Tiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, selalunya disambut gembira dengan kek dan ucapan tahniah. Namun tidak bagi pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob. Tarikh lahirnya anaknya membuatkan dia digamit rindu.
Semalam, Safura berkongsi kenangan bersama arwah anaknya, Nur Aisyah Mariam yang hanya sempat didakap hanya selama tiga tahun. Dalam status ringkas di instagram Safura meluahkan kerinduan pada arwah anaknya yang meninggal dunia pada 12 September 2011.
“23 Ogos 2008… Lahirnya anak syurgaku ke dunia. Tiga tahun menanti kehadiran mu dan tiga tahun sahaja Allah pinjamkan kami untuk membahagiakan kami sekeluarga.
“Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kami reda dalam ketentuan Mu ya Rabb… Semoga Allah pertemukan kita nanti dalam Jannah Allah yang sudah tentu pasti. Mama rindu, Al-Fatihah,”demikian luah Safura.
Pengikut instagram Safura melahirkan rasa sedih membaca status tersebut kerana dapat memahami perasaan rindu seorang ibu kepada anak yang telah tiada.
Menambah rasa sebak apabila Safura turut memuat naik gambar pusara dan juga gambar arwah yang juga anaknya dengan pelakon Sahronizam Noor.
Selain Mariam, Safura dan Sahronizam mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 9 tahun, Zara Nur Aisyah, 8 tahun dan Ariana Sofia, 4 tahun.
Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 24 dan Muhammad Daniel Khaqim, 18, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.
Sumber: Safura Ya’cob