Bergaul dengan rakan-rakan yang dalam golongan ‘ada-ada’ atau kaya membuatkan ramai yang terikut dengan cara hidup mereka sedangkan hidup kita sendiri biasa-biasa saja.
Walau tak mampu tapi kita cuba untuk meniru gaya hidup mereka, hidup seperti mereka yang berada.
Jika ini yang anda lakukan sekarang ia sebenarnya cukup bahaya. Jika dibiarkan anda sebenarnya mengundang masalah baru dalam hidup.
1. Rosakkan nama baik kita sendiri
Sampai bila harus berlakon, memakai topeng. Lama kelamaan latar belakang diri akan diketahui juga. Jadi tak perlu buat banyak lakonan dan kepalsuan kerana ia mungkin mencemarkan nama baik sendiri.
2. Tambah stres
Menjalani gaya hidup yang kita tak mampu akan membuatkan kita sendiri stres. Stres untuk ‘berlakon’ dan terbeban dengan cara hidup yang memakan banyak belanja sedangkan kita tak mampu.
3. Hilang keyakinan diri
Menjalani gaya hidup yang bukan ‘hidup’ kita menyebabkan kita rasa insecure.Kita hilang keyakinan pada diri sendiri dan tak berasa tenang. Lama kelamaan kita kan membenci diri sendiri.
4. Terjebak hutang
Demi memenuhi keinginan untuk memiliki gaya hidup mewah ada yang rela berhutang sana sini. Gaji yang dapat awal bulan mungkin sebahagian besar bukan untuk tabungan tapi membeli belah dan bermewah.
Semua ini akan menyebabkan anda hidup dalam kewangan mendesak dan tak mustahil membuatkan diri akhirnya terjebak dalam lilitan hutang.
Walau pun banyak bergaul dengan golongan elit tapi tak perlulah kita yang hidup biasa-biasa ini trut berlagak kaya. Jadilah diri sendiri, jujur pada diri dan juga orang sekeliling kita.