Semalam ratusan juta manusia seluruh dunia menyaksikan upacara ‘wedding of the year’ antara pewaris ketiga kerajaan Britain, Putera Harry dan Megan Markle.
Berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor, gaun pengantin perempuan sudah tentunya paling dinanti untuk dilihat.
Tapi pelakon yang menerima gelaran Duchess of Sussex ini mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih penampilannya untuk upacara paling bermakna dalam hidupnya.
Berikut adalah lima fakta tentang gaun pengantin Megan Markle yang cukup ringkas tapi elegan ini.
Meghan Markle melangkah menuju Gereja St. George mengenakan gaun pengantin dengan veil panjang dari Givenchy rekaan Clare Waight Keller. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah Givenchy gaun pengantin direka oleh seorang wanita.
Gaun moden untuk wanita moden. Meghan Markle tampil elegan dalam persalinan minimalis. Ramai yang tertunggu-tunggu dan menjangka gaun yang dipakai oleh pelakon ini sesuatu yang luar biasa tetapi sangkaan itu meleset sama sekali.
Ratu Britain, Ratu Elizabeth meminjamkan tiara istimewa khusus untuk Meghan Markle. Tiara yang bertahtakan berlian ini dibuat dari tahun 1932.
Semua media salah ramalan tentang pereka gaun pengantin Meghan Markle. Clare Waight Keller dari Givenchy memegang erat rahsia sehinggalah pada hari berlangsungnya upacara perkahwinan. Sebelumnya ada banyak nama disebut, diantaranya Erdem dan Ralph & Russo.
Meski ringkas tapi gaya gaun pengantin Gaun pengantin Megan Markle ini dikatakan akan menjadi ikutan. Kalau dilihat sebelim ini sejak Kate Middleton mengenakan gaun pengantin karya Sarah Burton dari Alexander McQueen, gaya gaun pengantin Kate menjadi begitu popular. Pastinya trend ini akan berulang dengan gaya Megan Markle pula.