Ni bukan tips ya, ni personal experience, boleh apply kalau nak try tapi taktau menjadi ke tak kat anak korang. Kang ada pulak cakap pepoyo bajet bagus #pangkang ?
6 tahun pertama waktu terbaik
Tapi kalau nak ajar anak banyak bahasa, first 6 years ni memang masa terbaik, brain dorang akan lebih mudah absorb. Even dorang lupa pun, nanti bila besar akan senang recall bila dorang belajar balik. . Multilingual pun salah satu cara untuk tinggikan self-esteem. Try la, just jangan paksa if anak tak berminat. But encourage.? Please do ? #ommabebel
Tak semua rumah ada kabinet dapur siap pintu. Ada saja yang hanya ada table top manakala ruang bawah terlopong. Nampak semua barang yang disimpan.
Kalau tak susun elok-elok boleh kelihatan serabut. Selalunya untuk jimat ramai akan buat langsir guna velcro tape dan macam-macam lagi.
Satu lagi yang boleh dicuba adalah buat sendiri saja pintu bawah table top ini. Modal pun tak banyak tak sampai RM100.
Idea ini dikongsi oleh Sanggar Bayu yang berdepan masalah langsir penutup table top yang asyik tercabut sebelum ini.
Sebagai penyelesaian dia mendapat idea membuat sendiri pintu slidding mudah bagi menutup ruang bawah table top. Tak perlu guna drill atau paku. Hanya pakai gam khusus saja. Boleh ikut perkongsian beliau ya.
DIY mudah pintu tutup ruang bawah table top
Barang yang digunakan adalah rail aluminium – boleh beli di kedai aluminium. Ukur siap-siap, beli total dalam 14 kaki RM35. Boleh minta potong sekali.
2. Playwood ukuran 6 mm – beli di hardware. Ukur dulu dan boleh potong sekali.
3. Gam – beli jenis ini.
4. Gamkan rail aluminum sebagai asas pintu slidding. Rail aluminium ini buat bahagian atas dan bawah. Gam dan sendal sampai kering lebih kurang 4-5 jam.
5. Kemudian baru baru masukkan plywood, boleh terus tampal wall paper. Ukuran plywood ini ngam-ngam dengan rail aluminium.
7. Letak pemegang pintu, dan sebaiknya buat lubang angin supaya ruang bertutup tak lembap dan berkulat. Pemegang pintu dan wallpaper beli di kedai Eco RM2. Total modal tak habis pun RM100.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...