3 Persediaan Kewangan Kita Kena Buat Untuk Hadapi Kemelesetan Ekonomi Dunia Tahun 2023. Saving Kena Ada 12 Bulan Gaji!

Share

Berita antarabangsa telah banyak kali melaporkan bahawa dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi yang serius pada tahun depan.

Memetik laporan Bernama;
“Dunia mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan pada 2023 ketika bank-bank pusat di seluruh global secara serentak menaikkan kadar faedah untuk bertindak balas terhadap inflasi, Bank Dunia memberi amaran.

Bank-bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah tahun ini pada tahap yang tidak pernah disaksikan sejak lima dekad lalu, trend yang berkemungkinan berterusan sehingga tahun depan, kata Bank Dunia dalam satu kajian terbaharu, lapor Xinhua.”

Negara kita sendiri pun sudah berdepan dengan kenaikan OPR sebanyak tiga kali pada tahun ini.

Kebelakangan ini pun ramai ahli kewangan yang mengingatkan kita tentang jangkaan kemelesetan ekonomi yang bakal berlaku tahun depan.

Meskipun ada pandangan ahli ekonomi tempatan kita tidak terkesan namun ada baiknya kita bersedia menghadapi kemungkinan ini. Jadi apa yang perlu dilakukan sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi tahun depan.

Saranan daripada Dr. Azizul Azli Ahmad yang selalu berkongsi informasi kewangan dan hartanah boleh dijadikan panduan. Tak rugi pun kita bersedia.

3 persediaan kewangan tahun depan

BANK DUNIA DAH BANYAK KALI SEBUT?

Bila Bank Dunia bagi isyarat jelas, apa kita perlu siapkan buat diri dan keluarga kita?

Bank Dunia beri amaran kemelesetan ekonomi tahun depan

Bank Dunia beri amaran harga makanan meningkat

Ekonomi dunia mungkin berdepan kemelesetan

Kita nak buat apa gais? Dah banyak kali tulis dah, cuma kali ini nak galakkan lakukan 3 perkara ini untuk persiapan tahun depan.

1. Dana kecemasan kena 12 bulan gaji

Dana Kecemasan jangan 6 bulan gaji lagi, tapi buat lebih 12 bulan gaji. Pandemik sahaja kita hampir 2 tahun. Krisis ekonomi Amerika 2007 sahaja sampai 18 bulan . Maka sediakan lebih kali ini gais.

2. Cipta pendapatan baru

Cipta pendapatan baru melalui ‘gig ekonomi’. Kita belajar dari pandemik lepas ada yang boleh bertahan dengan ekonomi baru ini. Belajar dan cipta pendapatan bukan alasan.

3. Mulakan Porfolio Pelaburan

Paling asas melabur dalam ASB, saham atau TH. Boleh juga belajar beli hartanah dan sewakan atau kumpul emas pelaburan.

Bank Dunia dah sebut banyak kali, ia petanda dan ingatan buat kita.
Harga minyak dunia juga sedang naik, minyak di Indonesia dah naik Rp10,000 seliter (RM3). Maka bersedialah kawan kawan.

Sumber: Dr. Azizul Azli Ahmad

Artikel Berkait : OPR Naik Lagi, Kalau Ada Hutang Dengan Bank Ini Perkara Penting Yang Perlu Kita Lakukan

Published by
VK