Hutang tak habis bayar lagi tapi dah kereta dah nampak buruk. Sebab jadi begini antaranya kereta yang tak dibersih atau dicuci dengan baik sekaligus menjejaskan cat kereta.
Memandangkan ramai yang mencuci kereta sendiri, jadi sebaiknya praktikkan langkah berikut supaya cat kereta terjaga dan kereta berkilat macam baru.
1. Cuci kereta terutama lepas hujan!
Bila hujan mesti rasa malas nak cuci kereta. Ye lah sebab hujan kan. Nanti kotor semula bila kena air hujan.
Sebenarnya air hujan adalah berasid dan boleh menghakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta. Bukanlah berlaku dengan pantas, tapi tak baik untuk jangka masa panjang. Jadi lepas hujan, elok kita tembak air paip pada kereta untuk bilas air hujan yang masih melekat.
Bila anda cuci kereta, lagi bagus guna syampu yang dikhaskan untuk kereta sahaja ya!. Jangan guna sabun cuci baju atau sabun cuci pinggan.
2. Wax kereta setiap beberapa bulan
Tak kisah guna wax yang mahal atau yang bajet. DIY beli wax kereta di hardware pun boleh. Janji wax kereta tu sebagai perlindungan. Perlindungan dari apa? Wax layer tujuan nya untuk melindungi cat antaranya dari hujan asid.
Kotoran pun tak mudah lekat pada cat kerana wax sudah melicinkan permukaan cat. Bila sentuh pun lembut saja.
Lebihkan wax pada permukaan rata. Biasanya permukaan rata menakung air. Bila dah licin mudah air nak jatuh dan tak bertakung. Jadi tiadalah ‘watermark’ bila air kering nanti.
3. Bersihkan rims dan tayar kereta
Tembak air pada rim dan tayar supaya bersih. Jangan biarkan bahagian ini penuh dengan debu, lumpur atau pasir. Rims, brake dan disc brake pun perlu dibersihkan selalu. 2 minggu sekali bersihkan minyak-minyak yang melekat pada rims, barulah nampak rims berkilat.
4. Lap kereta dengan kain khas untuk kereta
Gunakan kain microfiber yang lembut untuk lap kereta anda. Sebaiknya jangan guna kain buruk. Kain yang lama ini akan jadi keras dan akan perangkap habuk pasir. Bila lap pada kereta akan ada calar-calar halus.
Siapkan beberapa kain berasingan dan khaskan mengikut tujuan digunakan;
-Kain microfibre untuk body kereta.
-Kain/span untuk wax body kereta.
-Kain untuk rims atau untuk sapu bahan pengilat tayar.
-Kain bersih untuk bahagian dalam / interior kereta.
-Kain microfire untuk cermin kereta.
Sumber: Pakar Tayar Kereta