Salah satu aktiviti harian yang kurang digemari kaum wanita adalah menjemur baju di ampaian. Apatah lagi jika ada banyak pakaian saiz kecil yang menyukarkan untuk dijemur.
Bagi memastikan kerja menjemur dan mengurus pakaian bertimbun dilakukan dengan cepat dan singkat boleh ikut perkongsian dari Puan Ilidayana Sudirman.
Tip mudah dan cepat jemur pakaian di ampaian
Simple saja, syaratnya
1. #strategi Serang pakaian ‘kecik-kecik’ dulu, macam seluar kecik, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Caranya sangkut di tangan. Rujuk gambar. Sampai di ampaian, buat yang ini dengan kaedah sepitan.
2. #set_masa Untuk masa pula, selalu gunakan cerita di kaca TV yang best, masa iklan berdesup akan siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, Jadikan seperti exercise kerana iklan ada dua tiga kali di kaca TV.
3. #guna_hanger Ini paling disukai, apabila dari hanger di ampaian, baju yang sudah kering dan sejuk terus saja masuk almari, jadi tak payah melipat dan kurang kerja menggosok.
Info Tambahan
Tip lipat kain 1. Buat bakul masing-masing, contoh jika ada 5 orang anak, sediakan 5 buah bakul untuk mereka. 2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain. 3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun akan jadi sedikit. 4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walaupun baru bersekolah rendah.