Musim durian dah hampir penghujung, sekarang musim cempedak pula. Buah yang satu ni kalau digoreng memang sedap dan nikmat rasanya.

Tapi harganya boleh tahan juga mahal, tambah lagi yang siap digoreng. Ada yang cecah RM1 seketul. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah.

Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya. Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.

IKLAN

1. Perhati mata/duri kulit cempedak

Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.

2. Tekan kulit

Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.

3. Warna kekuningan, tangkai coklat

Cempedak yang sudah masak dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.

IKLAN

5 Cara Pilih Cempedak Yang Banyak Isi & Manis

4. Bau wangi menyengat

Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.

IKLAN

5. Pilih yang lebih berat

Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.

 

 

Selain itu:  Ramai Tak Tahu Kelebihan Tanam Pokok Bunga Keliling Pokok Cili, Salah Satu Hasil Cili Makin Lebat
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI