5 Cara ‘Kenal Pasti’ Pakaian Yang Wajib Dikeluarkan Dari Almari!

Share

 

Almari kebanyakan kaum wanita memang penuh dengan baju, maklumlah hobi kita pun membeli baju dan tudung kan. Tapi dalam almari yang penuh itu separuh daripadanya  adalah baju yang kita tak pakai. Betul tak?

Jadi bagaimana nak asingkan baju-baju ini supaya almari tak melimpah dengan baju yang tak dipakai. Ha buat korang yang selalu rasa sayang nak keluarkan baju untuk boleh praktikkan tip ini.

1. Baju yang sudah 6 bulan tak pakai

Asyik belek-belek tapi tak pernah ambil untuk dipakai. Kalau dah enam bulan baju yang ada dalam almari tak dipakai, besar kemungkinan anda takkan memakainya lagi. Jadi untuk apa lagi digantung dalam almari, dah boleh dikeluarkan ya.

2.Pakaian yang salah beli

Tengok patung pakai nampak cantik. Apabila cuba di badan sendiri rasa tidak selesa dan sopan untuk dipakai. Bagi anda yang suka beli online pasti hadapi masalah yang ini, maklum sahaja anda hanya tengok menerusi gambar.

Jadi buat apa simpan, elok asingkan atau bagi pada orang yang dikenali. Atau mungkin anda boleh jual dengan harga lebih murah kepada teman rapat.

3. Ukuran baju yang tak muat

Saiz tubuh kita ni tak selamanya kekal sama. Ada yang makin mengembang dan ada juga yang makin kurus. Jadi baju-baju yang dah tak muat, ketat atau menggelebeh besar eloklah dikeluarkan dari almari.

Mungkin anda berniat mahu simpan untuk anak-anak tetapi kalau fesyen pakaian itu dah ketinggalan, lebih elok anda sedekahkan pada orang lain. Tidak perlu ‘sumbat’ dalam almari sekali pun sayang.

4. Pakaian ketinggalan zaman

Fesyen baju terutama wanita memang cepat berubah. Jadi untuk baju-baju yang dah ketinggalan zaman atau old fashion tu bolehlah diasingkan. Nak pakai pun tak sanggup jadi nak simpan dalam almari buat apa lagi kan?

5. Pakaian yang terlalu menyerlah

Mungkin tidak ramai yang beli pakaian yang bergaya ala-ala artis. Terlalu menyerlah dan menarik perhatian, sampai anda sendiri rasa segan untuk pakai. Konon tunggu untuk dipakai ke majlis tertentu.

Tetapi kalau terlalu lama anda letak di dalam almari dari tahun ke tahun langsung tidak diusik, apa kata anda jual sahaja baju itu. Tidaklah almari anda penuh dengan baju yang tidak dipakai. Setuju?

 

 

 

 

Published by
VK