Meskipun sudah ramai yang menggunakan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) untuk pembayaran tol di lebuh raya tapi hakikatnya masih ramai takut untuk mencubanya.
Masalah RFID yang gagal diimbas Ketika melalui plaza tol hingga terpaksa mengundurkan kereta menjadi penyebabnya. Bila dah terpaksa mengundurkan kereta dah tentu menyusahkan pengguna di belakang.
Tapi seorang pengguna RFID bernama @zalyazahari
berkongsi tip yang diamalkan agar tidak berlaku kejadian perlu mengundurkan kereta. Berikut adalah perkongsian beliau yang sudah tiga tahun menggunakannya tanpa masalah.I perasan orang ramai takut lagi nak pakai RFID but actually kalau korang betul-betul ikut guidelines yang diberi korang tak perlu reverse kali ke 2 pun. Ini tipnya;
1. Pastikan kelajuan kereta Bawah 20km apabila dekat dengan tol. Kalau laju memang kena reverse la. Kena bawah 20 je tau !
2. Jangan rapat dengan kenderaan depan. Kalau rapat memang tak lepas. Ini banyak terjadi pada kereta yang kalut ribut ‘cucuk’ kereta depan. Sudahnya kena reverse.
3. Top up E-Wallet 15 minit sebelum touch tol. Kalau baru sangat top up, kena tunggu la sekejap baru jalan melalui tol.
4. Tampal sticker Rfid di tempat yang ditetapkan. Sama ada di lampu kereta sebelah kiri ataupun atas cermin kereta sebelah kiri and make sure jarak 1 tapak tangan dari body kereta ( jangan rapat ke metal ).
Kalau tampal senget, jangan koyak sebab stiker di dicipta untuk rosak after korang koyak. Senget sikit pun tak mengapa boleh baca.
“Saya dah guna RFID 3 tahun. Setakat ini elok saja, dah la berganda murah dari smartag. RFID dah ada di kebanyakan tol, tak perlu risau. id now mostly Tol dah ada so don’t worry.
Sumber: zalyazahari