
Biasanya kalau tanam serai tak kira di kawasan khas atau dalam pasu, kita akan ambil dua tiga batang serai kemudian terus tanam.
Cara sebegini agak merugikan kerana keseluruhan serai ditanam dan tak boleh digunakan untuk memasak.
Ha…sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menanam serai. 3 langkah saja, dari sebatang serai boleh dibuat masak dan juga untuk ditanam. Berbaloikan!
1. Ambil serai dan potong bahagian bawah (gambar) kemudian rendam dalam sedikit air. Bahagian atas bolehlah digunakan untuk memasak.
2. Bahagian bawah yang dipotong dan direndam itu akan tumbuh akar baru (seperti dalam gambar) dalam masa dua atau tiga hari.
3. Bila pucuk tumbuh bolehlah terus ditanam dalam pasu atau di halaman rumah. Dalam pada itu mengikut panduan, serai yang baru ditanam perlu disiram sehari sekali, selama tujuh hari selepas ditanam.
Mudahkan. Selamat mencuba!
Sumber: Deko Viral
Buat Sendiri Chicken Chop Siap Dengan Brown Sauce. Tak Renyah Manapun, Bahan Guna Yang Ada Di Dapur Saja

Bila rasa nak makan chicken chop biasa kita ke restoren. Harganya pula selalu lebih kurang RM15 satu hidangan. Kalau sorang dua makan taklah mahal tapi kalau satu famili 5 orang, emmm boleh tahan juga harganya.
Jadinya kalau nak jimat kita buat sendiri. Homemade! Tak susah atau renyah pun membuatnya, ada resipi yang mudah. Antaranya perkongsian Wan LuQman ini.
1. Mula-mula kita perlukan ayam bahagian whole leg. Ini adalah bahagian thigh dan peha. Buang tulangnya. Untuk tulang yang bersambung dengan peha patahkan saja. Ketuk pada bahagian buku lali untuk patahkan tulang hujung, toreh dan tarik saja tulang drumstik (kalau nak senang beli saja yang dah siap dipotong untuk masak chicken chop di pasar raya).
Supaya ayam goreng juicy, rendam dalam air garam 2-3 jam proses ini dipanggil sebagai brine. Kemudian bilas ayam.
2. Batterkan ayam dalam apa-apa jenis tepung. Yang ini batterkan dalam bancuhan tepung ayam goreng serbaguna. Untuk bancuhan kering, guna tepung dari jenis yg sama, campurkan dengan baking powder. Kalau tiada tepung serba guna, boleh guna tepung gandum.
3. Bila dah gaulkan ayam dalam bancuhan batter, gaul pula dengan bancuhan tepung kering + baking powder tadi.
4. Panaskan minyak kemudian goreng. Biar dalam 5 minit, agak-agak sebelah dah keras, baru balikkan.
5. Sambil itu, kita sediakan bahan untuk sos. Ketuk 2 biji bawang putih dan sebatang seleri dihiris.
6. Bahan untuk sos :
2sb butter / marjerin
2sb sos tiram
3sb sos blackpepper (Life)
1sk lada hitam ditumbuk kasar
1sk serbuk pati ayam
7. Panaskan marjerin, bila dah cair, masukkan 2 sudu tepung gandum dan gaul dia akan jadi roux. Roux ni sebagai agent pemekat kuah. Tumis sekali bawang putih dan seleri. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Sos blackpepper saya guna jenama Life.
8. Masukkan 500ml air. Biarkan menggelegak. Tak perlu gula sebab sos tiram akan ada rasa manis, lagipun sos blackpepper pun dah ada rasa manis. (Nak senang buat sos boleh juga guna instant brown sauce. Bancuh dengan air dan masak atas kuali. Dicadangkan brand Knorr atau Swiss Bear).
9. Masukkan daun salam atau daun bay. Ini kunci rahsia kesedapan untuk makanan berempah.
10. Ini ayam yang dah siap digoreng.
11. Untuk coleslaw, hiris halus kobis dan lobak merah. Letak krim atau susu cair, 1 sudu kecil gula, mayonis (boleh guna brand Saji atau Kimbal lebih sedap) dan perahan jus lemon sesedap rasa. Gaul sekata.
12. Masa untuk hiasan. Letak ayam goreng, tuang sos. Hiaskan daun english parsley atas ayam. Letakkan coleslaw atas salad jenis coral. Kalau nak ada warna boleh hiris tomato atau red peppers / capsicum.
Jika suka boleh buat kentang lecek. Cara membuat rebus 3-5 biji kentang sampai lembut (buang kulit). Kemudian lenyek kentang bersama gula, susu cair, chicken stok dan lada sulah. Atau boleh hidang dengan kentang goreng saja. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Wan LuQman via Masak Apa Hari Ni
Ibu Ada Anak Perempuan Patut Buat Period Kit Ini Supaya Anak Tak Kalut Hadapi Waktu Itu!

