Biasanya kalau tanam serai tak kira di kawasan khas atau dalam pasu, kita akan ambil dua tiga batang serai kemudian terus tanam.
Cara sebegini agak merugikan kerana keseluruhan serai ditanam dan tak boleh digunakan untuk memasak.
Ha…sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menanam serai. 3 langkah saja, dari sebatang serai boleh dibuat masak dan juga untuk ditanam. Berbaloikan!
1. Ambil serai dan potong bahagian bawah (gambar) kemudian rendam dalam sedikit air. Bahagian atas bolehlah digunakan untuk memasak.
2. Bahagian bawah yang dipotong dan direndam itu akan tumbuh akar baru (seperti dalam gambar) dalam masa dua atau tiga hari.
3. Bila pucuk tumbuh bolehlah terus ditanam dalam pasu atau di halaman rumah. Dalam pada itu mengikut panduan, serai yang baru ditanam perlu disiram sehari sekali, selama tujuh hari selepas ditanam.
Mudahkan. Selamat mencuba!
Sumber: Deko Viral
Cara Mudah Tanam Sayur Pak Choy, Dalam Besen Pun Menjadi. Tetap Elok Suburnya
Selain sawi, bayam, bendi, sayur pak choy juga antara yang selalu ditanam di rumah. Ia antara tanaman yang mudah ditanam dan cepat dapat makan hasilnya.
Sesuai sangat kalau baru-baru mencuba untuk bercucuk tanam. Tak semesti ada pasu khas, boleh guna apa juga bekas yang ada. Yang penting medium yang digunakan.
Boleh ikut perkongsian Liyana Mohd Poad yang menanam sayur ini dalam besen plastik saja, tapi tetap menjadi, elok suburnya. Menariknya sayur ini paling cepat kita merasa hasilnya, lebih kurang sebulan dah boleh dituai.
Cara mudah tanam pak choy, dalam besen saja!
Bagi yang nak mencuba boleh ikut cara yang dikongsi.
1. Sediakan dua jenis media tanaman iaitu cocopeat dan tanah organik. Mix dan tambah kompos organic dalam segenggam (apa-apa jenama pun boleh). Kalau tak tahu apa itu kompos organik, beli sekam bakar dan campur.
2. Kemudian, sediakan benih baby pakchoy. Campur dalam segenggam pasir dan tabur merata. Tutup benih yang ditabur dengan lapisan tanah, nipis saja dalam 1 cm. Kemudian siram.
3. Tutup bekas semaian dengan daun daun kering dan letak di luar. Panas 70%.
4. Lepas dua hari benih bercambah dan selepas 3 hari, hasilnya seperti di atas. Saya semai dalam bekas polisterin. Letak di luar rumah. Cahaya matahari 80%.
5. Bila anak benih dan naik 4-5 helai daun, pindahkan ke bekas yang lain. Jangan biasakan tanam dalam bekas semaian. Saya guna besen saja yang ditebuk lubang di bawahnya untuk pengaliran air. Dalam satu besen boleh letak dalam 10 pokok.
6. Boleh guna tanah sama dari tempat semaian tapi tambah sedikit tanah organik 10 in 1.
7. Ini baby pak choy 3 minggu usianya. Supaya subur dan gemuk letak baja organik jenama apa pun boleh.
8. Lebih kurang sebulan pak choy dah boleh tuai. Mudah kan.
Selamat mencuba!
Sumber: Liyana Mohd Poad
Rahsia Tanam Pokok Pegaga Supaya Daun Subur & Lebar Macam Sayur Sawi
Pokok pegaga memang ulam kegemaran ramai, sebab itu ramai yang tanam pegaga ini di sekitar rumah. Cumanya ada yang menjadi dan ada juga sebaliknya.
Jika pokok pegaga yang ditanam tak hidup subur seperti yang diinginkan tip yang dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob boleh dipraktikkan. Memang geram melihatnya sebab daunnya lebar dah macam sayur sawi.
– Pokok pegaga ini asalnya memang kecil-kecil daunnya, beli di pasar seikat RM2. Memang sedap rangup dan tak pahit.
– Cara tanam cuma pilih pegaga yang dah ada akar dan cucuk ke dalam tanah dan siram.
– Letak pokok pegaga ini di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.
– Rahsia daunnya jadi lebar macam sayur sawi cuma air siraman. Siram dengan air basihan ikan yang kita siang. Setiap kali basuh ikan airnya simpan untuk siraman. Itu saja.
INFO: Pegaga ini bukan jenis pegaga gajah kerana waktu beli di pasar memang daunnya kecil. Tapi lepas siram dengan air basuhan ikan, daunnya jadi gemuk dan lebar.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Zaid Azizy Yaakob
Artikel berkait: Tip Tanam Pegaga Gantung Supaya Subur & Rimbun. Lagi Senang Petik Buat Ulam
Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur
Pokok kunyit antara yang selalu ditanam di rumah. Daun dan isinya memang selalu kita guna dalam masakan. Sebab itu berbaloi menanamnya.
Tapi satu masalah biasa bila menanam pokok kunyit ini adalah daunnya jadi kekuningan dan kering.
Sayang pula bila daun pokok yang dah lebar tiba-tiba jadi begitu. Antara cara yang boleh dipraktikkan sekiranya berlaku pada pokok kunyit yang ditanam.
1. Alihkan pokok kunyit, elak letak di tempat panas terik. Pokok kunyit memang perlu ditanam di tempat panas tapi sedikit terlindung.
2. Potong daun yang kekuningan dan kering, supaya keluar daun baru
3. Siram dua kali sehari, daun jadi kering kerana kurang siraman.
4. Gemburkan tanah agar jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.
5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh guna baja organik.
6. Boleh juga gunakan petua siram dengan air basuhan beras supaya daun pokok kunyit subur.
7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu dialih ke bekas yang lebih besar atau dituai. Kunyit boleh dituai selepas 9 bulan ditanam.
Tip ekstra
Jika daun kunyit diserang serangga, buat bancuhan ini; kisar cili, bawang putih dan halia. Kemudian tapis dan ambil airnya. Sembur pada tanaman untuk elak serangga.
Tip dan petua ini dikongsi oleh netizen dari Facebook Kebun D Rumah