
Bagi yang suka bercucuk tanam mesti akan stres bila lihat tanaman yang subur tiba-tiba diserang makhluk perosak. Salah satunya siput.
Boleh habis daun pokok sayur dikerjakannya. Kalau banyak memang geli melihatnya.
Jika berdepan masalah serangan siput ini boleh ikut tip dan petua yang dikongsi oleh warganet di laman Facebook Berkebun D Rumah.
1. Paling banyak disarankan adalah tabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mati bila terkena garam.
2. Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput, boleh dibeli di nurseri.
3. Sekiranya mahu gunakan cara semula jadi boleh cuba hindarkan masalah siput dengan menabur serbuk kulit telur sekeliling pokok (jemur kulit telur dan tumbuk lumat).
4. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.
Sumber: Facebook Berkebun D Rumah
DIY ‘Stepping Stone’ Untuk Cantikkan Laman Rumah. Buat Pun Senang & Lagi Jimat

Stepping stone antara hiasan yang boleh menyerikan laman rumah. Memang boleh beli di nurseri tapi kalau nak jimat boleh saja buat sendiri.
Kalau ikut perkongsian Wan Mohd Khairy caranya memang mudah. Yang penting beli acuannya (boleh klik SINI untuk beli di Shopee) ada banyak rekaan, pilih saja.
Jika berhajat nak cantikkan laman rumah, bolehlah DIY ikut cara ini.
DIY stepping stone, beli acuan buat sendiri
1.Bahan-bahan yang diperlukan 2 pasir kasar + 2 pasir halus + 5 simen + 2 simen gam (sukatan guna mangkuk saja). Gaul biar rata.

2. Masukkan air dan gaul, pastikan bancuhan simen jangan terlalu keras jangan terlalu lembik.
3. Sapukan minyak pada acuan stepping stone, guna minyak hitam pun boleh.
4. Masukkan bancuhan simen separuh acuan, kemudian masukkan rangka besi dalam gambar (boleh beli di hardware). Goncang-goncangkan supaya rata.
5. Tambah lagi bancuhan simen biar penuh acuan. Goyangkan biar padat.
6. Kemudian jemur di tengah panas selama 24 jam. Biar betul-betul kering baru keluarkan dari acuan.
7. Dah kering boleh sapu dengan cat. Ini warna coklat.
Bolehlah hias di laman rumah. Stepping stone begini kalau beli di nurseri harganya RM25 sekeping. Memang jimat kalau buat sendiri terutama jika ada lebihan simen dan pasir.
Klik SINI untuk beli acuan

Selamat mencuba.
Sumber: Wan Mohd Khairy
Cara Buat Air Katira Asli Johor. Lagi Sedap, Minum Segelas Memang Tak Puas

Salah satu hidangan air yang popular bulan puasa ini adalah air katira. Walau asal minuman ini dari Johor tapi orang luar pun ramai yang suka. Sebab itu ada banyak gerai yang menjual air ini.
Walau pun begitu kebanyakan yang dijual adalah air katira yang diubah suai dari resipi asal. Dah tak sama. Air katira yang betul-betul asli jarang sangat ada dijual.
Nak tahu macam mana air katira asli, boleh rujuk perkongsian dari orang Johor sendiri iaitu dari Kamarul Ariffin Nor Sadan. Memang minum segelas tak cukup.
Air Katira Asli Johor
Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah Air Katira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor.
Bahan-bahan:
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
*Untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
Cara penyediaan
1. Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya(kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
2. Minuman ni berasal dari timur tengah(tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
3. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
4. Macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
5. Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
6. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
7. OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
8. OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
9. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
10. Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mi Kari Chinese Style, Siap Dengan Sambal. Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Kalau dah biasa makan mi kari yang pekat, siap dengan, kerang, rempah 4 sekawan dan sebagainya apa kata kita buat mi kari yang lebih sempoi.
Me kari Chinese Style, cara masaknya ringkas, cepat tapi tetap sedap. Kalau makan boleh hirup kuah sampai licin. Bezanya mi kari Chinese style ini ada sambalnya. Rasa nak pedas, lebih kan sambal.
Kalau nak cuba boleh ikut resipi perkongsian Cik Puan Julieta.
Mee Kari Chinese Style
Bahan-bahan
Segengam cili kering – kisar untuk sambal
2 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 biji bawang merah – kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor
Hiasan
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
Cara buat sambal:
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, letak garam dan sedikit gula.
Cara penyediaan kuah kari:
- Panaskan periuk masukkan minyak dan goreng serai sebentar.
2. Masukkan bahan kisar masak hingga wangi.
3. Bila dah wangi agak keperangan masukkan rempah kari yang telah dicampur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
4. Kemudian masukkan ayam, kacau sebati sehingga ayam separuh masak. Masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair). Saya letak santan pekat lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.
5. Biar kuah mendidih, perasakan garam dan gula.
6. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering siap.
Dah siap, sedapnya!
Sumber: Cik Puan Julieta