Datang mood rajin, kita akan menggosok semua baju termasuk tudung atau hijab yang akan dipakai dalam masa satu minggu.
Tapi satu masalah bila menggosok tudung awal ialah ia mudah renyuk. Sudahnya kita gosok sekali lagi.
Supaya tak melakukan kerja dua kali, untuk mengelakkan tudung renyuk bolehlah mempraktikan empat cara melipat dan menyimpan hijab ini.
1. Gulung macam ni
Melipat hijab dengan cara menggulung, selain dapat menjimat ruang penyimpanan, juga dapat menjadikan koleksi hijab tersusun rapi mengikut warna dan material. Cara ini juga boleh menghindar hijab dari renyuk teruk.
2. Lipat dua
Lipat hijab kepada dua bahagian setelah selesai menggosok, kemudian gantungkan menggunakan hanger. Tetapi ingat, jangan lipat sebelum diseterika, kerana nanti akan ada kesan lipatan pada tudung jika berbuat demikian.
3. Lipat memanjang
Cara melipat memanjang ini biasa kita lihat di butik atau kedai menjual hijab. Selain mudah, cara melipat panjang ini sesuai untuk hijab jenis pashmina dan material yang nipis seperti chiffon atau cotton.
4. Lipatan untuk travel
Bagi yang mahu bercuti, boleh praktikkan cara lipatan ini supaya tudung tidak renyuk terutama sekali di bahagian awning.