Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Kesihatan 3 Kesan Buruk Tidur Lepas Sahur. Ramai Buat, Doktor Pesan Hentikan!

3 Kesan Buruk Tidur Lepas Sahur. Ramai Buat, Doktor Pesan Hentikan!

Tidur selepas sahur ramai buat tapi sebenarnya sangat tidak elok untuk kesihatan. Walau pun mengantuk doktor ini pesan tidurlah selepas beberapa jam, jangan tidur sebaik lepas sahur. Berikut perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar.

“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.

“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur” soal Tijah lagi bersungguh.

Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.

3 kesan tidur lepas sahur

IKLAN

1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.

2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.

IKLAN

3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.

IKLAN

Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.

Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?

Sumber:  DrRizal Abu Bakar

Selain itu:  6 Makanan Sering Ibu Bapa Hidang Di Rumah Tapi Sebenarnya Buat Otak Anak Lembap
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI