Apa lagi lokasi yang sesuai untuk pengantin baru kalau bukan di lokasi yang sejuk kan? Tapi tak semestinya ke luar negara untuk menikmati bulan madu yang indah dengan suasana dingin ini.

Di Malaysia sendiri ada banyak destinasi yang boleh dipilih untuk menjadi lokasi memadu cinta. Lima destinasi tanah tinggi ini boleh jadi pilihan pengantin baru. Untuk yang dah lama kahwin pun boleh, lagi meriah kalau bawa anak-anak sekali!

1. Cameron Highland

5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Sesuai Untuk Bulan Madu, Yang Dah Lama Kahwin Pun Boleh!

Lokasi pertama yang bermain di fikiran jika mahu suasana sejuk sudah tentunya Cameron Highlands. Di tanah tinggi dengan suhu 20 darjah Celsius ini banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama pasangan.

Selain ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni, anda boleh menikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang teh yang saujanan mata memandang. Resort dan hotel banyak terdapat di sini, pilih saja mengikut bajet anda.

2. Bukit Tinggi

5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Sesuai Untuk Bulan Madu, Yang Dah Lama Kahwin Pun Boleh!

Ads

Tarikan utama di sini tentunya Colmar Tropicale. Dibina seakan struktur bangunan kolonial dengan padanan warna yang cantik akan membuatkan anda berasa seperti berada di luar negara. Pengalaman lebih indah kalau dapat menginap di sini.

Ada beberapa destinasi menarik boleh dikunjungi anda suami isteri selama berada di Bukit Tinggi ini antaranya Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan dan batu putih persis taman di negara matahari terbit itu. Kunjungan tak lengkap kalau tak ke taman herba yang berdekatan saja.

Di sini ada pelbagai jenis rama-rama selain pepohon yang menghijau. Jangan lupa singgah di taman arnab untuk bermain dengan haiwan jinak ini selain rusa. Anda akan dapat merasai semua pengalaman ini di resort yang perjalanan hanya memakan masa sejam dari Kuala Lumpur.

3. Bukit Fraser

5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Sesuai Untuk Bulan Madu, Yang Dah Lama Kahwin Pun Boleh!

Bukit Fraser, destinasi peranginan santai ini letaknya di Banjaran Titiwangsa Pahang. Suhunya sekitar 17 darjah Celsius, sesuai untuk pengantin baru. Selain menikmati suasana alam semula jadi yang segar di sini, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di daerah yang turut dikenali sebagai The Little England of Malaysia ini.

Ads

Antaranya, aktiviti berkuda, sukan air di Allen’s water atau memberi makan ikan di sini. Seperti di Cameron Highland anda boleh juga ke ladang strawberi dan di Taman Flora Bukit Fraser.

4. Kundasang

5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Sesuai Untuk Bulan Madu, Yang Dah Lama Kahwin Pun Boleh!

Terletak lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu, suasana di sini sejuk dingin berlatar belakang pemandangan Gunung kinabalu. Anda disaran menginap di resort yang terdapat di Kundasang ini untuk menghayati keindahannya. Lokasi wajib dikunjungi di kundansang ini adalah Dairy Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu.

Di sini anda boleh merasai suasana percutian seolah-olah di New Zealand dengan kawasan sekitar yang berkabus. Padang ragut yang hijau dan luas selain berlatar belakang gunung anda pasangan pasti takkan puas menikmati keindahan di sini.

5. Bukit Larut

5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Sesuai Untuk Bulan Madu, Yang Dah Lama Kahwin Pun Boleh!

Ads

Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Percutian di sini sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit. Pemandangan lebih menarik dan romantis pada waktu malam boleh dinikmati bersama pasangan kala berada di atas Bukit Larut.

Anda akan disajikan panorama limpahan cahaya di seluruh Taiping, selain dapat melihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka yang mencipta ritma indah. Keasyikkan yang tercipta bertemankan kesejukan malam hari tentu sahaja menggamit perasaan cinta mendalam pada pasangan.

Jika anda berdua gemar melihat burung, boleh memenuhi agenda di siang hari percutian bulan madu anda dengan menyusuri laluan Gunung Hijau yang menjanjikan pemandangan hutan yang memukau.

Percutian bulan madu tak hanya untuk pengantin baru, yang sudah lama berumah tangga pun boleh saja honey moon untuk kali kedua ke tempat-tempat ini. Moga dengan percutian berdua-duaan ini menghangatkan kasih sayang anda suami isteri.

/vanillakismis

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI