Tak kira tua atau muda, ramai saja yang selalu mengalami masalah sakit pinggang. Wanita pula akan selalu berdepan masalah ini bila tiba waktu period.

Ketika ini rasa serba tak kena dibuatnya. Selalu apa yang kita lakukan untuk mengatasi masalah sakit pinggang ini adalah dengan mengambil ubat tahan sakit tapi kalau ambil dengan kerap sudah tentu tak elok untuk tubuh badan.

Alternatifnya anda boleh lakukan senaman regangan ini yang dikatakan dapat meredakan sakit pinggang.

1. Duduk luruskan kaki dan tunduk

4 Gerakan Mudah Untuk Legakan Masalah Sakit Pinggang

IKLAN

Dalam keadaan duduk luruskan kaki. Kemudian ambil nafas secara perlahan-lahan tunduk, sambil tangan memegang kaki.

2. Satukan tumit

4 Gerakan Mudah Untuk Legakan Masalah Sakit Pinggang

Masih dalam keadaan posisi duduk, pegang pergelangan kaki dan cuba satukan kedua bahagian tumit atau telapak kaki. Kemudian tolak sedikit badan ke depan.

3. Buka kaki, tolak badan ke depan

4 Gerakan Mudah Untuk Legakan Masalah Sakit Pinggang

IKLAN

 

Masih dalam posisi duduk kaki dibuka, pastikan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian tolak badan ke depan perlahan-lahan.

IKLAN

4. Duduk dan terlentang

4 Gerakan Mudah Untuk Legakan Masalah Sakit PinggangDuduk dalam posisi lutut dilipat. Pastikan badan dalam keadaan lurus dan tangan pada paha. Secara perlahan-lahan baring terlentang sambil luruskan badan. Cuba tahan dalam posisi ini selama satu minit.

Mudah saja kan, semua dalam keadaan duduk! Ulang 4 set senaman ini ketika berasa sakit pinggang. Semoga bermanfaat.

Sumber: Sinar

 

Selain itu:  Nak Anak Cepat Pandai Menulis, Guru Ini Pesan Bukan Bagi Kertas & Pensel Tapi Buat Aktiviti Ini!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI