Salah satu aktiviti harian yang agak malas dilakukan oleh kaum wanita adalah menjemur baju di ampaian.

Apatah lagi jika ada pakaian kecil yang banyak dan menyukarkan untuk dijemur.

Gambar sekadar hiasan.

Perkongsian dari Puan Ilidayana Sudirman ini memberi tip bagaimana menjemur baju di ampaian dalam masa yang singkat.

Bukan saja kerja ini jadi menyeronokkan, tetapi juga menjimatkan masa.

Tip Mudah Jemur Baju Di Ampaian

Simple saja, syaratnya

1. #stratergi
Serang pakaian ‘kecik-kecik’ dulu, macam seluar kecik, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Caranya sangkut di tangan. Rujuk gambar. Sampai di ampaian, buat yang ini dengan kaedah sepitan.

Asingkan pakai kecil dan besar.

2. #set_masa
Untuk masa pula, selalu gunakan cerita di kaca TV yang best, masa iklan berdesup akan siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, Jadikan seperti exercise kerana iklan ada dua tiga kali di kaca TV.

3. #guna_hanger
Ini paling disukai, apabila dari hanger di ampaian, baju yang sudah kering dan sejuk terus saja masuk almari, jadi tak payah melipat dan kurang kerja menggosok.

Sediakan bakul untuk setiap seorang anak.

Info Tambahan:

Tip lipat kain
1. Buat bakul masing-masing, contoh jika ada 5 orang anak, sediakan 5 buah bakul untuk mereka.
2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun akan jadi sedikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walaupun baru bersekolah rendah.

Artikel berkait:

DIY Rak Baju Bajet Dari Bakul Plastik, Duit Jimat & Pakaian Kemas

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat