Almari kebanyakan kaum wanita memang penuh dengan baju, maklumlah hobi kita pun membeli baju dan tudung kan. Tapi dalam almari yang penuh itu separuh daripadanya adalah baju yang kita tak pakai. Betul tak?
Jadi bagaimana nak asingkan baju-baju ini supaya almari tak melimpah dengan baju yang tak dipakai. Ha buat korang yang selalu rasa sayang nak keluarkan baju untuk boleh praktikkan tip ini.
1. Baju yang sudah 6 bulan tak pakai
Asyik belek-belek tapi tak pernah ambil untuk dipakai. Kalau dah enam bulan baju yang ada dalam almari tak dipakai, besar kemungkinan anda takkan memakainya lagi. Jadi untuk apa lagi digantung dalam almari, dah boleh dikeluarkan ya.
2.Pakaian yang salah beli
Tengok patung pakai nampak cantik. Apabila cuba di badan sendiri rasa tidak selesa dan sopan untuk dipakai. Bagi anda yang suka beli online pasti hadapi masalah yang ini, maklum sahaja anda hanya tengok menerusi gambar.
Ads
Jadi buat apa simpan, elok asingkan atau bagi pada orang yang dikenali. Atau mungkin anda boleh jual dengan harga lebih murah kepada teman rapat.
3. Ukuran baju yang tak muat
Saiz tubuh kita ni tak selamanya kekal sama. Ada yang makin mengembang dan ada juga yang makin kurus. Jadi baju-baju yang dah tak muat, ketat atau menggelebeh besar eloklah dikeluarkan dari almari.
Ads
Mungkin anda berniat mahu simpan untuk anak-anak tetapi kalau fesyen pakaian itu dah ketinggalan, lebih elok anda sedekahkan pada orang lain. Tidak perlu ‘sumbat’ dalam almari sekali pun sayang.
4. Pakaian ketinggalan zaman
Fesyen baju terutama wanita memang cepat berubah. Jadi untuk baju-baju yang dah ketinggalan zaman atau old fashion tu bolehlah diasingkan. Nak pakai pun tak sanggup jadi nak simpan dalam almari buat apa lagi kan?
5. Pakaian yang terlalu menyerlah
Mungkin tidak ramai yang beli pakaian yang bergaya ala-ala artis. Terlalu menyerlah dan menarik perhatian, sampai anda sendiri rasa segan untuk pakai. Konon tunggu untuk dipakai ke majlis tertentu.
Ads
Tetapi kalau terlalu lama anda letak di dalam almari dari tahun ke tahun langsung tidak diusik, apa kata anda jual sahaja baju itu. Tidaklah almari anda penuh dengan baju yang tidak dipakai. Setuju?
Bagi yang suka bercucuk tanam tapi kurang masa untuk menguruskan tanaman boleh gunakan kaedah pasu bersumbu ini.
Tak perlu beli pasu khas, boleh buat sendiri guna botol air minerai atau botol minyak masak. DIY pasu dan kelebihan guna sistem wick ini dikongsi oleh Bisnes Chanel.
Kelebihan guna pasu bersumbu/ sistem semi wick
Pembaziran baja liquid atau siraman air dapat di jimatkan.
Media tidak berlecak akibat lebihan siraman baja atau air.
Akar dapat menyerap baja dengan lebih efektif.
Tanah atau tapak bawah tidak berlecak dan lebihan air dapat di gunakan kembali untuk siraman ke tanaman yang lebih besar.
Kurang tekanan haba dari tapak ketika waktu panas terik.
Kurang percikan air tanah ketika waktu hujan. (Media boleh guna sabut atau tanah campuran. Hanya sesuai untuk tanaman renek sahaja).
DIY pasu bersumbu
1. Bahan yang di gunakan iaitu botol air mineral, pasu kecil, span dan media tanah.Boleh juga menggunakan sabut / cocopeat jika ingin menggunakan baja AB.
2.Potong botol kepada dua bahagian saperti di dalam gambar. Ukuran yang mana besar ikut kesesuaian ruang pasu atas yang nak digunakan.
3.Masukkan botol kecil di bawah lubang botol sehingga terkeluar sedikit dan selitkan span di celah lubang pasu kecil itu.
4. Masukkan media kedalam botol bhgn atas. Bahagian bawah botol di buarkan kosong untuk menampung lebihan air media.
5.Tanamlah pokok yg sesuai. Saya tanam anak pokok terung.
Boleh tanam di balkoni atau tepi rumah. Tanaman mudah jaga dan tak kotor.
Cermin mata bercalar memang tidak menyelesakan kerana menjejaskan pandangan. Sebab itu ramai pengguna kaca mata sanggup menggantikannya dengan yang baru.
Biasanya modal untuk kaca mata baru bukan sedikit. Tapi sebenarnya cermin mata yang bercalar ini tak perlu diganti baru. Ada cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya agar penglihatan anda jelas seperti memakai kaca mata baru.
Ada 6 cara yang boleh anda praktikkan.
1. Baking soda dan air
Teknik guna baking soda ini paling jimat dan mudah. Campurkan satu sudu besar baking soda dengan satu sudu besar air. Gaulkan dan gosok campuran ini pada cermin mata yang bercalar. Seterusnya basuh dengan air dan lap bersih menggunakan kain mikrofiber.
2.Baking soda dan cuka
Masih menggunakan baking soda tapi kali ini dengan cuka. Untuk menghilangkan calar yang kecil, campurkan satu sudu besar baking soda dengan satu sudu teh cuka. Gaul campuran ini dan gosok pada bahagian cermin yang bercalar. Selepas itu bilas dengan air dan lap dengan tisu lembut.
3. Ubat gigi
Ambil sedikit ubat gigi, menggunakan jari gosok secara membulat pada bahagian cermin mata yang bercalar. Kemudian lap dengan tisu. Sekiranya calar agak dalam, anda mungkin perlu ulang prosedur ini 3 hingga 4 kali.
4. Cecair pencuci pinggan
Bukan saja menghilangkan kotoran pada cermin mata cecair pencuci pinggan ia juga boleh mengurangkan calar. Cuma gosok bahagian yang kotor dan bercalar dengan cecair ini tanpa mencampurkannya dengan air. Kemudian bilas dengan air dan bersihkan dengan tisu.
5. Wax
Gosok calar dengan wax secara membulat sehingga calar hilang. Kemudian bersihkan lebihan wax dengan kain lembut.
6. Pengilat kayu dan vaseline
Sembur pengilat kayu pada cermin mata, seterusnya ambil sedikit vaseline dan gosok permukaan cermin. Insya- Allah calar cermin mata semakin berkurangan.
Pokok limau purut ini memang ramai yang tanam di kawasan rumah. Banyak guna untuk masakan dan kesihatan baik daun atau buahnya.
Tapi selalu terjadi pokok yang ditanam tak rimbun dan tak banyak buahnya. Bagi yang dah bertahun-tahun tanam tapi masih lagi begini keadaannya boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Mohd Amri.
Tipnya cukup mudah iaitu guna teknik tarik dan lentur ranting.
Cara mudah lebatkan daun dan buah pokok limau purut
Kali ini saya berkongsi cara saya lebatkan pokok limau purut menggunakan kaedah atau petua yang dikongsikan oleh “orang lama”.
Memang menjadi jadi pokok lebat daun juga buahnya. Tapi kena ingat, ini adalah satu teknik untuk melebatkan pokok sahaja. Perkara asas seperti baja, cahaya, booster, siraman tetap kena on.
Caranya;
1. Buat ring guna kawat atau dawai besi sekeliling pasu.
2. Ambil tali, panjang tak kisah berapa pun.
3. Cari mana-mana ranting lalu ikat dengan tali, tapi jangan sampai lukakan ranting.
4. Tarik tali yang diikat pada ranting dan sangkut tali pada dawai yang dibuat pada pasu tadi.
5. Ranting akan jadi dalam melengkung. Bila melengkung pucuk baru dan dahan akan keluar.
Ini yang dipraktikkan untuk pokok limau purut yang berusia 3 tahun namun penuh buah serta rimbu daunnya.
Boleh juga klik SINI tonton video untuk lebih jelas.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...