Isi Kandungan
Toggle
Bagi yang ada anak perempuan umur 9 tahun ke atas terutamanya boleh ikut apa yang dikongsi oleh Syahirah Omar yang menyediakan Period Kit untuk anak perempuannya!
Apatah lagi zaman sekarang anak-anak perempuan datang haid kali pertama pada usia yang cukup muda. Seawal sembilan tahun sudah ada yang mengalaminya.
Anak yang masih kecil ini mungkin belum ada pengetahuan yang cukup tentang haid jadi period kit ini yang disediakan oleh ibu boleh membantu pada waktu mereka memerlukan.
Period Kit untuk anak perempuan
Bagi Pagi ni aku nak share tentang period kit buat anak perempuan kita.
Aku tak pasti mak mak lain buat macamana, tapi aku nak kongsikan persediaan untuk anak perempuan kita yang bakal melalui period buat kali pertama.
Memandangkan anak aku anak istimewa, effort tu kena lebih sikit.Persediaan tu aku dah buat beberapa tahun lepas. Aku gunakan kaedah social story untuk ceritakan pada dia apa yang dia perlu lakukan kalau tiba tiba period kali pertama di sekolah.
Aku sediakan period kit yang mengandungi:
– Pad
– Underwear
– Plastik bag sampah eco
– Calendar, pen dan note book
– Hand sanitizer
– Baby wipes
– Print kertas arahan step by step di bawah. Isikan di dalam satu bag berzip yang mudah untuk dibawa kemana saja.

Apa perlu anak buat
Aku kongsikan social story buat anak aku ya. Maaf jika dalam Bahasa Inggeris.
What to do when you get your first period?
1. You may have noticed some spots of blood in your underwear.Don’t panic! The blood might be red, brown, or even blackish.
2. Keep calm, tell your mom or class teacher ( whisper in her ear)
3. Get your period kit and go to the toilet.
4. Unwrap the pad, remove the backing to expose the sticky side of the pad.
5. Center the pad in the middle part of your underwear. Pull up your underwear.
6. Keep your dirty underwear in a plastic bag.
7. Wash your hands.
8. Mark the date on your calendar.
9. Change your pad every 3 to 4 hours. ( sooner if you have a really heavy flow)
Tip
- Arahan ini, boleh dijadikan dalam bentuk bergambar. Tak semua anak suka arahan dalam bentuk bertulis. Print dan masukkan di dalam period kit tadi . Maklumkan pada guru kelas yang kita sudah sediakan period kit dalam beg sekolah anak.
- Setiap anak kita berbeza level kefahaman mereka. Seeloknya kita tunjukkan bagaimana untuk gunakan pad dengan cara yang betul. Bagaimana untuk basuh, bagaimana untuk buang.
- Untuk anak istimewa, lebih mencabar. Mak mak perlu ajar anak dengan lebih kerap. Tuang sedikit pewarna merah di seluar dalam dan pad, tunjuk pada anak dan latih anak. Rutinkan mereka supaya walaupun mereka tidak bertutur sekalipun, mereka akan cuba ikut apabila dirutinkan.
- Ceritakan pada anak, yang mereka perlu jaga aib mereka apabila datang haid. Bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Ceritakan juga mereka sudah wajib untuk solat dan menutup aurat. Cuma, rutin solat dan menutup aurat tu perlu dibuat sejak mereka kecil lagi bukan selepas didatangi haid.
- Ceritakan yang akan berlaku perubahan pada diri mereka. Contohnya perubahan pada buah dada, private part, ketiak.
- Ceritakan juga berapa hari kitaran haid, apa yang mereka tidak boleh lakukan sepanjang haid, dan apa yang akan berlaku jika mereka melakukan hubungan sex setelah di datangi haid.
- Jangan malu untuk ceritakan pada mereka dengan menggunakan bahasa yang betul. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Apabila mak ayah tak berceritalah mereka mula mencari jawapan sendiri dan perasaan ingin mencuba tu meluap luap.
Semoga bermanfaat.
-Syahirah Omar
Mak anak istimewa
Sumber: Syahirah Omar
Step By Step Buat Sendiri Roti Canai Di Rumah, Rasanya Macam Makan Kedai Mamak

Isi Kandungan
Toggle
Ramai yang rindu nak makan roti canai kat kedai mamak kan. So apa kata petang ni kita buat jer lah sendiri di rumah. Boleh jadi aktiviti isi masa dengan anak-anak juga. Buat pulak waktu petang memang meriah.
Kalau teringin boleh ikut langkah yang dikongsi Normarliana Abu Bakar ini ya. Katanya makan roti canai ni panas-panas dengan anak-anak memang terbaik.
Bahan-bahan
- Tepung gandum 4 cawan
- Telur sebiji
- Gula sesudu makan
- Air secawan
Garam setengah sudu kecil - Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng
Step by step
1. Mula-mula campurkan tepung, gula dan garam
Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat (saya uli lebih kurang 20 minit). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.
2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil
Saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya, ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak.
Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.
Soalan : guna majerin boleh?
Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.
4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar.
Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar.
Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar.
Kemudian tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
7. Tebar sampai penuh sedulang.
Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.

8. Lipat sisi pertama, lipatan kedua.
9. Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.
10. Roti canai digoreng dengan gembira. Panas siap berkepul.
Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang? Up to u.
Selamat berjaya!
Sumber: Normarliana Abu Bakar